Tiga buah
kereta polis mengelilingi rumah Timbalan Presiden PKR Azmin Ali, untuk
menyerah satu notis yang meminta agar beliau melaporkan diri di balai
polis untuk diambil keterangan pada 28 Mac.
Peguam
yang mewakili Azmin, Latheefa Koya dihubungi isteri Azmin Ali, bahawa
tiga buah kereta yang sarat dengan anggota polis IPD Ampang tiba di
rumah kediamannya, untuk menyerah notis tersebut.
Ketika
dihubungi merdekareview Latheefa Koya berkata, polis tidak menyatakan
sebab mereka memanggil Azmin untuk diambil keterangan. Bagaimanapun,
pihak mereka (PKR) menjangka ia mungkin berkaitan dengan Kempen Tolak
kes Fitnah II, anjuran KEADILAN di perkarangan Pusat Khidmat Rakyat
Ahli Parlimen Gombak, Taman Melawati pada 25 Mac 2011. Azmin Ali ialah
ahli parlimen Gombak.
Pada
malam 25 Mac, polis dan FRU cuba menghalang Ketua Umum PKR merangkap
Ketua Pembangkang Parlimen, Anwar Ibrahim daripada meneruskan ceramah.
Tiga anggota Angkatan Muda Keadilan ditangkap, malah Anwar dikhabarkan
juga ditangkap. Bagaimanapun, Anwar dikesahkan telah meninggalkan
tempat tersebut dalam kekecohan, tanpa ditangkap polis. Orang ramai
yang menghadiri ceramah tersebut berasa marah, lantas membaling kerusi
ke arah polis dan FRU.
Selain
itu, Latheefa Koya berkata, Azmin Ali selaku ADUN Bukit Antarabangsa
perlu menghadiri sidang mesyuarat DUN Selangor pada Isnin (28 Mac),
maka beliau tidak dapat meluangkan masanya untuk melapor diri di balai
polis pada hari itu.(Sumber)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan