Translate

Ahad, 21 Mac 2010

Tulang Besi Ahli PAS Paling Bodoh Sombong Yang Pernah PAS Miliki.

Tidak cukup puak2 Fraksi UMNO menyerang blog Malaysiawaves dengan meninggalkan komen-komen jijik dan bodoh, mereka telah memanggil blogger2 UMNO seperti Papa Gomo untuk membantu mereka menyerang Tulang Besi. Mereka ni tak malu mengaku penyokong kepimpinan ulamak dan tarbiyyah PAS, sekarang dengan jelas meminta bantuan dari blogger UMNO seperti Papa Gomo yang jelas terlibat dalam dosa Qazaf dengan si Saiful Bukhari.


Di bawah adalah berbalas email antara Tulang Besi dengan Papa Gomo
.
Email di atas memberi konfirmasi:

1.0 Puak2 Pro UMNO dalam PAS sedang bekerja sama dengan Blogger UMNO menyerang PAS

2.0 Pendedahan Tulang Besi berkenaan Roslan SMS, Suwardi Yaakob, Dr Shamsuri sedang mebuat puak2 Pro UMNO kepanasan

3.0 Puak2 yang sedang menyerang Tulang Besi ni adalah puak2 yang sama dibelakang blog Anti Husam

4.0 Mereka lagi takut sebab Tulang Besi sedang dalam proses mendedahkan mereka2 yang dibelakang blog "Anti Husam" dahulu.

5.0 Puak2 ni mengaku penyokong ulama, mengaku ditarbiyyah dsbnya. Tapi, sanggup bekerjasama dengan blogger UMNO. Ertinya, agama cuma di bibir mereka sahaja. Hati mereka hitam.

6.0 Mereka bagi maklumat (dakyah) berkenaan Tulang Besi pada Papa Gomo, dia pun tak konfiden maklumat puak2 ni.

7.0 Mereka cuba buat blog didedikasi memfitnah Tulang Besi. Tapi, tak da sambutan. Akhirnya, terpaksa mintak tolong Blogger2 yang terlibat dalam Qazaf macam Papa Gomo.

8.0 Mereka yang nak fitnah Tulang Besi sangat ni, saya tak tau agama apa mereka ni anut. Tak berani berhujjah, skrg nak guna fitnah.

Alhamdulillah, Allah SWT semakin mendedahkan kemunafikan mereka ini.

Tulang Besi


Ulasan Musafirlalu..........


Sebenarnya saya bukan suka sangat untuk menulis N3 ini, tetapi memandang sikap jahat beliau untuk melaga-laga dan menjahanamkan PAS maka saya tidak boleh berdiam diri. Jenislah jenis manusia perosak yang bertopengkan PAS.

Beliau mencari segala kesalahan dan cuba mengada-adakan cerita, walau pun terpaksa masuk ke lubuk blogger BPN. Kita lihatlah bagaimana beliau berbalas-balas email denga Papa Gomo. Beliau akan menjadikan email tersebut sebagai hujah bodohnya untuk menonjolkan isu pihak cuba menyerang beliau.

Apakah beliau bangang atau pun jenis bodoh sombong dengan memapar email Papa Gomo yang kononnya boleh dijadikan bukti. Jika inilah yang dikatakan bukti, memang beliau 100 kali bodoh. Jika dibawa kemahkamh pun pasti hakim akan membakul sampalkan bukti tersebut.

Beliau cuba dilihat sebagai seorang yang bijak dengan mendesak dan terus mendesak agar Papa Gomo dapat memberikan beliau sedikit klu. Kenapa saya kata Tulang Besi bodoh, beliau sendiri tahu bagaimana jika sesuatu maklumat tentang parti jatuh ketangan musuh. Apakah beliau akan merasakan musuh tersebut letak dalam bingkai dan buat koleksi.

Beliau sepatutnya cermin dirinya sendiri, bagaimana jika beliau dapat satu maklumat yang penting tentang pemimpin PAS yang beliau tak suka (kita sebut UGlah kerana mengikut khayalan puak-puaknya), apakah beliau akan simpan cerita tersebut. Jangan kata nak disimpan, jika perut beliau memulas pun beliau sanggup berak dalam seluar janji N3 tersebut disiarkan secepat mungkin.

Bagi beliau, hanya beliaulah yang paling bijak dalam PAS yang lain hampas belaka. Kemudian duk jajalah yang beliau ini adalah hasil tarbiah PAS, tarbiah Saudara Khalid Samad. Lepas tu mulalah memperlekehkan orang-orang yang tidak sebulu dengan beliau, Seperti biasa yang keluar dalan N3 beliau,' aku duk dalam PAS pergi usrah, waktu engkau pakai lampin lagi. Jika macam inilah sikap beliau, buat malu Y.B Khalid sahaja.


Ni nak bagi nasihat kat hang sikit, aku ni duk dalam perjuangan PAS masa hang telanjang bulat lagi. Masa orang dok kata PAS parti orang kampung dan nak pergi dengar ceramah terpaksa kongsi duit minyak. Tak macam hang, kenal PAS pun dah boleh dikatakan prespeksi orang terhadap PAS dah banyak berubah.

Hang jangan rasa hang belajar kat oversea, hang ni dah betul-betul bijak. Tolong hormat sikit dengan orang lama. Memang selama ni aku duk tengok je apa hang dok tulis. Malas nak layan sangat dengan orang macam hang ni. Tapi bila sampai masa terpaksalah tegur, kalau tahap menulis tu bukan kerana nak memperkuatkan PAS tetapi lebih terarah nak menghancurkan PAS yang kami susah payah mempertahankannya.

Sebenarnya orang macam hang ni memang tak patut dok dalam PAS, pasal perangai hang ni lebih teruk dari Umno. PAS tak pecat hang kerana PAS bukannya bodoh macam hang. PAS tahu baik buruknya jika pecat makluk macam hang ni, ia pasti akan jadi modal besar buat hang.......... sorrylah mangkuk hayun, PAS tidak sebodoh hang dalam politik.

8 ulasan:

kk berkata...

hang ni puak puak ug lak hhehhe
sanggup hang menentang mursyidul am task force 13, nanti laman web hang di cop laman web penyokong UG, alhusseyn mesti makin marah kat hang

musafirlalu berkata...

Saya tiada puak dalam PAS kerana PASlah puak saya yang sebenar. Ini boleh dibaca dalam N3-N3 saya yang lepas-lepas. Alhusseyn dengan saya memang ada sikit kelainan tetapi kami tetap memenghormati satu sama lain. Tapi kalau bab AdukaTaruna dan yang terbaru TB, saya tak ada hal nak berhujah dengan mangkuk2 ni. Ikut mana pun saya tetap pertahankan Ayah Chik kerana beliau adalah guru saya selagi PAS tidak bersama dengan Umno dan yang sewaktu dengannya. Saya cukup rapat dengan PAS Dungun.

Tok Likong berkata...

mcm ni rupanye penulisan org lama pas...kutuk orang ikut sedap hati...kalu kata kt orang bodoh pahtu lwn pulok dgn cara yg sama...mm bodoh gak la...bkn nye nk lawan dgn ilmu...hampas!!!...x usah nk bangga sgt,org lama ke org baru!!!hancur...

Tulang Besi berkata...

Aikk, musafir lalu terasa ni apasal?

Untuk pengetahuan Musafirlalu, si PapaGomo ni takkan bagitau saya kalau saya tidak bertanya kepada dia.

Hanya setelah saya desak dia bagitau saya, baru dia bagitau.

Soalan seterusnya, adakah Musafirlalu buat begini untuk melindungi geng terengganu beliau?

musafirlalu berkata...

Maaf... jika bahasa itu kasar sikit, ini bukan kerana nak bela mana-mana puak. Kerana puak berpuak ini adalah gelaran yang diberikan oleh blogger. Kita kena faham, dalam parti yang dasarnya ialah Al-Quran dan As-Sunnah tidak timbul berpuak-puak. Saya nak tanya saudara TB, apakah sebenarnya matlamat saudara. Adakah saudara sedar atau terlepas pandang, tulisan saudara lebih kepada memecahbelahkan dan sebagai mengaku seorang yang ditarbiahkan, sepatutnya kita merapatkan saf. Apakah saudara tidak memikirkan banyak tulisan saudara lebih kepada mecahkan ikatan yang ada. Sepatutnya orang seperti saudara yang ada ciri-ciri kepimpinan untuk masa hadapan, patut menunjukkan sikap yang lebih matang. Tidakkah fitnah itu tidur?, jadi kenapa dikejutkannya. Ambillah iktibar daripada pemimpin yang terdahulu. Walau apa pun anggapan saudara, saya tiada mempunyai puak didalam PAS. Kerana PAS hanyalah satu dan andainya saudara merasakan ada gerakan Islam yang lebih baik daripada, tidakkah itu lebih baik bagi saudara yang ada pontesi. Dan saya sebenarnya tidak bermaksud orang lama atau baru dalam PAS, tetapi ianya lebih berkisar kepada tulisan saudara yang saudara tulis seperti contoh "kau masih pakai lampin lagi', aku dah ditarbiahkan dalam PAS. Tidakkah itu sikap bangga diri dengan memperkecilkan orang lain. Walaupun kata-kata saudara itu merujuk kepada sesuatu perkara. Jika dalam fikiran kita hanya untuk mencari keburukkan seseorang, maka buruklah yang kita dapat. Itu adalah sekadar untuk menyedarkan, walau setinggi mana pun ilmu yang kita ada, kita tetap akan melakukan kesilapan. Betul... saudara cuba menegur, tapi betulkah cara kita menegur yang mungkin pada pandangan kita betul tapi dari kacamata orang lain sebaliknya pula. Jangan anggap saya memusuhi saudara dengan apa yang saya tulis itu...... Salam berjuang.

Tanpa Nama berkata...

Tegur menegur adalah sesuatu yang perlu kepada semua orang, terutamanya mereka yang telah berbuat kesilapan. Lapangkan hati dan dada terima kesalahan itu dan betulkan. Sedangkan imam yang tersilap dalam sembahyang pun kita makmum diwajibkan menegurnya, inikan pula kita yang bukannya maksum. Tegur untuk kebaikan, untuk kebaikan saf PAS.Biar berpecah pendapat, biar kita bergaduh demi kebaikan ummah, demi anak cucu kita nanti. Musafir cakap atas realiti apa, bukti apa, kitab apa.
Tulang Besi ada nas-nas dan semua bahan bukti dikemukakan. Apakah itu pecah belah, sedangkan fraksi-fraksi UG/UMNO ini dibiarkan bebas dan berseronok suka tanpa ada rasa di hati kecil mereka rasa bersalah. Aduhai Musafir,.... sekiranya pendapat saya salah dan terguris perasaan anda, maafkan saya.
Wallahualam.

Penyokong PAS berkata...

Salam... bagi pandangan saya yang kurang bijak politik ni, masaalahnya betulkah cara Tulang Besi dalam mengeluarkan isu dalam PAS. Tidakkah cara beliau itu umpama memberi kredit kepada UBN. Musuh-musuh PAS tidak perlu bekerja keras untuk mencari kelemahan PAS kerana Tulang Besi telah memberi ruang kepada mereka. Fikir-fikirlah sendiri

Tulang Besi berkata...

Soalan kedua:

Adakah engkau yang pergi jumpa Papa Gomo dan serah bahan2 dan dokumen2 yang kemungkinannya palsu?

Sila bersumpah menafikan maklumat aku dengan nama Allah.

KAtakan "Demi Allah aku tak pernah jumpa PAPA GOMO untuk suruh PApa GOmo serang Tulang Besi"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular