Pemimpin Umno dan BN yang mendominasi kepimpinan negara lebih 50 tahun dikatakan
kini dalam keadaan resah, gelisah dan risau jika mereka menjadi pembangkang
selepas pilihan raya umum ke-13, akan datang, kata Ketua Penerangan PAS Perak,
Khalil Idham Lim.
Menurut beliau, perkembangan itu semakin terserlah melalui
tindakan dan ucapan yang dilakukan pemimpin BN sejak akhir-akhir
ini.
“Keadaan tersebut berlaku dalam keadaan gelombang penolakkan rakyat
terhadap BN sedang berlangsung dalam keadaan BN terus menerus mengharapkan
simpati untuk terus kekal berkuasa.
“Kerana itu populariti BN cuba
dipulihkan kononnya kerajaan prihatin dengan cuma menangguhkan kenaikan harga
minyak namun nampaknya masih tidak berhasil mengembalikan sokongan
rakyat.
“Kebangkitan rakyat pada masa sekarang boleh disifat sebagai air
yang mengalir yang tidak mampu dibendung dan disekat lagi. Kerana itu
kebangkitan rakyat kearah perubahan tidak akan terhenti setelah mereka menghukum
BN dalam PRU akan datang,” kata Khalil dalam satu kenyataan media di Parit
Buntar, hari ini.
Beliau mengulas laporan Bernama semalam bahawa
Umno BN akan simulasi pilihan raya 'olok-olok' yang mana ia berkait rapat dengan
persediaan parti itu bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13.
Bagi Khalil
yang juga ADUN Titi Serong, pilihan raya 'olok-olok' itu hanya membuang masa dan
membuktikan kegusaran pemimpin Umno dan BN mengenai kemungkinan kehilangan
kuasa.
“Saya juga mempersoalkan punca kewangan yang akan digunakan untuk
mengadakan pilihan raya umum olok-olok yang boleh dikatakan membuang buang masa
. Ia tidak lebih kepada bukti jelas tentang kebimbangan pemimpin Umno dan BN
kehilangan kuasa.
“Kerana itu saya membantah sekeras-kerasnya jika pilihan
raya olok-olok itu menggunakan sumber kewangan yang ada pada jabatan dan agensi
tertentu kerana ia merupakan satu penyelewengan wang rakyat termasuk wang kami
dari Penyokong Pakatan Rakyat,” katanya.
Menurut Khalil adalah lebih baik
dana awam itu “disalurkan untuk kepentingan membantu rakyat bawahan yang masih
memerlukan bantuan”. MK
APABILA SANG MUSAFIR BERKELANA DARI DUNGUN LALU BERHIJRAH KE SATU TEMPAT YANG BERNAMA PERAK LALU MENETAP DI TAMBUN, IPOH........
Translate
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Kita tanya sama Rais anak Yatim pasal beliau Menteri Penerangan dan kerja beliau tukang terang. Jangan dok terang pasal 72 % rakyat ...
-
Heboh di media sosial tentang posting yang dimuat naik oleh Ketua Pemuda Umno pertemuan Presiden PAS dengan Presiden Umno. Pertemuan tersebu...
-
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah tidak mengaitkan beliau apabila menjalankan siasatan berhubung dak...
-
Keputusan tidak rasmi 6.47pm Linda Tsen (BN-PBS) - 5,051 Yong Teck Lee (SAPP) - 1018 Ansari Abdullah (PKR) -1,709 Undi rosak - 420 6...
-
Semakin ramai membantah Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman setelah ianya dibaca buat...
-
UDA Holdings memperolehi RM25 juta setahun daripada BB Plaza. Konglomerat hartanah, Tradewinds Corporation Bhd (TCB), telah mengemuk...
-
Najib Tun Razak bukannya seorang politikus yang licik sepertimana ahli-ahli politik yang berada di negara ini.Walau pun beliau adal...
-
Bohsia 3 beradik..... itulah gelaran yang diberikan oleh penduduk Kampung Melayu Rizab, Tambun kepada satu keluarga kerana aktiviti yang am...
-
Keputusan undian terkini pilihan raya kecil Parlimen Sibu selepas penjumlahan 47 daripada 111 peti undi ialah BN 6,457, DAP 6,266 dan Bebas 68.
-
Selamat bertugas buat blogger Pakatan Rakyat yang akan berkampung di Bagan Pinang dalam pilihn raya kecil Dun tersebut. Semoga blogger Pakat...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan