Isu projek Fidlot semakin panas apabila beberapa ahli parlimen BN menyarankan agar Shahrizat meletak jawatan adalah tepat walaupun beliau dipertahankan oleh Pak Lah, KJ dan juga TPM, Muhyiddin Yassin. Semua mereka yang mempertahankan Shahrizat adalah watak utama berkaitan isu projek lembu negara. Projek ini diluluskan pada tahun 2008 semasa era Pak Lah menjadi Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin pula adalah menteri yang bertanggungjawab tentang Pertanian dan Asas Tani dan seperti biasa, KJ akan mempertahankan pak mentuanya.
Pak Lah pula dah macam Mahathir pula perangainya, bila cuba mempertahankan Shahrizat. Beliau menyuruh suami kepada Shahrizat, Datuk Dr Mohamad Salleh Ismail yang juga Pengerusi Eksekutif NFC menjawab semua kekalutan isu lembu ini. Tanpa merasa bersalah, beliau enggan mengulas bila ditanya oleh wartawan dengan alasan ia adalah perkara lama. Lama mana yang dimaksudkan oleh beliau, adakah perkara ini berlaku 30 tahun yang lepas atau pun 300 tahun yang lampau. Nampaknya Pak Lah cuba lepas tangan tentang perkara yang telah beliau putuskan semasa menjadi PM, sebagaimana dengan skandal PKFZ yang melibatkan berbilion duit rakyat berpindah tangan kepada para kroninya.
Inilah sikap yang tidak bijak bagi seorang yang bergelar bekas Presiden Umno dan juga mantan Perdana Menteri. Patutlah Mahathir marah sangat kat beliau dan menuduhnya penyebab negara kehilangan ratusan bilion RM semasa beliau menjawat jawatan Perdana Menteri. Adakah Dr Mohd Salleh dan anak-anaknya akan mendapat pinjaman mudah dari kerajaan sebanyak RM 250 juta dan geran RM 6 juta jika beliau bukan suami Datuk Shahrizat Jalil?. Sebagaimana menantu Pak Lah yang masih muda dan tak tahu berniaga diberi pinjaman RM 11 juta jika KJ adalah Khairy Jamaluddin yang tiada kena mengena dengan Pak Lah. Memang Shahrizat bukan CEO NFC, tetapi beliau ada kepentingan dalam kerajaan dan bertaraf menteri penuh.
Apabila timbul pula isu pembelian kondo mewah yang bernilai RM 9.8 juta oleh NFC, mereka semakin terjerat sehinggakan terpaksa mengupah beberapa blogger untuk mempertahankan kesalahan mereka ini. Maka dicananglah kat alam maya bahawa tindakan tersebut adalah satu strategi perniagaan dalam menguruskan kewangan syarikat. Para blogger upahan menyatakan, kondo mewah yang terletak di Bangsar itu bukannya bernilai RM 9.8 juta tetapi hanya bernilai RM 7.5 juta sahaja. PKR kata RM 9.8 juta, blogger upahan kata RM 7.5 juta, mana hilangnya RM 2.3 juta lagi?. Bila duit dah masuk poket blogger upahan, maka mulalah cerita direka-rekakan dalam usaha membela tuannya.
Yang menjadi persoalannya, memang duit itu adalah pinjaman mudah kerajaan (itu pun belum tentu dibayarnya) tetapi ianya untuk projek lembu nasional dan apa kena mengena pula sampai dibelinya kondo mewah. Dana tersebut adalah dana awam yang diperuntukkan untuk mengurangkan import 40 peratus daging lembu dari luar negara. Nampaknya kerajaan cuba mengLembukan rakyat dengan fakta-fakta bodoh dalam membela penyelewengan dan takkanlah rakyat sebegitu bodoh untuk menerima alasan yang karut marut ini.
Yang menghairankan, kenapa SPRM cuba lepas tangan dengan alasan isu ini perlu disiasat oleh pihak polis dan bukannya SPRM. Sedangkan perkara ini terang-terang menunjukkan telah berlaku penyelewengan berdasarkan bukti-bukti yang kukuh dan bukannya tuduhan tanpa fakta dari pihak pembangkang. Adakah kerana isu penyelewengan ini melibatkan mantan Perdana Menteri, Pak Lah dan Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin maka SPRM tidak berani melakukan siasatan walau pun fakta-fakta yang diberikan jelas lagi terang, bahawa berlakunya penyalahangunaan kuasa.
Berdasarkan rekod kewangan syarikat projek ternakan lembu, Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC), PKR mendakwa terdapat lebih banyak penyelewengan dalam syarikat yang dimiliki oleh keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil. Pada sidang media di lobi parlimen, setiausaha agung PKR Saifuddin Nasution mendedahkan bahawa skandal itu kini merebak dan turut membabitkan beberapa pemimpin Umno lain.
1. Lembu-lembu bernilai RM5,281 yang disumbangkan pada tahun 2009 kepada Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Mansor; dan RM2,640 kepada ADUN yang hanya dikenali sebagai 'YB Yunus'.
2. Lembu-lembu bernilai RM70,000 dikatakan dijual secara kredit kepada bekas Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Zulhasnan Rafique pada tahun 2008; dan harga pembelian hanya dibayar sepenuhnya pada tahun 2009.
3. RM26,400 yang didakwa dibayar sebagai perbelanjaan yang dilakukan pada tahun 2008 oleh Shahrizat.
4. RM368,640 yang dikatakan digunakan bagi sewa pejabat dan dibayar kepada pengarah NFC - suami Shahrizat, Mohamad Salleh Ismail dan anak lelaki mereka, Wan Shahinur Izran.
Namun sehingga hari ini, tiada ulasan berhubung segala dakwaan yang dilemparkan dijawab. Masalah berkaitan dengan operasi projek ternakan lembu NFC itu, pertama kalinya timbul semasa Laporan Ketua Audit Negara 2010 dibentangkan. Ini adalah satu daripada beribu-ribu perbuatan tidak amanah yang telah dilakukan oleh para pemimpin Umno/BN terhadap rakyat. Para pemimpin-pemimpin Umno/BN dan kroni-kroninya dengan penuh rakus melakukan rompakan besar-besaran terhadap negara tanpa menghiraukan apa yang berlaku kepada rakyat.
Jurang kehidupan diantara yang kaya (pemimpin Umno/BN) dengan yang miskin (rakyat marhaen) semakin hari semakin jauh jaraknya. Malah mereka memaksa rakyat mengucapkan terima kasih kepada kerajaan pimpinan mereka kerana keperihatinan mereka memberi RM100 kepada setiap murid dan dalam masa yang sama, mereka berpesta seperti penyamun tarbus.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan