Translate

Sabtu, 28 Mei 2011

Lynas: Jika Bahaya, Kenapa Perlukan R&D Untuk Menguruskan Sisa Buangan...!!!


Lynas Corporation dari Australia akan memperuntukkan sebahagian daripada perolehan daripada loji miliknya di Gebeng, Pahang, yang menjadi kontroversial sekarang, untuk membantu Putrajaya menaja penyelidikan menguruskan toksik nadir bumi dengan selamat, kata sumber-sumber kerajaan. 



Satu sumber memberitahu The Malaysian Insider, Lynas diminta membayar kerajaan satu jumlah daripada keuntungan bersih tahunannya untuk tujuan penyelidikan dan pembangunan (R&D) berkenaan bidang pengurusan dan pelupusan sisa buangan radioaktif atau mengadakan bayaran sekuriti. 

Buat masa sekarang, produk-produk sisa buangan nadir bumi hanya boleh ditanam, dikitar semula atau diubah menjadi bahan-bahan bukan radioaktif, meskipun kebanyakan operasi kecil-kecilan di China melepaskan toksik ke dalam aliran bekalan air umum. 

Difahamkan bahawa keperluan itu diketengahkan sebagai satu syarat bagi lesen produksi Lynas oleh Lembaga Pelesenan Tenaga Atom  (AELB) ketika satu pertemuan yang turut dihadiri wakil Lembaga Pembangunan Perindustrian Malaysia (Mida) dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti). 

Sementara sumber memberitahu bahawa AELB, bukannya Mida atau Miti, yang bertanya tentang soal keselamatan, dana sekuriti itu tidak boleh dianggap sebagai bayaran ganti rugi terhadap kemungkinan bahaya sisa-sisa buangan yang kemungkinan terhasil daripada aktiviti pemprosesan nadir bumi di lojinya di Gebeng dekat Kuantan. 

“Ini bukan dana ganti rugi,” kata sumber itu. 

Minggu lalu, Lynas memberitahu The Malaysian Insider, ia telah meletakkan deposit dengan Putrajaya untuk memastikan pengurusan yang selamat sisa buangan sebagaimana diperlukan oleh AELB. 

Bagaimanapun syarikat itu tidak mengulas mengenai deposit atau mendedahkan jumlah yang ia bayar kepada AELB, yang dicaj oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi untuk melulus dan memantau industri radioaktif. 

Bagaimanapun Ketua Pengarah AELB Raja Abdul Aziz Raja Adnan dengan segera menafikan agensinya ada meletakkan deposit sebagai satu syarat. 

“Ia tiada kaitan dengan AELB. Anda kena pastikan dengan Mida, pastikan dengan Miti,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular