Ahmad Lutfi Othman
Panik. Gelabah. Meracau-racau. Mungkin itu istilah sesuai dapat
dirumuskan tentang situasi Umno-BN berdepan tsunami politik Mac 2008,
lebih empat tahun lalu, yang menyaksikan BN kalah mengejut lima negeri
dan hilang majoriti dua pertiga di Parlimen.
Nampak jelas, sekali
Umno dirundung malang, hilang segera kewarasan berpolitik, juga
kebijaksanaan mengatur strategi. Segala yang tercapai dek tangan digapai
bagi menyelamatkan diri daripada terus tenggelam.
Sentimen dan
api perkauman dinyalakan. Media dan alat propaganda yang dikuasai Umno,
misalnya Utusan Malaysia dan TV3, bebas memercikkan bahang panas
menggugat sensitiviti. Jika saingan politiknya, seperti PAS ataupun DAP,
berbuat demikian, pemimpin dan aktivisnya pasti diserkup pelbagai akta.
Apa pun, rakyat semakin matang dan cermat memerhati aksi golongan
terdesak itu.
Memikirkan pengundi masih bermentaliti lapuk, mudah
dikelirukan isu-isu sensasi dan cepat melupakan persoalan kritikal --
seperti korupsi, salahguna kuasa, peningkatan kadar jenayah, kenaikan
kos hidup -- Umno dan kembarnya, MCA, mencari jalan pintas demi
mempertahankan Putrajaya.
Kepada audien Melayu-Islam, Umno
ghairah menggambarkan PAS begitu kemaruk kuasa, sanggup menggadai
prinsip perjuangan dan rela memeluk rakan barunya, DAP, yang
dipersepsikan sebagai musuh agama dan bangsa. DAP pula diunjurkan
menjadi parti paling dominan dan mempunyai kuasa penentu dalam Pakatan
Rakyat. Segalanya bertujuan untuk menakutkan pengundi Melayu terhadap
usaha Pakatan membentuk kerajaan alternatif.
MCA, yang kalah
pada kebanyakan kerusi majoriti pengundi Cina, menggunakan lenggok
bahasa dan penekanan isu berbeda. PAS yang disifatkan Umno sebagai kuda
tunggangan DAP, telah diangkat Presiden MCA, Dr Chua Soi Lek -- ketika
berdepan masyarakat Tionghua -- menjadi parti paling berpengaruh dan
bakal menerajui kerajaan Pakatan di peringkat persekutuan.
Untuk
mengusik emosi penyokong tradisinya, konsep Negara Berkebajikan
dikritik hebat media Umno, dan PAS ditohmah sanggup melupakan cita-cita
menubuhkan Negara Islam, sekali gus meremehkan Hudud. Bekas pemimpin
PAS, seperti Dr Hasan Ali dan dua tiga kerat ulamak tertentu
diperalatkan bagi memalitkan imej buruk ke wajah Parti Islam itu.
Dalam
masa sama, lidah pemimpin MCA terutama Soi Lek, semakin fasih mencerca
Hudud dan membayangkan satu undi kepada Pakatan bermakna satu undi
kepada pelaksanaan undang-undang Islam, yang sengaja digambarkan sebagai
peraturan kolot, menindas dan zalim.
Bukanlah isu besar jika MCA
menolak Hudud, memandangkan Umno turut mengambil pendirian hampir sama.
Malah sekutu rasminya dalam Perikatan sejak 1953 -- Umno -- melalui
pemimpin utamanya kerap melemparkan ungkapan mempersenda dan menghina
Islam.
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu merumuskan dengan baik
situasi ini: "Dulu ketika Umno tidak pandai lagi menggunakan hujah
dalam ilmu-ilmu Islam seperti maqasid syariah untuk menolak perlaksanaan
hukum Islam, para pemimpin dan pengikutnya mencaci dan mencerca hukum
Islam habis-habisan dan menuduh hukum Islam primitif, menimbulkan huru
hara dan sebagainya.
"Kerja jahat itulah yang kini disambung oleh
Chua sekarang dengan restu Umno yang sengaja berdiam diri dengan
perbuatan Presiden MCA itu menghina Islam."
Ketika Soi Lek
memberikan gambaran salah terhadap apa yang didakwanya perlaksanaan
Hudud di negara-negara yang dianggap "paling korup, tidak stabil dan
tidak selamat", dalam perhimpunan agung MCA baru-baru ini, banyak pihak
mengecam sikap membisu Perdana Menteri, Najib Razak yang merasmikan
majlis berkenaan. Soi Lek juga tidak menyokong tohmahannya itu dengan
fakta dan data sahih.
Dalam perhimpunan itu, Naib Pengerusi
Wanita MCA, Senator Heng Seai Kie, yang juga seorang timbalan menteri,
memutarbelitkan ucapan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat pada majlis
kempen menutup aurat di Kelantan, dengan mendakwa Mursyidul Am PAS itu
menggalakkan orang Islam merogol wanita bukan Islam kerana mendedahkan
aurat. Satu kenyataan paling biadab, kurang ajar dan cukup celupar!
Najib
sebelum itu turut enggan mengulas dakwaan Soi Lek (yang hanya
bersumberkan satu SMS diterimanya daripada individu yang tidak
dikenali) bahawa 1.2 juta rakyat akan hilang pekerjaan jika Hudud
dilaksanakan. Presiden MCA menyenaraikan pelbagai industri yang terjejas
dengan kehilangan pekerjaan yang didakwanya itu, antaranya, pekerjaan
di resort perjudian Genting Highlands, pusat pertaruhan dan juga rumah
urut.
Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dalam satu majlis ceramah
membidas Najib: "Presiden MCA boleh berucap menyerang Islam begitu
biadap sekali dan dia boleh duduk senyum. Kemudian bila berucap tak
tegur pun. Mana dia maruah sebagai umat?"
Namun apa yang
ditunjukkan Soi Lek bukan lagi sekadar penolakan Hudud (sesuatu yang
boleh dianggap lazim bagi seorang bukan Islam), tetapi ia usaha
terancang dan bermotif untuk menghina dan merendahkan Islam bagi meraih
sokongan. Menyedari MCA mungkin menjadi sejarah selepas PRU13, Soi Lek
cuba menampilkan imejnya sebagai "pembela dan penyelamat" bagi
masyarakat Cina daripada "kezaliman Hudud".
(Dalam satu
paditonya, Mat Sabu menyindir: "Sekarang orang ramai bukan lagi bertanya
berapa banyak kerusi MCA yang dimenanginya dalam PRU13 nanti, tapi
mereka bercakap berapa ramai ahli MCA yang tinggal.")
Soi Lek
secara terbuka pernah melafazkan: "Kita orang Cina berani menentang dan
melawan Umno terutama dalam bab Hudud, adakah DAP berani dalam hal ini."
Saya perhatikan banyak posting dalam internet menggandingkan kenyataan
Soi Lek itu dengan ucapan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng: "Kita
orang DAP tidak boleh menghalang kepercayaan orang Islam dalam hal agama
mereka, begitu juga orang PAS tidak pernah menghalang dalam bab agama
kita." Masyarakat dapat menilai siapa sebenarnya yang memperlekehkan
Hudud.
Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke Siew Fook selepas
dilaporkan menepuk meja dalam sidang Parlimen menyokong Tok Guru Nik
Aziz yang difitnah Senator MCA, memberi respons penuh hikmah: "Dalam
politik kita berbeza pendapat, itu perkara biasa. Umpamanya, kita dalam
DAP juga punyai pendapat berbeza dengan PAS dalam soal hukum Hudud.
Tetapi kita tidak pergi sampai ke tahap memburuk-burukkan dan menghina
Islam."
Gaya politik Soi Lek -- yang kerap diingati dengan
pengakuan rakaman rahsia hubungan seksnya pada 2007 di sebuah hotel di
Johor -- dan pemimpin MCA mutakhir ini cukup berbahaya. Ia semakin
menjadi-jadi apabila kenyataan menghina Islam oleh Soi Lek sejak awal
dulu tidak pernah ditegur pemimpin Umno. Seharusnya diperbetulkan,
apatah lagi jika ia berpunca dari kejahilan, memandangkan Umno juga
mempunyai ilmuan Islam dan ulamak!
Saya tertarik dengan
ingatan Anthony Loke, Ketua Pembangkang dalam Dun Negeri Sembilan dan
ahli Parlimen Rasah, tanda kewarasan dan kebijaksanaan pemimpin Pakatan
tidak pernah pudar. Masyarakat Islam tentunya mendapat pengajaran
bermakna dalam episod ini, sekurang-kurangnya dapat membantu membuat
penilaian menyeluruh dan adil terhadap gelagat aktor-aktor politik yang
gelisah berdepan hukuman rakyat.
Sejuk dada saya
membaca kenyataan dan reaksi pemimpin DAP terhadap fitnah MCA itu. Kalau
dulu kita terpaksa mengharapkan sanggahan daripada pemimpin PAS tetapi
kini cukuplah dengan sokongan sekutunya dalam DAP.
Ketua Parlimen
DAP, Lim Kit turut melahirkan rasa terkejut dengan tindakan Soi Lek
mempertahankan tuduhan liar Timbalan Menteri Wanita MCA yang mendakwa
Tok Guru Nik Aziz membenarkan wanita bukan Islam yang tidak menuruti kod
pemakaian Islam dirogol.
"Perasan terkejut kepada ucapan Chua
bertukar menjadi kasihan dan sedih melihatkan Presiden MCA sanggup
menjadi sebegitu hina untuk menghamburkan pembohongan-pembohongan dan
penipuan kerana terdesak memikirkan prospek PRU13," tegas Kit Siang.
"Adalah
jelas MCA dan Umno telah mengadakan 'perjanjian syaitan' supaya
masing-masing menyebarkan pembohongan dan penipuan untuk
menakut-nakutkan pengundi Cina dan Melayu, kerana mereka menyimpulkan
bahawa politik kebencian sedemikian adalah satu-satunya cara untuk
melindungi dan memelihara kuasa Umno-BN pada PRU13," tambahnya.
Setiausaha
Agung DAP, yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam
kenyataannya menyifatkan fitnah terhadap Tok Guru Nik Aziz sebagai
"satu pembohongan besar".
"Ini satu pembohongan besar sama dengan
pembohongan Utusan Malaysia apabila mendakwa saya anti-Melayu dan
anti-Islam kerana Nik Aziz tidak pernah berkata begitu," kata Guan Eng
dalam kenyataannya.
"MCA adalah versi Cina untuk akhbar Utusan
Malaysia yang bertenggek di atas kepalsuan, ketakutan dan kebencian
untuk hidup. MCA umpama lelaki curang yang mendakwa dirinya bermoral dan
bermaruah," ujarnya.
Saya segera teringat bisikan Guan Eng
semasa bertemunya di Lapangan Terbang LCTT, Sepang ketika saya masih
keuzuran selepas menjalani pembedahan pintasan jantung. Beliau yakin
hubungan PAS dengan DAP tidak mudah diputuskan disebabkan persefahaman
pemimpin kedua-dua parti, terutama Tok Guru Nik Aziz dan Kit Siang, yang
pernah melalui pelbagai penderitaan dan tekanan yang sama dalam
memperjuangkan kebenaran dan hak rakyat.
Selamat hari raya Aidil
Adha dan melaksanakan ibadah korban serta menghayati pengertian
pengorbanan setulusnya seperti ditunjukkan Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi
Ismail.
Sumber
APABILA SANG MUSAFIR BERKELANA DARI DUNGUN LALU BERHIJRAH KE SATU TEMPAT YANG BERNAMA PERAK LALU MENETAP DI TAMBUN, IPOH........
Translate
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Kita tanya sama Rais anak Yatim pasal beliau Menteri Penerangan dan kerja beliau tukang terang. Jangan dok terang pasal 72 % rakyat ...
-
Datin Seri Rosmah Mansor menyarankan agar para suami mencontohi DS Najib Tun Razak. Beliau berkata DS Najib mempunyai personaliti yang mena...
-
Esok.....kita akan menyambut hari Maulidur Rasul ..... Tanggal 12 Rabiul Awal .... Bersamaan hari Selasa nie....14 Januari 2014.... R...
-
Dalam satu wawancara di youtube , dikatakan seorang bayi di Palestin memberi salam, kemudian memberitahu bahawa dia adalah orang yang ...
-
Berkenaan dengan berakhirnya Ramadhan nenutup tirainya, maka kami warga Musafirlalu ingin memohon dari hujung rambut sampai kehujung k...
-
CHECHNYA Penindasan yang dilakukan di mata dunia Selepas kejatuhan Kesatuan Soviet kira-kira sedekad yang lalu, zaman kepayahan...
-
Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad mempersoalkan ketelusan kerajaan negeri di bawa...
-
Polis menyiasat kes seorang penolong pengarah kastam Selangor, yang ditemui mati di tingkat satu, pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Mal...
-
Dipetik Oleh : setiaPemuda Berat rasanya untuk menulis. Bimbang jika akal ini masih terkeliru. Benarkah Tuan Guru Nik Abdul Aziz (TGNA) yang...
-
Keluarga perdana menteri hidup melebihi kemampuan dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) wajar menyiasatnya, kata PKR. &q...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan