Seluruh rakyat Malaysia kini perlu menerima hakikat sebenar mengenai keadaan
ekonomi global dan lebih berhemat dalam berbelanja serta lebih fokus dalam
memulihara sumber berharga seperti tenaga elektrik dan air, di samping tidak
terlalu mengharapkan subsidi.
Pendekatan ini amat penting dalam menghadapi kenaikan kos
pelbagai barangan dan perkhidmatan berikutan kenaikan harga minyak di pasaran
global serta kekurangan bekalan makanan akibat perubahan iklim.
Dalam
perbualan dengan Bernama, beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan
pakar ekonomi mengalu-alukan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri
Muhyiddin Yassin pada Khamis lalu.
Muhyiddin dilaporkan menyeru rakyat Malaysia supaya mempersiapkan mental
masing-masing untuk menghadapi kenaikan harga pelbagai produk berikutan kenaikan
harga minyak dan penurunan jumlah bekalan makanan yang diakibatkan oleh
perubahan iklim sejagat.
Dalam kenyataan itu, Muhyiddin juga menasihati rakyat
supaya mengawal perbelanjaan masing-masing serta berusaha meningkat bekalan
makanan sendiri.
"Jika ini dilakukan, orang ramai tidak akan terlalu
merasai bebannya apabila negara menghadapi kenaikan kos dan inflasi kelak,"
katanya.
Kuasa pasaran
Presiden Gabungan Persatuan
Pengguna Malaysia (Fomca) Datuk N Marimuthu berkata, dalam menghadapi hakikat
baru ekonomi ini, orang ramai perlu diberi kefahaman mengenai perkara penting
dalam kehidupan mereka seperti kuasa pasaran, sistem dan mekanisme penetapan
harga serta penyusunan semula subsidi.
"Secara umumnya, sejak 50 tahun lalu, kita katakan kita
mampu menangani segalanya...tapi, dalam tempoh tiga tahun lalu, ternyata, kita
tidak berupaya untuk menangani semua perkara.
“Orang ramai perlu
disedarkan bahawa kita tidak boleh melarikan diri daripada kesan kenaikan harga
minyak dan perubahan iklim, yang kesemuanya merupakan fenomena global," kata
Marimuthu (atas, kiri).
Beliau berkata, oleh kerana faktor
luaran mempunyai pengaruh yang amat besar terhadap harga, maka orang ramai perlu
memainkan peranan masing-masing dalam menghadapi keadaan yang amat mencabar pada
masa akan datang.
Pada waktu yang sama, beliau meminta kerajaan supaya terus
berusaha melindungi golongan miskin, lebih-lebih lagi golongan yang teramat
miskin, daripada menerima kesan buruk akibat kenaikan harga untuk memastikan
mereka tidak tersisih daripada arus utama pembangunan.
Ekonomi global
Sementara itu, Setiausaha
Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Maamor Osman pula berkata,
beliau menerima hakikat bahawa memang bukan mudah untuk mengubah mentaliti orang
ramai, tetapi beliau berharap mereka akan kurang membeli barangan yang tidak
begitu diperlukan agar mereka mempunyai lebih banyak wang untuk membeli barangan
keperluan.
Maamor berkata orang ramai tidak boleh menolak hakikat
semasa -- bahawa kenaikan harga bagi pelbagai produk berpunca daripada faktor
ekonomi global – dan oleh itu mereka perlu memahami mekanisme berkenaan agar
kenaikan ini tidak terlalu membebankan mereka.
Orang ramai juga perlu
berusaha meningkatkan kemampuan membeli masing-masing termasuk dengan
meningkatkan kemahiran diri untuk membolehkan mereka menambah
pendapatan.
Mengenai cara untuk menambah bekalan makanan, kata beliau,
walaupun penduduk bandar menghadapi masalah untuk menanam sayur-sayuran dan
buah-buahan akibat kekurangan tanah, persatuan penduduk boleh menggunakan tanah
kosong, termasuk di bawah talian bekalan elektrik, untuk bercucuk tanam dan
berkongsi hasilnya.
Pengerusi Pusat Alam Sekitar, Teknologi dan Pembangunan
Malaysia (Cetdem) Gurmit Singh KS berkata suatu kesilapan yang dilakukan selama
ini ialah membiarkan mentaliti subsidi berkembang subur dalam minda sebahagian
besar rakyat Malaysia.
Kata beliau mentaliti ini perlu dikikis secara
berperingkat dan walaupun inflasi serta harga barangan perlu dikawal, orang
ramai juga perlu berhenti daripada membazirkan sumber, tidak kira sama ada yang
murah atau mahal seperti tenaga elektrik, air dan bahan bakar.
Gurmit
berkata oleh kerana harga tenaga elektrik di Malaysia adalah antara yang
termurah di rantau ini, maka ramai rakyat Malaysia tidak begitu mengambil berat
untuk mengunakannya secara cekap.
Bazir elektrik
"Orang miskin dan orang
kaya semuanya membazirkan tenaga elektrik; mereka rasa, oleh kerana ia murah,
maka mereka boleh membazirkannya. Mereka sepatutnya sedar bahawa sumber itu
tidak boleh dibazirkan...mereka kena belajar memuliharanya," katanya.
Penggunaan tenaga elektrik secara lebih cekap dan
menggunakan pengangkutan awam bukan saja membolehkan orang ramai menjimatkan
perbelanjaan, tetapi juga membantu mengurangkan kesan akibat perubahan
iklim.
"Ada orang memandu kereta ke kedai berhampiran rumahnya
semata-mata untuk membeli senaskhah surat khabar. Kenapa mereka tidak berjalan
saja? Ini bukan hanya menjimatkan bahan bakar, tetapi juga suatu senaman yang
baik," katanya.
Beliau juga menyeru rakyat negara ini supaya mengamalkan sikap
berjimat-cermat dan menikmati kehidupan berkualiti.
Dalam hubungan ini, beliau menggesa golongan berada dan
golongan kelas pertengahan atas, malah menteri, supaya mempamerkan teladan yang
baik.
Dr Yeah Kim Leng, pakar ekonomi kumpulan RAM Holdings Berhad,
berkata syarikat perniagaan dan pengguna perlu bersiap sedia untuk berdepan
dengan kenaikan harga yang berpunca daripada hakikat baru ekonomi.
Buat pilihan
Untuk membolehkan mereka menyerap kenaikan kos, beliau berkata syarikat
perniagaan perlu memberi fokus terhadap usaha meningkatkan kecekapan dan
produktiviti.
Melalui cara ini, kata Dr Yeah, beban yang terpaksa
dikongsi oleh pengguna akibat kenaikan kos akan dapat
dikurangkan.
"Pengguna juga patut memilih barangan atau perkhidmatan yang
lebih murah...terdapat begitu banyak pilihan di pasaran,' katanya.
Di
samping menyeru pengguna supaya mengamalkan sikap berhemat dalam berbelanja dan
tidak membeli barangan yang tidak begitu diperlukan, beliau juga menegaskan
bahawa penyusunan semula subsidi perlu dilakukan untuk memastikan ekonomi negara
berada dalam keadaan sihat dan defisit pula dapat dikurangkan.
-
Bernama
APABILA SANG MUSAFIR BERKELANA DARI DUNGUN LALU BERHIJRAH KE SATU TEMPAT YANG BERNAMA PERAK LALU MENETAP DI TAMBUN, IPOH........
Translate
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Asal Abdul Rahman bin Tuanku Imam Nuh, lebih dikenali sebagai Dato’ Bahaman ialah orang besar yang menentang penjajahan Inggeris di...
-
Menipu bapa tirinya yang mempunyai kaitan dengan Kazakhtan, menipu pembelian Plaza kondo yang bernilai US20 juta, juga didapati memasuki ...
-
8.41am Di kubu kuat PAS di Sg Terah, kelihatan kira-kira 400 penyokong parti itu berbanding hanya 50 berbanding BN. Kelihatan Pengerusi ...
-
Untuk renungan kita bersama tentang perintah Allah SWT kepada Iblis Laknatullah untuk menjawab segala pertanyaan Rasulullah SAW. ...
-
Pendedahan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim terhadap konspirasi Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil alih Ker...
-
Makam Rasulullah s.a.w. Makam Sayyidah Khadijah (yang besar) dan putranya, Qasim (yang kecil) di sudut Makam Aisyah r.a. (i...
-
Pada 7 Jan 2001 Hartanah Taikon Tan Sri Abu diarah merobohkan pagar tembok. Masuk dalam media Utusan.Namun.. cuba lihat.. sampai hari ini...
-
ISMAIL SABRI ADALAH MENTERI PALING BODOH DALAM SEJARAH MALAYSIA!? Pergghhh marah betul si Keris Putra dengan Ismail Sabri, dikat...
-
Ka’bah adalah kiblat seluruh kaum muslimin dunia yang menjadi simbol kesatuan mereka dibawah ikatan tauhid dan keimanan kepada Allah swt...
-
Surat di atas adalah surat Presiden PAS kepada media yang baru lalu. Ada 2 isi penting surat itu.Pertama, arahan Presiden supaya Pimpinan P...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan