Translate

Khamis, 28 Januari 2010

Polis Tubuh Pasukan Khas Siasat Kes Kepala Babi

Polis menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat kejadian empat kepala babi hutan diletakkan di kawasan dua masjid di Petaling Jaya pagi semalam.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman, berkata pasukan khas itu telah dikerahkan mencari setiap maklumat bagi menyelesaikan kes berkenaan.

"Kes ini membabitkan keselamatan dan keamanan negara, dan perlu ditangani segera," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Kewangan Berhemat di sini hari ini.


Muhammad Sabtu berkata, siasatan dijalankan untuk mengesan saksi dan petunjuk kepada kes itu selain mencari motif perbuatan itu.

"Kalau sesiapa ada maklumat, tolong salurkan kepada kita," katanya.

Semalam dua bungkusan kepala babi hutan bersama satu baldi plastik berisi 30 keping wang RM1 diletakkan di pintu masuk belakang ke perkarangan Masjid Jumhuriyah, Taman Datuk Haron manakala dua bungkus lagi serta baldi berisi jumlah wang yang sama dijumpai di hadapan pintu masuk ke perkarangan Masjid Al Imam Al Tirmizi, Taman Sri Sentosa. 


Dalam ucapannya pada majlis itu pula, Muhammad Sabtu berkata penyelia kewangan di setiap balai dan ibu pejabat polis telah diarah untuk mengenal pasti pegawai-pegawai dan anggota di bawah selian masing-masing yang dibebani hutang.

"Langkah perlu diambil agar masalah hutang tidak mendatangkan kesan jangka panjang kepada mereka yang terlibat," katanya.

Muhammad Sabtu berkata, pemantauan secara berterusan dan berkala juga hendaklah dibuat terhadap gaya hidup pegawai dan anggota supaya mereka yang terlibat dengan masalah ini hidup secara sederhana dan mengikut kemampuan. - Bernama 


Ulasan Musafirlalu........

Jika pihak polis boleh menubuhkan pasukan khas untuk menyiasat kes kepala babi dan pasukan khas menyiasat kes menghina Almarhum Sultan Johor. Bagaimana pula dengan pasukan khas untuk menyiasat penghinaan terhadap Sahabat dan Isteri Rasulullah s.a.w.?

Tidakkah penghinaan yang dilakukan terhadap Sahabat r.a. dan Aisyah r.a. juga melibatkan kepentingan awam? Yang mana penghinaan tersebut melibatkan sentiviti umat Islam dan patut juga disegerakan. Apakah kerana tiada laporan polis dibuat, maka siasatan tidak boleh dilakukan. Jika tiada laporan polis, pihak polis sendiri boleh membuat laporan polis seperti yang pihak polis lakukan.

Mungkin juga kerana isu ini terlepas pandang oleh parti Islam Umno kerana tidak dapat mengaitkan mana-mana parti politik pembangkang. Oleh kerana penulis tersebut adalah bukan berada di kem pihak pembangkang, parti Islam Umno rasa ianya tidak menguntungkan untuk dilaporkan.

Maka jadilah Islam sebagai barang dagangan yang boleh dijual beli, hinalah sebanyak mana kamu nak hina. Biarlah akidah melayang asalkan ianya menguntungkan parti Islam Umno. Jika penghinaan tersebut datangnya dari kem pembangkang, pasti beratus-ratus laporan polis akan dibuat.

Macam juga dengan demotrasi, jika ada sekatan jalanraya dan FRU berkawal maka kita boleh agak siapa pesertanya. Kalau tiada sekatan jalan dan FRU, penganjurnya pastilah dari parti Islam Umno dan yang sewaktu dengannya. Jika polis ada pun, mungkin untuk melancarkan perjalanan demotrasi tersebut.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular