Translate

Sabtu, 11 Disember 2010

Gaji Tentera, Apakah Ianya Gimik Politik?

View Image
Kementerian Pertahanan telah mengadakan perbincangan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berhubung pelarasan skima gaji Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau sendiri telah berbincang dengan Ketua Pengarah JPA Datuk Seri Abu Bakar Abdullah untuk memperincikan tentang pelarasan gaji tentera, supaya sekurang-kurangnya bersamaan dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengikut pangkat.

"Tetapi sebenarnya jika mengikut Perlembagaan Malaysia, skima perkhidmatan ATM hendaklah berada di atas lain-lain perkhidmatan.

"Asas itu yang saya pegang walaupun ada yang pertikaikan tak perlu ada kenaikan gaji, kononnya askar banyak berehat dan tak berperang. Jadi, adakah perlu perang dulu baru nak naik gaji," katanya. 

Ahmad Zahid berkata, ATM adalah pasukan profesional yang memainkan peranan tersendiri termasuk ketika negara aman.- Bernama

Jangan kenaikan gaji tersebut hanyalah gimik pilihan raya semata-mata  sudah. Siapa tahu........ kerana sudah lama gaji tentera tidak disemak. Jika hendak dibandingkan dengan gaji polis, tenta patut diberi gaji yang setimpal dengan peranan mereka sebagai pengawal negara.
Nak buat macam mana poliskan anak emas kerajaan dan kerana itulah Malaysia dikenali sebagai 'Negara Polis'. 

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular