Translate

Jumaat, 1 April 2011

Isu Video Seks : Lawak Terbaru Dari Bukit Aman.


Seperti yang dijangka akhirnya Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar (foto) mengeluarkan kenyataan bahawa Rakaman video seks yang didakwa membabitkan seorang ketua pembangkang, telah disahkan ketulennya oleh pakar tempatan. Beliau juga berkata siasatan kini dalam peringkat akhir oleh pasukan khas yang ditubuhkan di bawah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman bagi menyiasat rakaman video seks berkenaan.

 "Dengan ini diumumkan bahawa siasatan (video) kini di tahap terakhir...ini bermakna polis telah menerima laporan pakar mengenai kesahihan video itu. Dengan kata lain, rakaman itu adalah tulen," katanya pada sidang media tergempar di Pusat Latihan Polis(Pulapol) hari ini. 

Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan identiti pelaku dalam video seks terbabit. Ismail berkata kertas siasatan berhubung kes itu akan dihantar ke Jabatan Peguam Negara dalam masa terdekat untuk tindakan selanjutnya. Katanya setakat ini seramai tiga individu telah ditahan, namun dilepaskan dengan jaminan polis. Beliau bagaimanapun enggan menjelaskan identiti ketiga-tiga individu tersebut namun memberitahu polis akan memanggil sesiapa sahaja yang boleh membantu siasatan berkaitan kes itu.

Soalnya sekarang siapakah pakar tempatan ini? Adakah ia Yusri KRU seperti yang diwar-warkan polis sebelum ini. Apakah dengan pengesahan seorang pakar tempatan yang belum tentu kita tahu "niat disebaliknya" maka pihak polis boleh menerima terus keputusan itu. Bukankah, ia masih dalam siasatan dan perlu mendapatkan lebih ramai pakar dari luar negara untuk membuktikan ketulenan tersebut.

Paling melucukan bila polis kata enggan mendedahkan ketiga-tiga individu yang telah dipanggil, padahal seluruh dunia sudah tahu yang Trio Datuk T yang diketuai oleh Rahim Thamby Chik telah dipanggil ke Bukit Aman baru-baru ini. Apakah mereka dipanggil untuk disiasat atau melengkapkan lagi maklumat tentang video berkenaan. Inilah yang memusykilkan rakyat Malaysia sebenarnya.(Baca Lagi)

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular