Penggunaan duit rakyat atau dana awam bagi membiayai lawatan Perdana Menteri dan
rombongannya ketika merisik perkahwinan anak perempuan Datuk Seri Najib Razak di
Kazakhstan adalah salah dari segi moral, kata ahli parlimen Kuala Selangor,
Dzulkefly Ahmad.
"Tindakan Najib ini tidak ada kelas langsung iaitu
menggunakan wang kerajaan dan rakyat untuk urusan peribadi.
"Ini pula
bukan pertama kali. Semasa anaknya menerima ijazah di Universiti Georgetown,
Washington, Amerika dia dan keluarga juga ke sana dengan program rasmi
kerajaan.
"Saya bimbang ia menjadi rujukan pemimpin bawahan beliau
sebagaimana bidalan Melayu, bapa kencing berdiri anak kencing berlari,"
katanya.
Menurut pemimpin PAS itu, tidak menjadi kesalahan bagi perdana
menteri merisik perkahwinan anaknya di Kazakhstan tetapi Najib sepatutnya
mengambil cuti rasmi dan tidak membelanjakan dana awam.
Nooryana Najwa
dijadualkan berkahwin dengan seorang pembesar kerajaan Kazakhstan.
Dalam
sejarah Islam, kata Dzulkefly, Khalifah Umar Abdul Aziz pernah mempunyai dua
batang lilin berlainan yang ditempatkan di sisi katilnya.
Guna duit sendiri
Jika baginda dikejutkan
pada waktu malam kerana urusan rakyat, Khalifah Umar akan menyalakan lilin yang
dibeli dari dana awam. Sebaliknya jika dikejutkan oleh kawan-kawan atau ahli
keluarganya untuk membincangkan hal peribadi, baginda menggunakan lilin yang
dibeli melalui wangnya sendiri.
"Mana pergi good governance, intergriti
kepimpinan dan ini akan menghakis keyakinan rakyat kepada beliau," kata
Dzulkefly.
Menurut beliau jika Najib dan isterinya, Datin Seri Rosnah
Mansor benar-benar bertanggungjawab, mereka berdua akan menyusun jadual cutinya
untuk kepentingan keluarga dan peribadinya bukannya mengambil kesempatan atas
urusan kerajaan.
"Hentikanlah, cukuplah tu.....susunlah cuti dengan baik,
guna duit sendiri untuk lunas tanggungjawab kepada anak dan keluarga, inilah
mulanya penyelewengan....bila kepimppinan tertinggi tunjukkan sikap hodoh dan
buruk," katanya sambil menambah perbuatan mereka itu sebagai langkah yang 'tidak
ada kelas langsung'.
Sebelum ini, di Dewan Rakyat pernah dibangkitkan
perbelanjaan besar yang dibuat oleh Rosmah.
"Dari segi moralnya ia sangat
salah," kata Dzulkefly.
Sementara itu, ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad
meminta Najib supaya telus dan tidak mengambil kesempatan di atas urusan rasmi
untuk sebarang urusan peribadi apatah lagi apabila menggunakan wang kerajaan
yang juga wang rakyat.
"Kalau benda (dakwaan) ini betul kenapa Najib nak
rahsiakan? Beliau kena cakap terus teranglah. Kalau betul beliau ke sana atas
urusan peribadi janganlah guna harta kerajaan dan harta rakyat. Jangan
berselindung di sebalik lawatan rasmi.
"Kalau betul anaknya akan
berkahwin dengan anak pembesar Kazakhstan saya ucapkan tahniah tapi gunalah duit
sendiri yang sudah banyak tu..tak payahlah guna duit rakyat.," kata beliau
kepada Harakahdaily.
APABILA SANG MUSAFIR BERKELANA DARI DUNGUN LALU BERHIJRAH KE SATU TEMPAT YANG BERNAMA PERAK LALU MENETAP DI TAMBUN, IPOH........
Translate
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Kita tanya sama Rais anak Yatim pasal beliau Menteri Penerangan dan kerja beliau tukang terang. Jangan dok terang pasal 72 % rakyat ...
-
Heboh di media sosial tentang posting yang dimuat naik oleh Ketua Pemuda Umno pertemuan Presiden PAS dengan Presiden Umno. Pertemuan tersebu...
-
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah tidak mengaitkan beliau apabila menjalankan siasatan berhubung dak...
-
Semakin ramai membantah Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman setelah ianya dibaca buat...
-
Keputusan tidak rasmi 6.47pm Linda Tsen (BN-PBS) - 5,051 Yong Teck Lee (SAPP) - 1018 Ansari Abdullah (PKR) -1,709 Undi rosak - 420 6...
-
Najib Tun Razak bukannya seorang politikus yang licik sepertimana ahli-ahli politik yang berada di negara ini.Walau pun beliau adal...
-
NGO yang berpangkalan di Switzerland - Tabung Bruno Manser (BMF) hari ini mengeluarkan senarai 49 firma di empat benua di seluruh dun...
-
Bohsia 3 beradik..... itulah gelaran yang diberikan oleh penduduk Kampung Melayu Rizab, Tambun kepada satu keluarga kerana aktiviti yang am...
-
UDA Holdings memperolehi RM25 juta setahun daripada BB Plaza. Konglomerat hartanah, Tradewinds Corporation Bhd (TCB), telah mengemuk...
-
Selamat bertugas buat blogger Pakatan Rakyat yang akan berkampung di Bagan Pinang dalam pilihn raya kecil Dun tersebut. Semoga blogger Pakat...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan