Peristiwa Petang Kemangkatan Sultan Iskandar 22 Jan 2010
Negeri Johor
tiba-tiba diselubungi suasana kesedihan dengan berita kemangkatan
Sultan Iskandar pada 22 Jan 2010. Al-marhum Sultan Iskandar merupakan
seorang Sultan yang "unik" dan mempunyai pendirian serta cara tersendiri
sepanjang hidupnya. Beliau tidak pernah sekali pun meminta apa-apa
projek persekutuan dan negeri yang dibuat di Negeri Johor bagi
kepentingan peribadi. Baginda hanya menumpukan kepada perniagaan
perladangan kelapa sawitnya. Baginda juga tidak mahu dan tidak pernah
bersaing dengan rakyat Johor untuk berniaga, merebut projek-projek
Kerajaan, melobi kontrak-kontrak Kerajaan bagi pihak ketiga/orang asing,
tidak mengganggu pegawai-pegawai Kerajaan untuk mendapatkan peluang
perniagaan, apakah lagi mengambil bahagian merebut lot-lot kecil
perniagaan bersaing dengan peniaga kecil yang disediakan oleh pihak
Kerajaan. Inilah Sultan yang bengis wajahnya tetapi lembut
dihatinyaserta ikhlas menjadi "Pemimpin" kepada rakyat Johor.
Ini jelas berbeza dengan Sultan Ibrahim, Sultan sekarang, hampir semua projek Kerajaan Persekutuan dan mega projek di Negeri Johor beliau mempunyai kepentingan peribadi sama ada di atas namanya, nama anak-anaknya atau syarikat miliknya iaitu IBZI. Bukan hanya projek-projek besar, projek sekangkang kera dan lot-lot gerai perniagaan pun beliau campur tangan dan menyebabkan ramai peniaga mengeluh dan kecewa. Kebanyakan kepentingan peribadi beliau dan keluarga di dalam syarikat-syarikat di dapati "tanpa mengeluarkan duit....(faham-faham sajalah)". Kalau tidak dapat apa yang dikehendakinya maka "bermusuhlah" dengannya. Kalau nasib baik projek berjaya, kalau tidak tunggulah masalah-masalah yang akan timbul atau tunggulah pengumuman projek akan dibatalkan.

gambar sekadar hiasan |
gambar sekadar hiasan |
gambar sekadar hiasan |
Pernah suatu
ketika, beliau sanggup pergi ke Sri Perdana pada satu petang menyatakan
ketidak puasan hati kepada Perdana Menteri terhadap pembahagian saham
satu projek "Bunkering" yang dikenali sebagai Asia Petroleum Hub (APH)
yang mana beliau mendapat saham yang sangat kecil. Apabila balik dari
Sri Perdana beliau dengan egonya berkata "Aku dah beri kata dua kepada PM....."
Al-marhum
Sultan Iskandar memang pada zaman mudanya telah melakukan beberapa
perkara yang tidak "disenangi" oleh rakyat Johor namun Baginda berubah
pada beberapa tahun akhir pemerintahannya sebagai seorang Sultan.
Baginda menjadi seorang Sultan yang prihatin, berpandangan jauh serta
mengamalkan sikap tidak campur tangan terhadap pentadbiran Kerajaan
Negeri kerana Baginda percaya kepada orang yang dilantik sendiri oleh
Baginda untuk menjalankan tugas-tugas pentadbiran Negeri serta
menjalankan amanah rakyat. Memang ada sekali-sekala teguran-teguran
dibuat oleh Baginda terhadap pegawai-pegawai Kerajaan, tapi yang pasti
segala tegurannya dibuat dengan ikhlas dan bukannya "mempunyai udang disebalik batu" atau "bersandiwara".
Semasa
jenazah Sultan Iskandar dibawa dari Hospital Pakar Putri Johor Bahru ke
Istana Besar, pada petang 22 Jan 2010, saya telah pun berada di Istana
Besar menunggu ketibaan jenazah Baginda. Pada masa itu tidak ramai yang
ada disitu hanya Sultan Ibrahim, Tun Daim, Dato' Yahya Jalil dan
beberapa pegawai Kerajaan dan Istana. Di dalam suasana penuh kesedihan
saya telah dipanggil oleh Sultan Ibrahim dan beliau telah berbisik
kepada saya, "kau mesti cepat-cepat "back-dated"kan harta-harta bapak aku sebelum adik-beradik aku tau apa yang ditinggalkan oleh bapak aku".
Saya terperanjat dan termenung sejenak mendengar kata-kata itu. Saya berkata kepadanya "kalau harta yang telah ditinggalkan masih atas nama Almarhum Sultan Iskandar, caranya ialah melalui pembahagian faraid atau wasiat jika ada, ini hukum Tuanku". Sultan Ibrahim menjawab "kau dah cukup "lemak" semasa zaman bapak aku, kalau kau nak selamat dan nak hidup senang kau ikut cara aku, FAHAM!!!"

Tidak lama
kemudian kakitangan Istana memaklumkan Menteri Besar Dato' Abdul Ghani
Othman sudah sampai di Istana Besar setelah bergegas pulang dari luar
Negara mengikuti lawatan rasmi Perdana Menteri. Memandangkan jumlah
kerusi tidak banyak dikawasan menunggu, Dato' Yahya Jalil telah berkata
bahawa beliau hendak bangun dan memberi kerusinya kepada Menteri Besar,
tapi Sultan Ibrahim berkata "biarkan Ghani tu berdiri, aku pun nak bagi peringatan dekat dia".
Apabila Menteri Besar sampai dan bersalaman, Sultan Ibrahim terus bercakap kepadanya "kau
baru sampai Ghani, bapak aku sakit kau keluar Negara. You never take
care of my father. Ghani, aku nak bagi tahu kau..this is my era, you
have to follow my style not my father style. If you can't follow u can
GO..!! i will replace you with other people. You never submit the EXCO
paper to me since you became The Menteri Besar. Start from now, you
better submit that paper every week without fail".
Dato' Ghani tergamam. "Ada juga beberapa perkara lain, aku akan minta Daing Malik untuk sampaikan pada kau nanti" (Daing Malik http://www.mykmujohor.net/index.php?option=com_content&task=view&id=449&Itemid=67 )

Secara peribadi saya tidak pasti cara Sultan Ibrahim, adakah beliau memang penakut atau pun tidak cukup "guts"
untuk menegur orang secara berdepan dan sering menggunakan orang lain
seperti Daing Malik untuk menyampaikan kehendak dan kerenah beliau.
Selepas Dato' Ghani berlalu dari kelompok kami Sultan Ibrahim telah berkata, "aku nak suruh Daing Malik cakap dengan Ghani supaya bila salam dengan aku MESTI CIUM TANGAN aku. Selama ini dia tidak pernah cium tangan aku pun. Kalau dia rasa nak jadi Menteri Besar lagi ikut cara aku....., kau Kamal, kau pun sama, kalau kau tak nak dengar cakap aku, aku boleh suruh orang lain buat, kau boleh GET LOST.." Saya hanya berdiam diri sahaja dan berdoa kepada Allah s.w.t. supaya memberi petunjuk dan hidayah kepada bakal Sultan pada masa itu. Setengah jam selepas itu jenazah Sultan Iskandar pun sampai di Istana dan suasana menjadi sibuk dengan proses dan istiadat pengurusan jenazah bermula.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan