Translate

Isnin, 5 Disember 2011

Desakan Umno Supaya Shahrizat Letak Jawatan Disokong.

Cadangan Anggota Parlimen Umno agar Ketua Wanitanya, Datuk Seri Shahrizat Jalil meletakkan jawatan disokong oleh pemimpin muda PKR.
Ketua Pemuda PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, Shahrizat mesti berjiwa besar untuk melepaskan jawatannya ekoran terdedahnya skandal National Feedlot Corporation (NFC) yang melibatkan suaminya sendiri.
"Pendirian saya tidak berubah. Kita tidak mampu untuk menghadapi sebarang masalah menjelang pilihan raya ini. Saya sayangkan pemimpin tetapi saya lebih kepada parti saya. Pendirian saya kekal," kata Bung Mokhtar kepada media sebagaimana yang dipetik oleh sebuah akhbar Cina, Sin Chew Daily.

Sebelum ini, Bung Mokhtar mencadangkan agar Shahrizat melepaskan jawatannya ekoran terdedahnya skandal yang melibatkan suaminya, Mohamad Salleh Ismail.

Mohamad Salleh selaku Pengerusi Eksekutif NFC dikatakan terlibat dengan penyalahgunaan RM250 juta pinjaman mudah kerajaan untuk projek itu.

Turut membuat desakan terbuka kepada Sharizat adalah Ketua Umno Bahagian, Syed Ali.

Media mendedahkannya manakala pihak kerajaan pula mengesahkannya namun Shahrizat berkata apa yang dibuat oleh suaminya tidak ada kaitan dengan beliau walaupun beliau seorang anggota kabinet.
Latar belakang NFC
NFC telah ditubuhkan di bawah Rancangan Malaysia Ke 9. Ia disasarkan sebagai projek berimpak besar dengan sasarannya adalah membekalkan 40 peratus keperluan daging negara menjelang 2010.

Pada tahun 2007, kerajaan meluluskan pinjaman mudah sebanyak RM250 juta kepada NFC.

Pada Oktober 2011, Ketua Audit Negara melaporkan pelbagai salahguna wang berlaku dalam NFC melalui laporan yang lambat terbit itu.

Antara laporannya adalah pembelian kondominium mewah dan kereta mercedes.

Pengerusi NFC adalah suami Shahrizat, Datuk Dr. Mohamad Salleh Ismail, Pengarah Eksekutifnya adalah Wan Shahinur Izmir (anaknya, 31 tahun), Ketua Pegawai Eksekutifnya adalah Wan Shahinur Izran (anaknya juga, 27 tahun) dan Pengarah NFC Wan Izzana Fatimah (anak perempuannya, 25 tahun).

Gaji bulanan pengerusinya adalah RM100,000, pengarah eksekutif RM45,000 sebulan, CEO RM35,000 sebulan dan pengarahnya adalah RM35,000 sebulan.

PKR pula mendedahkan lebih terperinci iaitu pelbagai pembelian yang dibuat oleh NFC yang tidak ada kaitan langsung dengan penubuhan dan peranannya.

Antara pembelian yang dibuat oleh NFC adalah kondominium mewah di Bangsar di One Menerung bernilai RM9,758.140, tanah di Presint 10 Putrajaya bernilai RM3,363.507 dan kereta Mercedes CLS 350 CGI bernilai RM534,622.

Namun semasa berucap di persidangan Umno baru-baru ini, Shahrizat meminta semua ahli Umno bertenang dan mendengar penjelasan dari pemimpinnya.

Shahrizat bersingsing lengan ketika memberikan ucapan dalam perhimpunan wanita Umno ini dan menjadi topik serangan para penceramah agama di masjid dan surau kerana lengan adalah sebahagian dari aurat wanita.

Namun Bung Mokhtar berkata, beliau tidak pasti apakah penjelasan itu telah diterima oleh orang ramai atau tidak.

"Saya setuju dengan pandangan Bung Mokhtar dan Syed Ali; Shahrizat Jalil mesti berjiwa besar untuk melepaskan jawatan beliau sebagai menteri," kata Shamsul Iskandar dalam Twitternya yang menambahkan lagi panas Shahrizat di perhimpunan agung Umno itu.

Skandal itu juga telah menjadi topik perbualan yang paling hangat di kalangan ahli Umno sepanjang perhimpunan itu dengan kebanyakan mereka menganggap Shahrizat boleh menjadi bala kepada Umno dalam pilihan raya umum yang bakal berlangsung.

Sebelum ini, Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC), Datuk Seri Azmi Khalid berkata, rakyat sudah muak dengan penyelewengan yang sentiasa berlaku dalam kerajaan.HarakahDaily

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular