Translate

Ahad, 23 Januari 2011

Malapetaka Darwinisma Terhadap Kemanusiaan. (Bhg. 22)

 
 Peperangan pada abad ke-20 telah meyebabkan kemusnahan hebat kepada manusia.

Seperti yang dapat kita lihat, Perang Dunia Pertama terjadi disebabkan oleh pemikir-pemikir Eropah, jeneral-jeneral, dan pemimpin-pemimpin yang melihat peperangan, pertumpahan darah, penyiksaan, dan penderitaan sebagai satu bentuk "pembangunan" dan satu undang-undang semula jadi yang tetap. Inspirasi ideologi yang membawa seluruh generasi ini kepada keruntuhan dengan idea-idea yang sama sekali salah tidak lain ialah konsep Darwin tentang "perjuangan untuk hidup" dan "bangsa pilihan". Dua tahun selepas Bernardi berkata demikian, Perang Dunia Kedua, yang membawa pembangunan ideologi (!) bermula, menyebabkan kematian 8 juta orang, memusnahkan beratus-ratus bandar, dan berjuta-juta tercedera, cacat, tiada tempat tinggal dan menganggur. Punca perang Nazi, yang telah bermula 21 tahun kemudian dan telah menyebabkan kematian kira-kira 50 juta orang, juga berlandaskan kepada Darwinisme.

Hitler sering mengaitkan polisi-polisi perang dan pemusnahan bangsa beliau kepada Darwinisme. Beliau melihat peperangan bukan sekadar unutk menghapuskan bangsa-bangsa yang lemah, tetapi juga sebagai suatu kuasa untuk membuang anggota-anggota yang lemah di dalam bangsa utama. Nazi Jerman menerima peperangan sebahagiannya kerana sebab ini, kerana di dalam pemikiran songsang mereka peperangan adalah satu langkah penting untuk peningkatan satu bangsa.
Seorang evolusionis A. E. Wiggam menerangkan tentang "kepercayaan bahawa peperangan membangunkan manusia", di mana Hitler mengasaskan polisi beliau, di dalam sebuah buku yang diterbitkan pada 1922:
… pada satu masa manusia lebih berotak daripada saudara mereka, beruk. Tetapi, denganmenendang, memukul, berkelahi… menewaskan musuh-musuhnya dan kenyataan bahawa sesiapa yang tidak mempunyai kebijaksanaan dan kekuatan yang memadai untuk melakukannya akan dihapuskan, otak manusia telah menjadi kejam dan ia menurun dari segi kebijaksanaan dan ketangkasan, walaupun tidak pada saiznya… 67

Hitler mendapat sokongan daripada para penyokong evolusi seperti Wiggam dan melihat peperangan sebagai satu kemestian kepada sesiapa yang ingin selamat. Dia mengeluarkan kenyataan seperti ini secara terbuka di dalam Mein Kampf:
Seluruh alam semulajadi adalah satu pertembungan di antara kekuatan dan kelemahan - satu kemenangan abadi yang kuat ke atas yang lemah. Jika perkara ini tidak berlaku makan akan berlaku kerosakan kepada alam semulajadi. Sesiapa yang tidak mahu berjuang di dalam dunia di mana perjuangan adalah undang-undang kehidupan, tidak layak hidup. Untuk berfikir sebaliknya adalah sesuatu yang "menganggu" alam semulajadi. Kedukaan, kesengsaraan dan penyakit adalah natijahnya.68
 

Dengan dakwaan Darwin bahawa yang kuat akan kekal selepas pertempuran untuk terus hidup ini dan bahawa spesis-spesis yang membangun dengan cara ini akan diadaptasikan kepada masyarakat manusia, peperangan telah dilihat sebagai sutu keperluan untuk pembangunan manusia. Sebagai contoh, Hitler menganggap kehebatan Jerman ialah penghapusan anggota-anggota yang lemah melalui peperangan sepanjang kurun. Walau pun Jerman memang telah biasa dengan peperangan tetapi justifikasi "saintifik" baru ini merupakan satu kuasa untuk mempertahankan polisi-polisi ganas mereka.

Lebih daripada itu, Hitler mendakwa, "tamadun manusia seperti yang kita kenali hari ini tidak akan wujud jika tidak kerana peperangan yang berterusan ini".69

Haeckel meramalkan, di dalam subjek peperangan, bahawa uslub ganas Spartans, salah sebuah bandar yang membentuk Greece Purba, perlu diamalkan. Beliau menulis bahawa "dengan membunuh semuanya kecuali 'kanak-kanak yang paling sihat dan kuat' Spartans terus berada di dalam keadaan yang kuat dan gagah".70
Peperangan telah digambarkan sebagai "satu aturan penting" kepada populasi seluruh Eropah, dan tidak hanya di Jerman. Menurut Friedrich Von Berhardi seorang pakar sosial secara Darwin Jerman "jika tidak kerana peperangan, kita mungkin akan mendapati bahawa bangsa-bangsa yang mundur dan tidak maju akan mengatasi mereka yang sihat dan muda dengan kekayaan dan bilangan mereka. Kepentingan peperangan bergantung di sini, ia menyebabkan satu proses pemilihan, dan peperangan-peperangan ini telah menjadi satu keperluan biologi".71

BERSAMBUNG......

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular