Translate

Ahad, 4 Disember 2011

Isu NFC: Selangor Tawar Dana Bawa Penyiasat Luar.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri itu bersedia memperuntukkan dana bagi membiayai kos penyiasatan oleh pakar luar negara berhubung skandal Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).

Katanya, kaedah menggunakan pihak ketiga iaitu penyiasat dari luar merupakan pendekatan yang sering digunapakai oleh kebanyakan negara luar bagi menyelesaikan jenayah kolar putih atau jenayah bersifat korporat.

"Saya serahkan kepada Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli dan Setiausaha PKR, Saifuddin Nasution. Mereka akan membuat pembentangan kepada pihak polis dan MACC supaya menunjukkan pekara yang perlu diperhatikan oleh pihak polis."

"Ini adalah perkara baru di Malaysia tetapi perkara ini sangat dijaga di Britain dan Australia," katanya dipetik TV Selangor.

Kenyataan terbaru Khalid itu dibuat ekoran sehingga kini belum ada apa-apa tindakan oleh kerajaan persekutuan terhadap isu yang dibangkitkan oleh PKR itu.

PKR sebelum ini mendakwa sejumlah RM250 juta dana rakyat telah diberikan kepada syarikat National Feedlot Corporation Sdn Bhd yang dimiliki suami kepada Menteri Pembangunan, Wanita dan Keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil untuk projek penternakan lembu.

Bagaimanapun wang itu didakwa telah disalahguna untuk tujuan lain sehingga projek tersebut didakwa 'kucar-kacir' seperti dirumuskan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010.

PKR mendedahkan wang tersebut diguna oleh keluarga Shahrizat untuk membeli dua buah kondominium 'One Menerong' di Bangsar bernilai RM13.8 juta serta membiayai Umrah atas nama suami dan anak sebanyak RM31,580.

Selain itu, mereka juga turut mendedahkan sejumlah RM5 juta pula dibelanja untuk membeli Mercedes Benz dan tanah di Putrajaya serta RM588,585 disalurkan kepada syarikat-syarikat milik keluarga menteri yang juga ketua wanita Umno itu.

Selain PKR, siasatan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) juga mendapati berlaku salah urus dalam isu tersebur apabila dana tersebut diberikan kerajaan pada 2008 namun projeknya hanya bermula penghujung 2010.Harakah

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular