Sudah cukup lama saya menahan kesakitan di sendi-sendi terutamanya pada bahagian betis saya dan bermacam-macam ubat yang di syor oleh keluarga dan rakan-rakan. Kebanyakan pendapatan dihabiskan untuk membeli ubat-ubatan baik melalui MLM atau farmasi tetapi ianya tetap tidak mendatangkan kesan langsung. Nasib baiklah isteri bekerja walau pun pendapatan cukup untuk sekeluarga walau pun tidak bermewah kerana kita tahu dan sedar akan harga barangan berunsurkan kesihatan yang cukup mahal.
Berbalik kepada kesakitan yang saya alami sungguh-sungguh menyakitkan terutama di bahagian betis sehingga rasa hendak di toreh-toreh ajer. Saya selalu melakukan bekam tetapi ia hanya bertahan sehari dua sahaja. Memandangkan kos untuk satu bahagian untuk di bekam RM15, jadi untuk menjimatkan duit saya belikan alat untuk berbekam yang bernilai RM20. Jarumnya pula saya beli di farmasi kerana ia dapat menjimatkan kos yang banyak kerana saya sendiri boleh melakukannya sendiri.
Walau bagaimana pun ia hanya bertahan sehari dua sahaja dan apabila betis saya sakit, saya akan berbekam dan ia menjadi rutin pula buat saya. Apa pun yang berlaku, kita mesti redha akan ketentuan Yang Maha Esa dengan terus berusaha kerana tiada penyakit yang tiada ubat melainkan mati. Saya bukan nak kondem mana-mana ubat-ubatan yang dibeli melalui farmasi atau dari MLM kerana mungkin ubat-ubatan itu tidak serasi dengan diri saya. Isteri saya yang selalu membeli ubat-ubatan untuk saya cuba walau pun saya kurang menyenangkan kerana bagi saya ia membazir disebabkan harganya yang mahal.
Apabila saya tanya doktor pakar tentang kesakitan saya, dia pun tidak boleh berbuat apa-apa dan memberi saya vitamin-vitamin. Untuk menjadi cerita, isteri saya telah membeli sejenis product yang bernama SHAKLEE dan saya rasa ianya buat membazir sahaja. Selepas 2 minggu saya mengamalkannya, betis saya sudah berkurangan sakitnya. Bagi saya inilah pertama kali ubat yang saya amalkan memberi kesan yang teramat sangat. Saya tidak lagi menyuruh anak saya yang berumur 6 tahun memijak-mijak betis saya lagi kerana sebelum itu beliaulah tukang urut tak bertauliah saya.
Apa pun sebagai seorang muslim kita mestilah berpegang segala-galanya adalah kehendak Allah s.w.t. kerana Ia yang memyembuhkan segala penyakit dan kita hanya berusaha. Untuk mengetahui lebih lanjut, layarilah TinaTinot. Sekarang ini isteri saya telah menjadi pengedar product SHAKLEE bagi area Ipoh. Dalam perkiraan saya, saya hanya berbelanja lebih kurang RM220 sebulan dan ia lebih menjimatkan jika dinilai dengan harga ubat-ubatan yang pernah saya gunakan sebelum ini.
Anda boleh cuba dengan product ini kerana ia mempunyai berbagai jenis mengikut penyakit yang anda alami. Saya andaikan ini adalah statement saya untuk product SHAKLEE kerana bukan sahaja betis saya semakin sembuh, malah kesihatan saya pun semakin baik selepas 16 tahun menderita berbagai penyakit. Apa yang saya dimaklumkan oleh isteri saya, kumpulan yang beliau sertai banyak membantu dari segi kewangan untuk pendidikan atau program yang berunsurkan Islam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan