Tindakan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan atau singkatannya Felda yang didakwa mendapatkan pinjaman RM3 bilion ringgit dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menimbulkan keraguan apakah benar kedudukan kewangan badan berkanun itu stabil.
Bukan sahaja ia berhutang kepada Kerajaan, bahkan Felda didakwa turut berhutang dan tidak mampu membayar kontraktor-kontraktor yang dilantik untuk menguruskan tanah perladangan.
Bekas Timbalan Menteri Datuk Dr Tan Kee Kwong berkata Felda perlu menjelaskan mengapa ia tidak melunaskan pinjaman-pinjaman itu jika benar status kewangan Felda kukuh.
"Baru-baru ini mulanya 3 tahun konsep Felda Global yang Perdana Menteri Najib Abdul Razak impikan.Peruntukkan yang sudah diguna ialah sebanyak RM3 billion termasuk wang pinjaman dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja. Kalau Felda banyak wang kenapa perlu atau terpaksa pinjam dari KWSP?" soal Dr Tan sebagaimana dilaporkan laman web TvSelangor.com.
Kerajaan sebelum ini membidas dakwaan bahawa Felda diancam kemuflisan. Kerajaan bagaimanapun akui bahawa rizab tunai Felda susut daripada RM4.08 bilion pada tahun 2004 kepada hanya RM 1.35 bilion pada 2009.
"Banyak kontraktor dan subkontraktor yang buat kerja untuk Felda, dalam terdapat aduan bahawa Felda telah berhutang sebanyak RM300 juta kepada kontraktor. Sudah 8 bulan berlalu tetapi 8 sen pun tak dibayar. Kalau Felda ada banyak wang saya minta pihak felda dan pengerusi Najib sila jawab," kata Dr Tan.
Sementara itu, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat Sivarasa Rasiah mencabar Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Yusof Nor mendedahkan pendapatannya selaku pengerusi badan itu.
Sivarasa berkata ada dakwaan yang mengatakan bahawa pendapatan Mohd Yusof mencecah RM2 juta setahun termasuk gaji dan elaun.
"Walaupun ada kemungkinan dakwaan itu dakwaan semata-mata, namun beliau perlu jawab, khususnya kepada peneroka. Sebagai pengerusi Felda, tentu sekali pendapatannya tinggi," ujar Sivarasa.
Baru-baru ini lebih 700 peneroka dari dua penempatan Felda di Negeri Sembilan menyaman Felda sebanyak RM200 juta atas dakwaan penipuan yang telah berlaku selama 15 tahun. (Harakahdaily)
APABILA SANG MUSAFIR BERKELANA DARI DUNGUN LALU BERHIJRAH KE SATU TEMPAT YANG BERNAMA PERAK LALU MENETAP DI TAMBUN, IPOH........
Translate
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Merujuk kepada kata-kata Ketua pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasrudin berkaitan isu pemecatan Dr Hasan Ali, beliau ada menyebut tentang Abu Baka...
-
Surat di atas adalah surat Presiden PAS kepada media yang baru lalu. Ada 2 isi penting surat itu.Pertama, arahan Presiden supaya Pimpinan P...
-
Sebagai seorang peguam dan pemimpin PAS saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk menberikan pandangan saya tentang keputusan Yang Arif...
-
Saya terpanggil untuk menulis sedikit tentang isu seorang model, Kartika Sari Dewi Shukarno yang telah dijatuhi hukuman sebat sebanyak 6 seb...
-
Shahrul Reezwan Antara Yang Mereka Yang Menghina Almarhum Sultan Johor Earl Ku Wei Hoong Pierre Lim Untuk makluman g...
-
Minggu lalu negara digemparkan dengan berita empat beranak ditemui mati, termasuk seorang tanpa kepala, dalam insiden pembunuhan kejam di ...
-
Bohsia 3 beradik..... itulah gelaran yang diberikan oleh penduduk Kampung Melayu Rizab, Tambun kepada satu keluarga kerana aktiviti yang am...
-
4.39 petang - Calon PAS, Abe Uji tiba di markas Induk PAS. Para penyokong menyambut dengan laungan takbir berkali-kali 4.31 petang - Cal...
-
Gerakan Anti Korupsi Gerakan Kebangkitan Rakyat Gerakan Pembela Rakyat Gerakan Anti ISA ___________________________________________...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan