Translate

Isnin, 22 Mac 2010

Dedah Zahrain, Dedah KJ, Dedah Najib Dan SIS Jangan Lupa Dedah Dada.

Pendedahan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim terhadap konspirasi Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil alih Kerajaan Pusat pada 16 September disifatkan sebagai serius. Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin berkata, apabila konspirasi itu dikaitkan dengan Yang di-Pertuan Agong dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), dakwaan itu perlu disiasat. 

Nak siasat macam wahai KJ jika yang menuduhnya iaitu Zahrain pun takut nak keluarkan tuduhan tersebut di luar parlimen. Lainlan jika puak-puak Umno/Bn boleh pinda perlembagaan dengan menarik balik kekebalan yang ada pada ahli parlimen. Tetapi beranikah Umno/Bn nak lakukannya jika ditakdirkan mereka cukup undi 2/3.

"Jika betul pendedahan yang dibuat oleh Zahrain, ia adalah tindakan yang salah dari segi undang-undang, mencemari dan mempertikaikan juga institusi istana di Malaysia,” Katanya, jika pendedahan yang dilakukan oleh Zahrain itu adalah kebenaran ia adalah sesuatu yang mengejutkan dan menyedihkan kerana pembangkang sanggup berbuat apa sahaja untuk berkuasa. 

Kalau setakat dengar cakap dengan tiada apa-apa bukti yang lain seperti pita rakaman ke, gambar-gambar yang boleh bercakap ke atau pun minit mesyuarat, bolehlah kamu lelalak kesana kemari dengan Zahrain. Tak kan hanya Zahrain sahaja yang tahu rahsia tersebut, bagaimana dengan katak-katak PKR yang lain. Pelik  sungguh tuduhan beliau itu kerana katak-katak yang lain pun terkejut dengan pendedahan yang dilakukan oleh Zahrain. Mungkin juga beliau dapat melalui mimpi atau pun kerana ilmu laduni yang baru dimilikinya secara tiba-tiba.

“Kita amat terkejut dan sedih, jika betul perkara ini berlaku. Ini kerana ia adalah pembohongan besar, bukan sahaja pembohongan besar tetapi usaha untuk merampas kuasa dengan menggunakan nama institusi istana dan ATM,” katanya. “Kalau pembangkang berbahas mengenai perkara yang pahit untuk kita dengar, kita duduk, kita dengar dan kita mencelah, meminta ulasan dan sebagainya tetapi pembangkang tidak boleh, sama ada mereka lari atau timbulkan kekecohan dalam Parlimen. 

Tapi bagaimana pula dengan pendedahan yang dilakukan oleh Y.B. Saifuddin berkaitan dengan pesta teguk arak oleh pemimpin-pemimpin Umno yang ada di parlimen sekarang ini. Kenapa KJ dan pemimpin Umno tergaman dengan isu arak yang dikatakan oleh Saifuddin tanpa membuat apa-apa penafian daripada mereka. "Jadi kita amat terkejut  dan sedih, jika betul perkara ini berlaku". Campak balik kat muka KJ dengan kenyataan beliau itu.

Bukankah slogan 1Malaysia mengikut Sunnah Nabi dan Piagam Madinah, itu kata Timbalan Menteri Pengajian Tinggi. Jadi pesta teguk arak bagioleh pemimpin Umno itu ikut Sunnah Nabi jugak ke. Manalah tahu kut-kut kerana ketinggian pengajian mereka, mereka ada jumpa hadith. Amat malang bagi rakyat 1Malaysia kerana berwakilkan pemimpin kaki arak, apatah lagi perbuatan mereka dilakukan secara terang-terangan.

Kerana itu kaum kerabat mereka (Sister In Islam) yang menentang keras hukuman sebat yang telah dijatuhkan oleh Mahkamah Syariah. Walau pun mereka menggunakan NGO, tetapi 1Malaysia tahu siapa dibelakang mereka. Bertetapanlah roadshow yang sedang dilakukan sekarang ini dengan tema 'Umno/Bn Juara Rakyat'. Juara teguk arak, juara bagi lesen judi, juara kaki betina, juara songlap duit rakyat, juara rasuah dan juara segala juara yang ada di 1Malaysia.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular