Akibat kerajaan tidak mahu mendengar pandangan
orang lain termasuk pegawai Felda serta peneroka, saham Felda Global
Ventures Holdings (FGVH) mencecah serendah RM4.57 seunit.
AJK PAS Pusat, Datuk Kamaruddin Jaffar (gambar)
berkata kejatuhan saham itu paling rendah sejak ianya mula merudum
beberapa hari lalu sebanyak RM4.69 seunit selepas mencatat kedudukan
paling tinggi sejak Julai lalu, RM5.55.
Katanya, apa yang berlaku akibat tindakan kerajaan memperdagangkan
masa depan peneroka Felda melalui penyenaraian saham Felda sehingga
menjadikan saham sebagai barang dagangan negara dan di peringkat
antarabangsa.
Katanya, saham Felda itu kini telah menjadi milik syarikat-syarikat
asing, syarikat judi yang mana semua syarikat itu motif utama mereka
adalah perniagaan.
Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily ketika ditemui pada
majlis Aidilfitri bersama peniaga Kedai Bebas Cukai, Pengkalan Kubur, di
sini semalam sebagai mengulas saham Felda menjunam jatuh sehingga
RM4.57 seunit.
Katanya lagi, apabila ekonomi tidak lagi memberikan keuntungan yang
mudah kepada pemegang saham itu mereka sewenang-wenang akan
menjualkannya tanpa mengira kesannya terhadap peneroka.
“Walaupun jumlah unit saham hanya 800 sahaja, tetapi dengan kerugian
yang dialami, mereka terpaksa membuat pinjaman bank dan pinjaman yang
lain untuk membeli sahaja-saham itu,” ujarnya lagi.
Kamaruddin seterusnya berkata, peneroka tidak pandai menjual atau
membeli saham apa lagi menguruskannya, tetapi apabila disedari tiba-tiba
harga menjadi rendah.
“Bila dicampur dengan kos kerugian, pinjaman dan sebagainya peneroka
mengalami kerugian yang amat besar berikutan kerajaan tidak mahu
mendengar pandangan rakyat serta pihak lain,” ujarnya.
Katanya, Felda, hasilnya dan bumi Felda sepatutnya seratus peratus
dimiliki oleh peneroka dan seterusnya generasi kedua kedua atau ketiga
dan seterusnya.
Beliau tidak menafikan apa yang berlaku itu ‘permainan’ saham dan
lumrah berlaku, sebaliknya risiko yang tidak sewajarnya berlaku terpaksa
ditanggung oleh peneroka kerana ‘offer’ tidak bijak kerajaan untuk
rakyat.
“Kerana kedegilan kerajaan tidak mahu mendengar pandangan pegawai
Felda, ramai antara mereka disisihkan, ditukar dan berbagai lagi dan
sekarang kita tengok apa yang berlaku,” ujarnya.
Katanya, bagi membantu kerajaan menampung kerugian dalam saham itu, KWSP pula diminta membantu.
Sambungnya, jika langkah itu diambil dividen yang diperolehi pencarum juga akan menjadi kecil jumlahnya.
Katanya, kerajaan seharusnya menjadikan pengalaman Tabung Haji
Plantation yang gagal sebagai panduan sebelum saham Felda disenaraikan.
“Soalan kita, adakah ahli-ahli Tabung Haji mendapat keuntungan yang
besar atau dividen yang tinggi selepas ianya disenaraikan sebagai saham.
“Hujah yang sama diberikan pada saham FGVH ini, jangankan mendapat
untung yang besar, rugi pula yang terpaksa ditanggung,” ujarnya. Sumber
APABILA SANG MUSAFIR BERKELANA DARI DUNGUN LALU BERHIJRAH KE SATU TEMPAT YANG BERNAMA PERAK LALU MENETAP DI TAMBUN, IPOH........
Translate
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Kita tanya sama Rais anak Yatim pasal beliau Menteri Penerangan dan kerja beliau tukang terang. Jangan dok terang pasal 72 % rakyat ...
-
Datin Seri Rosmah Mansor menyarankan agar para suami mencontohi DS Najib Tun Razak. Beliau berkata DS Najib mempunyai personaliti yang mena...
-
Heboh di media sosial tentang posting yang dimuat naik oleh Ketua Pemuda Umno pertemuan Presiden PAS dengan Presiden Umno. Pertemuan tersebu...
-
Esok.....kita akan menyambut hari Maulidur Rasul ..... Tanggal 12 Rabiul Awal .... Bersamaan hari Selasa nie....14 Januari 2014.... R...
-
Bohsia 3 beradik..... itulah gelaran yang diberikan oleh penduduk Kampung Melayu Rizab, Tambun kepada satu keluarga kerana aktiviti yang am...
-
Dalam satu wawancara di youtube , dikatakan seorang bayi di Palestin memberi salam, kemudian memberitahu bahawa dia adalah orang yang ...
-
Berkenaan dengan berakhirnya Ramadhan nenutup tirainya, maka kami warga Musafirlalu ingin memohon dari hujung rambut sampai kehujung k...
-
Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad mempersoalkan ketelusan kerajaan negeri di bawa...
-
Dipetik Oleh : setiaPemuda Berat rasanya untuk menulis. Bimbang jika akal ini masih terkeliru. Benarkah Tuan Guru Nik Abdul Aziz (TGNA) yang...
-
Keluarga perdana menteri hidup melebihi kemampuan dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) wajar menyiasatnya, kata PKR. &q...
1 ulasan:
pada pendapat saya, harga saham memang lumrah turun dan naik. Yang penting unit saham yang kita beli. Kalu kita ada 1000 unit, just maintain. walaupun harga turun jangan dijual lagi..kalu ada duit lebih, masa harga turun ni la kita beli lagi..sbb bila harga saham naik semula, untungnya lagi banyak. pelaburan saham kena banyak bersabar dan memang ada risiko. saham ni bersangkut paut dengan urusan jual beli saham dalam pasaran dan juga faktor persekitaran.
just sharing.
Catat Ulasan