Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menggesa anggota Umno Selangor
melupakan kekalahan pada pilihan raya umum 2008 dan bangkit bagi
memastikan BN dapat merampas kembali negeri itu pada pilihan raya umum
ke-13 yang disifatkannya "sudah hampir tiba".
Najib,
yang juga Presiden Umno berkata, bagi memastikan kemenangan BN pada
pilihan raya akan datang, warga Umno Selangor perlu menggunakan apa
sahaja 'senjata' yang dimiliki mereka.
"Kita tidak harus membiarkan maruah parti terus tercemar dan tercalar dengan terus bersedih kerana kekalahan lepas.
"Kita
juga tidak boleh terus terbawa-bawa dengan kesedihan, kehilangan
keyakinan kita, sebaliknya kita mesti menyusun semula barisan, kuatkan
iltizam dan semangat juang serta bangkit menebus kekalahan dengan
semangat juang yang tidak tahu erti kalah," katanya.
Berucap
pada majlis 'Malam Pemimpin Bersama Rakyat-Rakyat Didahulukan' di Shah
Alam, malam semalam, Najib, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno
Selangor, mahu semangat seumpamanya diterapkan dalam diri setiap warga
Umno negeri tanpa mengira usia.
"Kalau British
kita boleh kalahkan kerana kita berjuang berhabis-habiskan, takkan lah
Umno Selangor tidak boleh bangkit dari peristiwa itu (kekalahan pada
pilihan raya umum lalu).
"Segala kekurangan dan kezaliman kerajaan negeri hari ini di Selangor mesti diperbetulkan," katanya.
Najib
juga mengingatkan bahawa dalam sistem demokrasi terbuka, sejarah
kegemilangan sesebuah parti politik tidak menjamin kelangsungan kuasa
mereka.
"Sejarah itu sepatutnya kita ambil sebagai
iktibar kerana politik adalah suatu bentuk 'game', yang berkisar kepada
nombor dan persepsi.
"Sebagai contoh dalam
sesebuah negeri mempunyai majoriti pengundi Melayu, tetapi tidak
bersatu, maka tidak akan membawa sebarang kesan seperti yang
diharapkan," katanya.
Mengulas
mengenai kumpulan veteran Umno, Najib berkata, dalam konteks
perjuangan, tidak ada noktah bagi perjuangan anggota parti selagi nyawa
dikandung badan dan kudrat masih ada.
"Kita banyak
terhutang budi kepada ahli veteran Selangor, paling besar nilai
sumbangan veteran Umno Selangor ialah melalui kepimpinan mereka selama
ini yang menjadikan Selangor sebagai negeri yang paling maju.
"Kejayaan
yang dikecapi hari ini bukan pimpinan negeri tetapi pimpinan Umno yang
telah memberikan sumbangan dan nilai kepada pembangunan dan kejayaan
Selangor," katanya.
Majlis anjuran Kelab Veteran
Umno Selangor itu antara lain bertujuan mengisi tabung Veteran Umno
bagi membolehkannya meneruskan pelbagai aktiviti bagi membangunkan
masyarakat, khususnya golongan veteran parti itu.
- Bernama
APABILA SANG MUSAFIR BERKELANA DARI DUNGUN LALU BERHIJRAH KE SATU TEMPAT YANG BERNAMA PERAK LALU MENETAP DI TAMBUN, IPOH........
Translate
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Asal Abdul Rahman bin Tuanku Imam Nuh, lebih dikenali sebagai Dato’ Bahaman ialah orang besar yang menentang penjajahan Inggeris di...
-
Pada 7 Jan 2001 Hartanah Taikon Tan Sri Abu diarah merobohkan pagar tembok. Masuk dalam media Utusan.Namun.. cuba lihat.. sampai hari ini...
-
Menipu bapa tirinya yang mempunyai kaitan dengan Kazakhtan, menipu pembelian Plaza kondo yang bernilai US20 juta, juga didapati memasuki ...
-
8.41am Di kubu kuat PAS di Sg Terah, kelihatan kira-kira 400 penyokong parti itu berbanding hanya 50 berbanding BN. Kelihatan Pengerusi ...
-
Untuk renungan kita bersama tentang perintah Allah SWT kepada Iblis Laknatullah untuk menjawab segala pertanyaan Rasulullah SAW. ...
-
Pendedahan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim terhadap konspirasi Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil alih Ker...
-
Makam Rasulullah s.a.w. Makam Sayyidah Khadijah (yang besar) dan putranya, Qasim (yang kecil) di sudut Makam Aisyah r.a. (i...
-
Minta laluan ya............ bila berhujah mesti ada dalil ada nas ada fakta............ jangan pakai langgar je........... 31 tahun duduk da...
-
ISMAIL SABRI ADALAH MENTERI PALING BODOH DALAM SEJARAH MALAYSIA!? Pergghhh marah betul si Keris Putra dengan Ismail Sabri, dikat...
-
Ka’bah adalah kiblat seluruh kaum muslimin dunia yang menjadi simbol kesatuan mereka dibawah ikatan tauhid dan keimanan kepada Allah swt...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan