APABILA SANG MUSAFIR BERKELANA DARI DUNGUN LALU BERHIJRAH KE SATU TEMPAT YANG BERNAMA PERAK LALU MENETAP DI TAMBUN, IPOH........
Translate
Isnin, 1 Februari 2010
SMS Ajak Azan Sertai UMNO
Bekas Timbalan Pengerusi 2 Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang, Azan Ismail mengakui pernah menerima mesej melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada seorang bekas Menteri Kabinet yang mengajaknya menyertai UMNO.
Bagaimanapun, katanya, tidak ada sebarang jemputan rasmi yang dibuat dan beliau menyifatkan SMS yang diterimanya itu sebagai ’ingatan daripada seorang rakan’.
“Saya tidak mengambilnya (SMS) sebagai satu yang serius kerana tidak membabitkan sebarang tawaran secara rasmi.
“Saya menerima panggilan dan mesej sejurus selepas saya mengumumkan keputusan saya minggu lepas. Beliau (pemimpin UMNO) memang ada menghubungi saya tetapi melalui SMS. Beliau menunjukkan keprihatinan dan bertanya khabar,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Ahli Parlimen Indera Mahkota itu bagaimanapun mengakui tidak akan membuat sebarang laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana menganggap pelawaan itu dibuat atas dasar ‘kawan baik’.
“Sebagai ahli PKR, saya tetap setia kepada PKR, meneruskan jawatan saya sebagai Ahli Parlimen Indera Mahkota dan setia menjalankan tanggungjawab sebagai Ketua Cabang PKR Indera Mahkota,” katanya.
Di PETALING JAYA, Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa ada usaha untuk ‘memikat’ beberapa Ahli Parlimen parti itu untuk menyertai UMNO menjelang sambutan Tahun Baru Cina ini.
Menurutnya, antara Ahli Parlimen itu adalah Azan dan Yusmadi Yusof dari Balik Pulau yang sebelum ini telah didampingi pemimpin Parti Cinta Malaysia, Huan Cheng Guan dan Duta Malaysia ke Amerika Syarikat Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis.
“Disebabkan mereka tidak melayan tawaran itu, maka jumlah wang sebagai ganjaran tidak dibincangkan,” katanya selepas Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR, semalam.(Sinar Harian)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Heboh di media sosial tentang posting yang dimuat naik oleh Ketua Pemuda Umno pertemuan Presiden PAS dengan Presiden Umno. Pertemuan tersebu...
-
IMEJ yang diambil dari video Express TV menunjukkan mayat Osama Laden terbunuh dalam satu serangan yang diketuai tentera Amerika Syarikat...
-
Definisi - Tenaga Ritual : “ Daya yang terhasil kesan daripada perbuatan-perbuatan sengaja atau tidak sengaja yang bersifat ritualistik yang...
-
Apabila kita memperkatakan tentang kehilangan enjin jet pejuang............. berbuih-buih sampai kering air liur.......... baik pihak pemba...
-
بىم الله الرحمن الرحيم السلام عليکم ورحمةالله Ada suara-suara yang semakin lantang menyerang PAS sehingga ada ahli-ahli baharu di peringkat...
-
Berikut pula adalah prosedur dan bacaan dalam melengkapkan ritual syaitan yang diambil dari sumber yang sama, hanya sekadar maklumat: 1. H...
-
Khairil Abdul Rahim. Apabila Tan Sri Isa Samad bertegas beliau tidak akan sekali-kali meminta maaf kepada Ketua Peneroka Felda Kebangsaan S...
-
Pernah tak kita pada dari era 50'an sehingga sehingga kini kita terfikir bukan sahaja bangsa Melayu/Islam mengibar bendera PAS, mal...
-
Apabila Ku Li menerima jawatan sebagai pengarah pilihan raya Dun Galas, senario telah mula berubah. Ini bermakna Ku Li telah memilih jala...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan