PAS mengingatkan semua pihak tidak mempermainkan sumpah laknat seperti
yang mahu dibuat ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah hari ini
berhubung video seks yang didedahkannya, lapor Harakahdaily.
Naib
Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata dalam perundangan
Islam, sumpah di hadapan hakim mahkamah syariah mempunyai nilai yang
tinggi bagi menjaga martabat seseorang yang dituduh.
Bagaimanapun
katanya, penuduh yang menggunakan kaedah sumpah laknat untuk
membenarkan tuduhan, bukan sahaja akan merosakkan nilai sumpah itu
sendiri, malah lari dari kaedah Islam.
"Sumpah mesti di dalam mahkamah atas arahan hakim syarie.
"Kita tengok sumpah ini dah jadi macam satu trend baru untuk menuduh orang. Lepas tuduh, bersumpah nak membenarkan tuduhan.
"Iaitu guna metodologi Islam (sumpah) untuk menghalalkan benda yang bukan syarak (fitnah)," katanya.
Beliau
mengulas hasrat Eskay yang mahu bersumpah laknat di Masjid Amru Al-As
Bandar Baru Sentul selepas solat Jumaat hari ini bahawa Datuk Seri
Anwar Ibrahim merupakan pelaku dalam video seks yang didedahkannya.
Beliau
juga turut mengulangi penegasan bahawa Anwar juga tidak perlu bersumpah
atas desakan mana-mana pihak kecuali hakim mahkamah syariah.
"Jika
Anwar bersumpah di khalayak seperti yang didesak pihak tertentu, adakah
ia menjamin bahawa tuduhan ke atasnya itu digugurkan?" soal Tuan
Ibrahim.
Sebelum
ini, Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria turut menegaskan Anwar tidak
perlu bersumpah mubahalah atau kerana pelaku dalam rakaman video seks
masih belum dibuktikan lagi.
“Sumpah
(mubahalah) dalam mahkamah bukan di luar... lagipun apa guna beliau
(Anwar) nak bersumpah? Jadi beliau tidak perlu bersumpah di hadapan
masyarakat, kenapa tidak buat di mahkamah? Anwar tak perlu dihukum
sebab beliau tidak lagi didapati bersalah.
“Dalam
video itu, kita belum tahu siapa pelakunya, kalau nak bersumpah
mubahalah pun kena tunggu bukti dulu tapi kalau ada (bukti) pun Anwar
tidak boleh disabitkan bersalah sebab menurut Islam perlu ada empat
saksi yang menyaksikan kejadian itu berlaku,” katanya. MK
APABILA SANG MUSAFIR BERKELANA DARI DUNGUN LALU BERHIJRAH KE SATU TEMPAT YANG BERNAMA PERAK LALU MENETAP DI TAMBUN, IPOH........
Translate
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Asal Abdul Rahman bin Tuanku Imam Nuh, lebih dikenali sebagai Dato’ Bahaman ialah orang besar yang menentang penjajahan Inggeris di...
-
Tan Sri Robert Kuok terus mempertahankan kedudukkan sebagai rakyat Malaysia terkaya di Malaysia dengan kekayaan sebanyak US$ 12 bilion. T...
-
KEPUTUSAN PILIHANRAYA KECIL 2009 ( Rasmi ) N 11 - PERMATANG PASIR ( 20,350 ) Haji Mohd Salleh Man ( PAS ) : 9,618 Rohaizat Oth...
-
MUNCULNYA NABI-NABI PALSU Hari akhir tidak akan datang sebelum datangnya tiga puluh Dajjal, masing-masing mengaku dirinya sebagai seor...
-
Pendedahan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim terhadap konspirasi Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil alih Ker...
-
Bekas PM Ah jib dan kuncu kuncu nya akan merasmikan Terminal Bersepadu Selatan, Bandar Tasik selatan TBS BTS. [Bandar Tasik Selatan]...
-
Pada 7 Jan 2001 Hartanah Taikon Tan Sri Abu diarah merobohkan pagar tembok. Masuk dalam media Utusan.Namun.. cuba lihat.. sampai hari ini...
-
Jabatan Peguam Negara telah memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen Pulau Pinang pada 28 Ogos lalu yang membebaskan seorang jur...
-
Hidupku penuh dengan dosa-dosa yang tidak tertanggung oleh aku sebagai insan yang lemah. Kehidupanku penuh dengan onak dan duri, apakah Alla...
-
IPOH: Jumlah mangsa yang maut dalam nahas bas persiaran Thai di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands, pagi tadi meningkat kepada 26 ...
2 ulasan:
Saya masih mengharapkan perjuangan PAS seperti dahulu, perjuangan yang jelas untuk diperjuangkan...tetapi kini setelah Nik Aziz menjadi penentu, dasar perjuangan PAS telah tersasar jauh....!
Berdirilah PAS dengan bermaruah tanpa PKR dan DAP terutamanya, janganlah diperbodohkan oleh mereka...! kembalilah pada perjuangan asal semoga kita rakyat Malaysia dapat keberkatan daripada perjuangan PAS.
Kembalilah kepada perjuangan asal....sebuah negara Islam yang berdaulat!
pencacai umno oiii...dulu masa PAS tidak bersama PR pun hang tentang perjuangan PAS....jgn menyamarlah!
Catat Ulasan