Calon BN Yang Bertanding Bagi Dun Galas, Abdul Aziz Yusoff bersalam
dengan pengundi-pengundi disebuah hotel di Gua Musang.
Rupa-rupanya pelakon yang dikanan sekali dah buat perjumpaan di hotel Gua Musang dengan calon BN. Semasa ditemubual oleh TV pencacai, bukan main lagi duduk kat pondok buruk dan siap tunjuk sijil yang konon-kononnya sebagai surat perakuan untuk Ladang Rakyat.
Dalam TV bukan main lagi kutuk kononnya beliau telah ditipu oleh pemimpin PAS Kelantan. Tak cukup dengan itu, beliau berkempen bersungguh-sungguh macam beliaulah yang menjadi calonnya.
Yang pasti si Labu ini dah kena goreng sampai hangit oleh puak-puak Umno apatah lagi bila dua tiga keping not kelabu dah masuk poket. Molek sangatlah selepas pilihan raya ini biar Umno pulak tolong beri tanah kat beliau diatas jasa-jasanya yang berjaya menarik beribu-ribu orang lagi bagi menyertainya.
Tanah yang beliau duduk sekarang ini bolehlah diserahkan kembali kepada kerajaan Kelantan kerana ada lagi penduduk yang lebih miskin dari beliau. Orang Gua Musang biasanya bersembang kat kedai kopi, tetapi beliau tak mainlah kedai-kedai kopi ni. Boleh juga beliau merasa bagaimana duduk kat kafe.
Memang betul-betul kena 'kencing' kat pemimpin Umnolah mangkuk ini sorang, kesian..... kesian. Kalau boleh nak tengok juga selepas pilihanraya ini, ada cam ke boleh jumpa pemimpin Umno. Tak tahulah berapa hektar tanah yang Umno kelentong nak bagi kat dia. Apatah lagi dengan perangai pemimpin Umno yang dah cukup terkenal dengan prinsip,'Harta aku, aku punya....... harta aku, akulah punya.
Lain kali fikirlah dulu sebelum berlagak bila dapat merasa suasana xkutif bila berjumpa kat hotel di Gua Musang. Selepas ini jangan haraplah jika nak jumpa para pemimpin Umno yang cukup mesra dan perihatin itu. Tapi tak apalah, PAS bukannya jahat sangat untuk menghalau kamu walau pun kamu bantai kerajaan PAS Kelantan dan TG Nik Aziz.
Harap-harap duit yang Umno bagi semasa kat hotel tu cukup untuk perbelanjaan selama 2 tahun. Mungkin juga beliau dah menjadi jutawan segera kerana jasa beliau yang amat besar untuk memenangkan calon BN dan mengutuk kerajaan PAS Kelantan.
Lepas ini barulah tahu langit itu tinggi ke rendah. Selamat mengadu nasiblah nanti dan selamat berjaya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan