Translate

Sabtu, 13 Februari 2010

Malaysia Akan Tercatat Di Dalam Guinness World Records.(Blog 4U2C)

Bukan suatu perkara yang mudah untuk menempa nama didalam Books Guinness World Records. Untuk meletakkan nama didalam Guinness World Records, ianya mestilah melakukan perkara yang orang lain tidak dapat melakukannya.

Adalah satu penghormatan buat Najib One Malaysia yang telah mengharumkan nama One Malaysia dimata dunia, sebagaimana harumnya bunga tahi ayam............. Terima kasih Najib One Malaysia diatas jasa-jasamu itu yang akan dikenang buat selama-lamanya.
Apakah yang telah Najib One Malaysia lakukan sehingga nama One Malaysia menjadi sebutan sebegitu rupa!!!!!! Apakah beliau telah memecahkan record larian 100, 200, 400 atau 1,000 meter?.............. tidak. Apakah beliau memacah record larian 110 meter berpagar?................ tidak. Apakah beliau memecah record lompat jauh ataupun lompat tinggi?............ tidak. Jika semuanya tidak................. apa yang telah beliau lakukan?
Ini adalah kerana One Malaysia mempunyai besi buruk yang paling mahal didunia............. iaitu kapal selam Scorpion yang bernilai RM 1 bilion dan untuk menjaga besi buruk tersebut pula ialah hampir RM 1 sehari. Bukan satu ringgit sehari tetapi 1 juta ringgit sehari. Memang Perdana Menteri One Malatsia kita cukup pandai berurus niaga.
Bukan sahaja beliau malah para hulubalang-hulubalangnya pun tidak kurang hebatnya............ One Malaysia katakan. Jika kuah tidak tumpah ke nasi, kemana lagi kuah itu akan tumpah............... mungkin kat Restoran Nasi Kandar kut. Buat Stadium.......... Stadium runtuh.............. buat Masjid............... Masjid runtuh............ buat bilik makmal komputer............. bilik makmal komputer runtuh.
Ada jet pejuang............. jet pejuang pula tak ada enjin............... ada kapal selam............. kapal selam tak boleh menyelam................ nasiblah buat Rakyat Didahulukan di negara One Malaysia.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Nasib Malaysia...Salah siapa? Salah rakyat yang memilih ler..Dah terang lagi bersuluh..

Kejayaan terbesar parti memerintah UMNO slama 50thn adalah...menjadikan rakyatnya BEBAL tahap gaban!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular