Translate

Jumaat, 22 April 2011

Ugutan Bunuh Untuk Blogger Gerakan Anti Najib/Rosmah.

Gerakan Anti Najib/Rosmah
Foto Saya

Mungkin Blogger Gerakan Anti Najib/Rosmah (GANR) patut membuat satu laporan polis berkaitan komen-komen yang diterbitkan diblog-blog pro Barisan Nasional. Sebenarnya banyak kecaman-kecaman yang telah dilontarkan terhadap GARN dalam pemerhatian saya 3 minggu lepas terhadap blog-blog pro Barisan Nasional dan tidak perlu saya menyebut blog-blog tersebut tetapi ianya datang dari blog berpengaruh Umno.

Antara kecaman yang diterima ialah 'Bakar Mayat Beliau' dan yang paling teruk ialah 'Ugutan Bunuh' oleh blogger pro BN. Mungkin mereka merasakan yang mereka sebagai blogger pro kerajaan boleh melakukan apa sahaja tanpa boleh disentuh oleh undang-undang maka mereka boleh melakukan apa sahaja tanpa berselindung. Ugutan berbentuk ancaman patut diambil tindakan oleh pihak berkuasa seperti apa yang saudara baca DISINI

Mereka terlalu bongkak dengan apa yang mereka miliki tanpa siapa boleh menyentuh kerana mereka adalah penulis upahan Umno yang tegar. Dengan angkuh mereka menulis berita-berita ugutan tanpa memikirkan akan kesannya nanti. Saya tak rasa blogger GANR begitu takut dengan ugutan-ugutan mereka kerana beliau bukan budak baru dalam politik dan alam siber.

Boleh dikatakan komen-komen yang dilontarkan pada blog  GANR datangnya dari blog-blog taiko Umno yang tegar. Nampaknya serangan daripada GANR benar-benar membuatkan mereka marah dengan menuduhnya sebagai budak mentah dan sebagainya,

Untuk makluman semua, blogger Gerakan Anti Najib/Rosmah bukannya budak mentah seperti apa yang mereka fikirkan selama ini. Beliau cukup aktif dalam politik semasa era Tun Hussein Onn menjadi Perdana Menteri dan mempunyai ramai kenalan daripada Umno dan PAS. 

Jika hendak dibandingkan dengan 'si Pengugut Bunuh' dengan blogger GARN, mungkin jauh panggang dari api kerana dari segi usia dan pematangan berpolitik. Para blogger Umno menyangka bahawa blogger GARN adalah budak mentah yang baru bertatih dalam arena politik dan alam siber.

Apa yang saya ketahui, segala tindakan beliau tiada hubung kait langsung dengan Pakatan. Oleh itu blogger-blogger BN jangan sesekali mengaitkan Pakatan dalam segala tindakan yang dilakukan oleh GANR kerana apa yang beliau lakukan adalah dari ideanya sendiri tanpa melibatkan mana-mana pihak. Bagaimana jika saya mengatakan blogger GANR sebenarnya adalah blogger Umno yang tidak berpuashati dengan apa yang berlaku didalam kerajaan sekarang ini.

Blog GANR diwujudkan pun kerana ketidak puas hati beliau terhadap kerajaan yang diterajui oleh Umno dan Rosmah yang banyak mencampuri urusan kerajaan. Penyalahguna kuasa yang berleluasa dikalangan pemimpin Umno/BN dengan merompak hasil kerajaan untuk memperkayakan diri, keluarga dan kroni-kroni. Jurang hidup diantara rakyat dengan pemimpin begitu ketara yang menjadikan rakyat Malaysia mengemis di negara sendiri. Yang kaya bertambah kaya (Umno/BN) dan yang miskin bertambah miskin (Rakyat).

Adalah tidak bijak bagi blogger Umno menyalahkan blogger Pakatan jika tindakan yang dilakukannya mendatangkan kemudaratan pada blog masing-masing. Blogger pro BN boleh melapor terus kepada pengendali  Blogger jika mereka rasa yang GANR telah menyalahi peraturan. Itu pun jika blogger BN dapat mengemukakan buktikan yang GARN telah menghantar virus terhadap blog-blog mereka.

Jika blogger BN benar-benar anak jantan, lakukan secara anak jantan dan jangan hanya pandai menyalahkan orang jika tiba-tiba blog mereka hilang dari alam siber. Gunakan segala kepandaian yang ada seperti mana dilaung-laungkan selama ini dan jangan hanya pandai bercakap sahaja.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kah kah...
rupa nya blogger PR ni power giler..rupanyer macam budak kecik tadika main aci-aci.
Ada satu hal geng PR ni lupa betapa bongkak dan sombongnya mereka. Aku tak tau samada depa ni burung kakak tua ker atau kasuawari sorok kepala bila bermasalah..
oh .. geng PR ni suka bunuh orang dengan hukum hakam kalau tak ikut ponkoqnya. Pemimpinnya yang bukan Islam pun tumpang2 sekaki. Itu lagi berat dari apa yang nko katakan tu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular