Translate

Isnin, 7 Disember 2009

Susilo Digesa Laksana Syariah....

Kira-kira 2,000 penunjuk perasaan mengadakan beberapa tunjuk perasaan di bandar utama Indonesia bagi menggesa kerajaan pimpinan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono melaksanakan undang-undang syariah bagi menangani rasuah yang berluasa. Penyokong pergerakan Hizbut Tahrir melancarkan beberapa bantahan di kota utama termasuk Jakarta bagi menyuarakan kemarahan atas skandal rasuah membabitkan beberapa pegawai kanan berhubung bantuan AS$700 juta (RM2.4 bilion) kepada sebuah bank. Mengikut indeks rasuah Transparency International, Indonesia berada pada kedudukan 111 daripada 180 negara.

Di Jakarta, penunjuk perasaan membawa anggota keluarga mereka membawa sepanduk mengutuk sistem kapitalis sebagai punca rasuah. "Skandak Bank Century membuktikan kegagalan sistem kapitalis," kata satu sepanduk. "Indonesia bebas rasuah jika laksana syariah," kata sepanduk lain. Anggota perundangan Indonesia kini menyiasat dakwaan rasuah berkaitan bantuan kepada bank berkenaan selepas ketua juru audit mengesan beberapa petanda 'pencabulan' serius.

"Sistem kapitalis memusnahkan ekonomi kita. Itulah punca semua masalah kita," kata jurucakap Hizbut Tahrir, Muhammad Ismail Yusanto kepada penunjuk perasaan. "Kami mahu kerajaan memenuhi janji menghukum semua pegawai awam yang terbabit dalam rasuah," katanya lagi. Bantahan turut diadakan di Surabaya dan Yog-yakarta yang berakhir dengan aman, kata penganjur. Anggota pergerakan itu juga melakukan perarakan minggu lalu sempena Hari Aids Sedunia bagi menuntut pelaksanaan syariah sambil menolak penggunaan kondom bagi menyekat jangkitan virus HIV.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular