Translate

Selasa, 7 Jun 2011

Kaji Semula Perniagaan Yang Berasaskan Monopoli.


Beban mula terasa bila tarif elektrik dinaikkan selepas kenaikan harga gula yang mana semua perniagaan tersebut berasaskan Monopoli. Bila Mukhriz kata perjanjian tersebut hanya akses untuk ahli Dewan Rakyat sahaja Baca Sini , maka sudah menjadi kewajipan para MP-MP untuk menerangkan kepada rakyat.

Inilah keburukan bila hanya GLC atau pun syarikat yang mempunyai kabel yang kukuh dengan pemimpin negara sahaja memonopoli sesuatu bahan atau perkhidmatan. Mereka akan sesuka hati menaikkan harga barang yang kononnya dikawal oleh kerajaan. Apabila kerajaan menyatakan akan mengkajinya, ia adalah lakonan semata-mata kerana kita sudah sedia maklum akan keputusannya. 

Sudahlah keuntungan bersih syarikat pembekal setahun mencecah berbilion setahun pun masih tidak berpuas hati. Jika boleh mereka ingin menyapu bersih segala titik peluh yang rakyat perolehi dengan berbagai alasan yang tidak masuk akal.

Jika benar kerajaan yang ada ini adalah Kerajaan Kebajikan seperti kata Muhyiddin Yassin, kerajaan patut menghentikan perjanjian di antara TNB dengan Pembekal Tenaga Bebas (IPP). Soalnya, TNB hendak monopoli sebagai pembekal utama elektrik dan IPP yang mempunyai hubungan istimewa dengan pemimpin tertinggi Umno pun hendak tumpang sekaki, maka jadi hubungan yang luar biasa di antara mereka. 

Kebajikan rakyat diketepikan kerana perjanjian tersebut akan menguntungkan semua pihak termasuk poket para pemimpin tertinggi Umno. Bagi mereka, pedulikan rakyat selagi ia akan mengkayakan para pemimpin Umno dan kroni-kroninya.

Jalan terbaik ialah menghentikan perjanjian yang berat sebelah itu dengan membiarkan IPP bersaing dengan TNB sebagai pembekal tenaga kepada rakyat. Kita pasti akan melihat bagaimana GLC dan IPP bersaing menurunkan harga untuk menarik pelanggan, ia akan menguntungkan rakyat kerana ada persaingan. Mungkin gaji CEO TNB yang berjumlah RM 1.8 juta setahun pun patut dikaji semula kerana terlalu melampau bagi sebuah GLC milik kerajaan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular