Saya pun terus meletakkan semula di atas meja dan mengatakan dokumen-dokumen ini tidak SAH dan tidak boleh digunakan. Sewaktu dokumen-dokumen DDG itu dikeluarkan oleh Aziz, saya percaya rancangan "mereka" adalah untuk meminta saya menurunkan tandatangan sebagai saksi untuk menyaksikan kedua-dua tandatangan di dokumen tersebut. Apabila saya menegaskan bahawa saya bukanlah peguam yang menyediakan dokumen itu dan saya tidak boleh menurunkan tandatangan saya sebagai saksi. Saya telah bertanya kepada Sultan Ibrahim kenapa tidak diminta sahaja Abdul Aziz Jaffar Sidek peguam yang membuat dokumen tersebut untuk menurunkan tandatangannya sebagai saksi kerana ianya lebih mudah sebab Aziz akan mengikut apa sahaja arahan Sultan. Sultan Ibrahim telah menjawab "kalau aku suruh Aziz adik-beradik dan waris-waris lain tentu tidak percaya kerana dokumen ini dibuat secara "back dated" dan pasti mereka akan mempertikaikannya. Sebab kau bapak aku percaya dan semua adik-beradik tahu kau rapat dengannya dan mereka tak kenal Aziz, KAU NAK TURUNKAN TANDATANGAN INI ATAU TIDAK KAMAL..!". Suaranya menjadi semakin kuat. Saya semakin ditekan pada masa itu. "Kau mesti tandatangan sebagai saksi. Aku memang dah lama berdendam dengan kau sejak zaman bapak aku lagi. Kalau kau nak selamat Kamal, kau jangan cari pasal. Kau tahu apa aku boleh buat. Aku boleh musnahkan masa depan kau. Aku boleh jadikan kau merempat jika aku mahu atau jadikan kau meringkuk dalam penjara."
Di dalam suasana tersebut saya hanya berserah kepada Allah dan memohon petunjuk dari-Nya agar dapat melalui ujian Allah ini dengan berani dan tabah. Akhirnya saya menjawab bahawa saya "hanya" boleh bersetuju menurunkan tandatangan sebagai saksi di dokumen DDG itu, tetapi dengan syarat tandatangan saya bukan sebagai peguam kerana saya tidak bersetuju dengan isi kandungan dokumen tersebut dan saya hanya akan turunkan tandatangan sebagai seorang Pesuruhjaya sumpah yang menyaksikan tandatangan dibuat di hadapan saya kerana seorang Pesuruhjaya Sumpah tidak perlu mempersoalkan apa isi kandungan dokumen yang dibuat. Fungsi saya sebagai Pesuruhjaya Sumpah hanya menyaksikan siapa yang menangani dokumen itu menurunkan tandatangan secara sukerala sahaja. Sultan Ibrahim pun berkata "macam tu pun ok, senang aku nak cakap kat orang lain jika ia dipertikaikan"
Inilah dokumen Deed of Declaration of Gift yang telah ditandatangani pada 1 March 2010, tetapi telah diletakkan tarikh yang dikebelakangkan iaitu pada 2 November 2009. Dokumen ini telah metrai setem pada 3 March 2010.
Setelah dokumen-dokumen ini ditandatangani Sultan Johor mengarahkan
Abdul Aziz Jaffar Sidek dan Ong Eng Leong untuk menghantar dokumen
tersebut bagi disetemkan. Selepas dari itu saya telah difahamkan bahawa
pihak Dato' Ali Musa telah berurusan dengan pihak DCA bagi menghantar
dokumen-dokumen sokongan yang telah disaksikan oleh saya dan juga
ditandatangani oleh Dato' Ali Musa serta Ungku Yusof.
Surat Sumpah oleh Dato' Ali Musa yang dibuat dihadapan saya selepas tarikh kemangkatan. |
Surat Sumpah oleh Ungku Yusoff yang dibuat dihadapan saya selepas tarikh kemangkatan. |
Aku janji yang dibuat oleh Dato' Ali Musa dan Ungku Yusoff bertarikh 1 March 2010 |
Setelah menerima dokumen sokongan ini barulah prosedur seterusnya
dibuat dan ditandatangani oleh pihak Sultan Johor dan pihak Peguam
Negara. Sekiranya tiada dokumen sokongan ini saya percaya pihak DCA
tidak akan membenarkan pendaftaran pindahmilik secara "back-dated".
Saya kesal kerana tersepit di antara ketaatan kepada Allah dan
tekanan dari seorang Sultan. Saya berserah kepada Allah agar
mengampunkan saya sekiranya saya bersalah menyaksikan tandatangan yang
saya sendiri tidak bersetuju dengan perbuatan "menipu". Hanya Allah
sahaja mengetahui bagaimana tekanan-tekanan, paksaan, cacian, herdikan,
templak, makian dan sumpahan yang telah dilemparkan kepada saya. Saya
hanya percaya kepada Allah dan Allah tau kebenaran saya. Namun secara
peribadi saya bangga kerana saya rasa inilah perkara yang terbaik pernah
saya lakukan didalam hidup saya walaupun saya terpaksa "bermusuh"
dengan seorang Sultan.
PEOPLE POWER
Tiada ulasan:
Catat Ulasan