Translate

Khamis, 11 Mac 2010

Firaun Besar Kata Kualiti Bukannya Kuantiti.

Anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin, yang dipecat daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabtu lepas berkata riwayat parti itu akan berakhir pada bila-bila masa jika kumpulan 'firaun kecil' dalam PKR gagal ditangani.

Beliau yang membayangkan seorang lagi individu berkualiti akan meninggalkan PKR tidak lama lagi berkata, isu sebenar bukan bilangan pemimpin yang berbuat demikian tetapi kualiti mereka.

"Bukan bilangan, tetapi kualiti mereka yang keluar parti. Anda boleh lihat orang seperti Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim (Bayan Baru), Tan Tee Beng (Nibong Tebal), Mohsin Fadzli Samsuri (Bagan Serai) dan bekas Setiausaha Agung parti Datuk Salahuddin Hashim...mereka ini adalah orang-orang yang sangat rapat dengan Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tahap integriti mereka tidak boleh dipersoalkan.

"Maksud saya di sini orang yang berkualiti meninggalkan parti, kita tidak mahu kuantiti tetapi kualiti. Saya beri jaminan pada anda, seorang lagi insan berkualiti akan keluar parti tidak lama lagi," katanya semasa temubual secara langsung NST, di sini Rabu.

Zulkifli juga berkata beliau akan menjadi wakil rakyat Bebas di Parlimen.

Zulkifli, seorang peguam, dipanggil lembaga disiplin parti bagi menjawab isu laporan polis yang dibuatnya terhadap Anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dari PAS yang merupakan sekutu PKR, berhubung penggunaan kalimah Allah.

Beliau bagaimanapun bertindak keluar daripada perbicaraan selepas enggan diadili oleh anggota panel bukan Islam. Pada 6 Mac lepas beliau dipecat daripada PKR.

Sebelum itu beliau pernah mendakwa ada kumpulan 'firaun kecil' dalam PKR berusaha memastikannya dipecat daripada parti.

Zulkifli berkata beliau juga telah meminta penyokongnya untuk menganjurkan jerayawara (roadshow) bagi menjelaskan kedudukannya kepada pengundi dan masyarakat di kawasan Kulim-Bandar Baharu.

"Setakat ini saya telah menerima sokongan menggalakkan terutama daripada pemimpin kanan dan ulama dari PAS dan pertubuhan bukan kerajaan (NG)," katanya.

Ditanya mengenai masa depan karier politiknya, peguam dan anggota Parlimen yang lantang bersuara itu berkata beliau mungkin menyertai NGO sebagai platform politiknya.

Zulkifli berkata selepas pemecatannya banyak parti politik datang kepadanya termasuk Umno, PAS dan beberapa NGO, tetapi beliau belum membuat keputusan mengenai langkah seterusnya, termasuk sama ada akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

Bukan kuantiti tetapi kualiti......... bagaimana hendak mengenali kualiti?. Maka beliaulah contoh tok wakil yang paling berkualiti di Malaysia atau mungkin juga di dunia. Katak-katak yang beliau sebutkan itu semuanya berkualiti dan beliau adalah ketuanya. Itu pun jika Brahim Ali tidak membantah dengan berketuakan Zul Kulim.

Kita pun tidak menjangka yang beliau mempunyai penyokong yang sebegitu ramai sehinggakan meminta penyokongnya membuat roadshow. Mungkin pengundi dan penduduk Kulim/Bandar Baharu akan ternanti-nanti kehadiran beliau ke kawasan parlimennya.

Pasti beliau akan diarak dengan bunga mawar dan di hamparkan dengan karpet merah oleh pengundi parlimen Kulim/Bandar Baharu kerana mempunyai tok wakil yang paling berkualiti. Apatah lagi dengan memakai mahkota yang berlambangkan MAHA FIRAUN.

Yang paling kita nanti-nantikan ialah siapakah pemimpin kanan dan ulama PAS yang menyokong beliau.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular