Translate

Khamis, 26 Ogos 2010

Siapa Penganti Taib Mahmud?



Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud masih belum membuat keputusan sama ada akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri yang diwakilinya pada pilihan raya negeri ke-10 akan datang.

Pemimpin berusia 74 tahun itu yang merupakan Ketua Menteri yang paling lama berkhidmat iaitu selama 29 tahun sejak 26 Mac, 1981, berkata, beliau tidak dapat membuat keputusan mengenai perkara itu.

"Saya tidak tahu...terserah kepada parti dan Perdana Menteri," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan biasiswa Amanah Raya Berhad (ARB) kepada tiga pelajar Sarawak yang akan melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar, di sini hari ini.

Taib berkata, beliau bersedia untuk berundur jika keadaan memerlukan beliau berbuat demikian.

"Banyak orang kata saya tidak diperlukan. Jika saya tidak diperlukan, saya akan berundur," katanya.

Taib yang juga Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) sejak 1981 dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak berkata, beliau sebenarnya mahu berundur daripada politik pada 2006 tetapi ramai di kalangan dalam parti menentang hasratnya.

Mengenai bila beliau kemungkinan mengadakan pilihan raya negeri, Ketua Menteri berkata, perkara itu masih belum diputuskan lagi.  

Mengenai sentimen pengundi Cina di Sarawak yang masih memilih pembangkang berbanding BN, katanya, trend itu masih membingungkannya sehingga kini.

"Saya juga bertanyakan soalan yang sama, saya mahu tahu," katanya dan menurutnya kerajaan negeri secara ikhlas cuba memenangi hati pengundi Cina tetapi masih gagal berbuat demikian sehingga kini. - BERNAMA
Inikah bakal Ketua Menteri Serawak yang baru?

Apakah beliau sudah mempersiapkan anak beliau untuk dilantik sebagai penganti beliau. Beliau pasti tidak akan melepaskan jawatannya kepada pemimpin lain melainkan hanya untuk anaknya. Beliau ingin jawatan Ketua Menteri hanya untuk keturunan beliau sahaja. 

Maka tidak cerdiklah bagi beliau jika jawatan tersebut terlepas ketangan orang lain. Kerana beliau tahu bahawa Serawak adalah lubuk kekayaan. Beliau sendiri termasuk antara orang terkaya di Malaysia tanpa menyebut nama beliau. Kita sendiri tidak tahu akan kekayaan yang beliau miliki. Jika melihak akan deretan aset yang beliau miliki, beliau boleh diketegorikan sebagai 'Bilionner'. Dibawah adalah aset yang dikatakan ada hubung kait dengan beliau.
Preston Tower Adelaide yang dikendali oleh keluarga beliau.

















Aset sebagai koleksi.
Kenderaan untuk tetamu.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular