Pemimpin Barisan Nasional (BN) kena sedar dan hendaklah menerima hakikat bahawa sebuah kerajaan ada ajal, kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.
Sehubungan itu, katanya PAS menyambut baik cadangan Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon yang menasihat parti politik supaya membuang budaya politik negatif dan mewujudkan suasana yang lebih selesa dan harmoni.
Beliau berkata, Tsu Koon dengan ikhlas menyatakan perkara itu terjadi terutama selepas Pilihan Raya Umum (PRU) 2008, di mana politik dendam antara satu sama lain.
Justeru, tambahnya PAS mengharapkan supaya Tsu Koon membawa idea itu ke Majlis Tertinggi BN supaya anggota komponen BN pandai menghormati keputusan rakyat dalam sebuah negara demokrasi yang telah memilih parti-parti yang bertanding.
PAS juga, katanya mengharapkan nota peringatan yang diberikan oleh Presiden Gerakan itu akan memberikan satu sinar baru dalam politik Malaysia.
“Biarlah tunjuk kematangan berpolitik setelah negara hendak menyambut kemerdekaan kali ke 53. Janganlah berpolitik seperti negara baru mengenal tamadun dan kemajuan.
Ini, katanya kerana menjadi adat dalam sesuatu perlawanan ada pihak yang kalah dan menang.
“Hormatlah semangat federalisme yang telah diterima pakai di negara ini. Buanglah sifat tidak menghormati undang-undang dan perjanjian seperti hak royalti minyak kepada Kelantan dan Terengganu,” katanya lagi.
PAS, tambahnya menasihatkan supaya pemimpin Umno dan BN hendaklah belajar menjadi pembangkang yang baik, seperti yang telah dialami oleh PAS.
Katanya, pemimpin BN perlu belajar daripada PAS dalam sepak terajang politik.
Beliau berkata, PAS pernah bersama dengan kerajaan di peringkat pusat pada tahun 1970, sehingga ditendang keluar daripada BN.
PAS juga, katanya pernah memerintah di Kelantan, kemudian kalah, setelah memerintah 18 tahun sejak 1959.
Namun, ujarnya berkat kesabaran, maka rakyat memberi kepercayaan kembali pada tahun 1990 hingga kini.
Menurutnya lagi, PAS pernah menang di Terengganu pada 1959 kemudian jatuh melalui undi tidak percaya 1961, kemudian menang pula pada 1999 dan kalah 2004.
“Inilah roda putaran perjuangan PAS dalam sebuah negara demokrasi. Walaupun PAS sedar perjalanan demokrasi yang penuh tempang namun PAS tetap menyuburkan demokrasi, kerana ini adalah satu jalan untuk PAS merealisasikan cita-cita perjuangannya,” katanya.
Malangnya sikap ini tidak ada kepada umno/bn, yang tidak sabar dan tidak tahu menjadi pembangkang. (Harakahdaily)
|
APABILA SANG MUSAFIR BERKELANA DARI DUNGUN LALU BERHIJRAH KE SATU TEMPAT YANG BERNAMA PERAK LALU MENETAP DI TAMBUN, IPOH........
Translate
Isnin, 16 Ogos 2010
BN Kena Sedar Kerajaan Pun Ada Ajal.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Heboh di media sosial tentang posting yang dimuat naik oleh Ketua Pemuda Umno pertemuan Presiden PAS dengan Presiden Umno. Pertemuan tersebu...
-
IMEJ yang diambil dari video Express TV menunjukkan mayat Osama Laden terbunuh dalam satu serangan yang diketuai tentera Amerika Syarikat...
-
Definisi - Tenaga Ritual : “ Daya yang terhasil kesan daripada perbuatan-perbuatan sengaja atau tidak sengaja yang bersifat ritualistik yang...
-
Apabila kita memperkatakan tentang kehilangan enjin jet pejuang............. berbuih-buih sampai kering air liur.......... baik pihak pemba...
-
بىم الله الرحمن الرحيم السلام عليکم ورحمةالله Ada suara-suara yang semakin lantang menyerang PAS sehingga ada ahli-ahli baharu di peringkat...
-
Berikut pula adalah prosedur dan bacaan dalam melengkapkan ritual syaitan yang diambil dari sumber yang sama, hanya sekadar maklumat: 1. H...
-
Khairil Abdul Rahim. Apabila Tan Sri Isa Samad bertegas beliau tidak akan sekali-kali meminta maaf kepada Ketua Peneroka Felda Kebangsaan S...
-
Pernah tak kita pada dari era 50'an sehingga sehingga kini kita terfikir bukan sahaja bangsa Melayu/Islam mengibar bendera PAS, mal...
-
Apabila Ku Li menerima jawatan sebagai pengarah pilihan raya Dun Galas, senario telah mula berubah. Ini bermakna Ku Li telah memilih jala...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan