Translate

Memaparkan catatan dengan label Islam vs Kristian. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Islam vs Kristian. Papar semua catatan

Rabu, 18 Mei 2011

Ketua TI-M: Tiada pakatan tubuh negara Kristian

Ketua badan pemantau rasuah Malaysia - Transparency International - Paul Low menafikan terdapat sebarang pakatan untuk menjadikan Kristian agama rasmi persekutuan pada jamuan makan malam yang dihadiri paderi-paderi dua minggu lalu.
NONELow yang juga hadir sebagai tetamu jemputan pada majlis 5 Mei di Pulau Pinang itu berkata beliau sempat menyaksikan keseluruhan majlis itu dan ia bukan seperti apa yang dilaporkan oleh dua penulis blog dan akhbar Utusan Malaysia.

"Saya secara kategori mengesahkan tiada pakatan atau ikrar bagi menjadikan Kristian agama rasmi atau melantik seorang perdana menteri Kristian pada petang 5 Mei ataupun pada bila-bila masa semasa persidangan itu.

"Saya belum diminta memberi sebarang kenyataan kepada polis semasa siasatan tetapi sudi berbuat demikian jika diminta,” katanya ketika membacakan kenyataan medianya di ibupejabat TI di Kuala Lumpur pagi ini.
utusan malaysia kritsian agama rasmiLaporan itu pertama kali muncul apabila dua penulis blog berdasarkan sekeping gambar yang agak kabur mendakwa majlis makan malam itu dianjurkan dengan hadirinnya berikrar untuk melucutkan Islam sebagai agama rasmi Malaysia.

Laporan itu disiarkan semula oleh akhbar milik Umno, Utusan Malaysia pada keesokannya.

Seorang anggota DAP yang mengiringi ahli parlimen Jelutong Jeff Ooi, kemudiannya membuat laporan polis dan mengakui bahawa beliau yang merakamkan gambar yang disiarkan di blog pro-Umno itu. MK

Sabtu, 14 Mei 2011

Kristian-Islam: DAP Cabar Razali Dedah Isi Laporan Polis Dalam 24 Jam


DAP mencabar seorang ahli partinya, Mohamed Razali Abdul Rahman agar mendedahkan kandungan laporan polis, yang dibuatnya semalam, berhubung pertemuan paderi di Pulau Pinang minggu lalu, didakwa membincangkan agenda menjadikan Kristian agama rasmi negara.


Ahli Parlimen Jelutong Jeff Ooi berkata pihaknya memberi tempoh 24 jam kepada Razali agar berbuat demikian sebelum pihaknya boleh menentukan tindakan susulan.

“Saya cabar Mohamad Razali dedahkan apa yang dia katakan kepada polis... jangan berselindung di sebalik laporan polis itu,” kata Ooi (gambar) pada sidang media di sini hari ini.

“Dedahkan apa yang dia katakan kepada polis, kita nak tahu apa yang berlaku sebelum kita boleh mengambil sebarang tindakan undang-undang,” katanya.

Ooi yang terkejut dengan tindakan Razali itu percaya kemungkinan “dipaksa” untuk membuat laporan polis itu.

“Sebelum ini dia membantah laporan Utusan Malaysia tetapi secara tiba-tiba dia membuat laporan polis.

“Malah sebelum ini Razali yang meminta saya untuk buat laporan polis tapi sekarang selepas seminggu, dia pula yang buat laporan polis.

“Saya agak sedih dan terkejut, mungkin dia dipaksa tapi saya tidak tahu... sebab itu kita mahukan penjelasan itu,” kata beliau lagi.

Semalam, Razali telah membuat laporan polis Balai Polis Jalan Patani, Pulau Pinang berhubung pertemuan 5 Mei itu.

Razali, ahli DAP Jelutong, mengakui dia ada pada pertemuan itu yang diadakan di sebuah hotel di Jalan Macalister.

Dia bagaimanapun tidak mendedahkan kandungan laporan itu kepada media yang mana hanya Utusan Malaysia, RTM dan TV3 yang berada di balai polis itu ketika laporan polis dibuat.

Sambil mengulangi penafian dakwaan wujudnya konspirasi antara DAP dan kumpulan Kristian, Ooi juga mencabar Utusan Malaysia, dua blog pro-Umno memohon maaf kerana mengeluarkan laporan salah dan berunsur fitnah.

Ditanya bagaimana Razali boleh turut serta dalam pertemuan yang rata-rata dihadir paderi dan penganut Kristian, Ooi bagaimana berkata: “Saya tidak tahu, saya ada nampak dia di penghujung majlis.”

“Saya tidak tahu sebab saya terlalu sibuk, dia tidak bersama saya... yang ada bersama saya tiga lagi ahli DAP lain, kami berempat yang berada dalam pertemuan itu.

“Ia adalah program tertutup, lagi satu bagaimana seorang beragama Islam boleh berada dalam pertemuan itu dan ia perlu ditanyakan kepada Mohamed Razali,” katanya. Insider

Rabu, 11 Mei 2011

Agama rasmi: Umno, PAS perlu buktikan melalui program, kata Mufti Perlis


Mufti Perlis Dr Juanda Jaya menegaskan Umno dan PAS tidak wajar bercakap soal Islam sebagai agama rasmi negara selagi kedua-dua parti itu gagal melaksanakan pengisian program ke arah itu.

Tegas beliau, Umno dan PAS perlu memperjelaskan langkah atau tindakan yang akan diambil bagi meletakkan Islam sebagai agama rasmi negara.

“Pada saya isu lebih mendasar dalam polemik ini ialah apakah program yang telah dan akan dilakukan oleh Umno dan PAS bagi mendaulat dan memperkukuhkan Islam di Malaysia menurut kaca mata al-Quran dan As-Sunah, jadi isu pendebatan Islam agama Persekutuan atau agama rasmi (negara) tiada makna jika tanpa pengisian.

“Umno wajar perjelaskan apakah program mereka yang berikutnya untuk memperkasakan Islam dengan mengambil kira hak orang bukan Islam dan PAS juga perlu perjelaskan dengan terperinci bentuk Islam yang mereka praktikkan.

“Demikian juga bentuk hak minoriti orang bukan Islam yang akan diberi, mereka belum teruji setakat ini... setakat mentadbir negeri-negeri Pakatan Rakyat, PAS belum buktikan ia bawa kelainan yang mendasar berbanding Umno,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Justeru kata Juanda, walaupun Umno berjaya menerapkan nilai-nilai Islam dalam pentadbiran negara, namun ia masih gagal mengangkat martabat dan kedudukan Islam yang sebenar.

Tambah beliau, Umno dan PAS perlu membuktikan kepada rakyat melalui program-program yang dilaksanakan.

“Umno pula hendaklah jauh lebih progresif setelah penerapan nilai-nilai Islam berjalan hampir 30 tahun, hal ini akan memberi petunjuk kepada rakyat pihak mana yang akan mereka berikan amanah undi untuk melaksanakan kehendak kedudukan Islam yang disebut dalam Perlembagaan.

“Zaman retorik sudah berlalu, sekarang zaman buktikan program anda di atas kertas dan bumi nyata,” katanya.

Kata Juanda, Islam merupakan agama yang meliputi semua aspek dengan berpandukan al-Quran dan Hadis.

“Islam adalah cara hidup yang lengkap dan syumul mencakupi politik, ekonomi, sosial, perundangan, hubungan antarabangsa dan segala cabang hidup manusia seluruhnya yang akan dapat rahmat daripada Islam yang menurut kehendak al-Quran dan al-Hadis.

“Ia bukan hanya bina masjid surau atau hanya retorik nak laksanakan hudud. Itu hanya sebahagian kecil daripada Islam yang syumul, sekali lagi, zaman retorik telah berlaku, sekarang zaman implementasi,” katanya.
Selain itu jelas beliau, Islam juga berkait rapat dengan cara hidup masyarakat dan pemerintah yang mengamalkan prinsip Islam harus sentiasa menjaga kebajikan rakyat.

“Islam juga berkait rapat dengan pengaturan kehidupan harian manusia seperti penentuan harga barang. Kalau kerajaan atau pemerintah yang diberi amanah undi untuk kawal harga barang daripada naik, gagal jaga kebajikan rakyat, maka itu satu pengabaian terhadap amanah undi daripada rakyat yang inginkan kemakmuran hidup.

“Contohnya, gula adalah barangan yang sepatutnya dikawal harga oleh kerajaan kerana ia digunakan oleh semua rakyat. Maka apakah program kerajaan Umno atau PAS jika memerintah untuk pastikan harga barang tidak naik dan dapat dikawal? Kena jelaskan bentuk program, baru pengundi akan percaya.

Kelmarin peguam Syahredzan Johan mengatakan Perlembagaan Persekutuan tidak pernah menggariskan bahawa Islam adalah “agama rasmi” negara dengan merujuk kontroversi yang tercetus ekoran laporan Utusan Malaysia Sabtu lalu bahawa pengikut Kristian mahu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi.

Syahredzan, ketua jawatankuasa perlembagaan Majlis Peguam berkata, tafsiran undang-undang oleh Utusan Malaysia adalah salah dan mengingatkan bahawa langkah akhbar harian itu sebagai “tanggapan salah yang bahaya”, yang boleh membawa negara ke arah rusuhan agama dan sosial.

“Dari segi Perlembagaan Persekutuan, hanya ada satu agama bagi persekutuan, tetapi bukan rasmi atau tidak rasmi.

“Perlembagaan sangat jelas dalam hal ini. Islam bukan agama rasmi,” kata beliau.

Bagaimanapun Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan Islam adalah agama rasmi negara dan kedudukan itu tidak perlu dipertikaikan.

Jelas Tuan Ibrahim, walaupun dalam Perlembagaan Persekutuan hanya menyebut agama Islam adalah agama Persekutuan, namun ia memberikan maksud Islam adalah rasmi negara.

Laporan Utusan Malaysia bertajuk “Kristian Agama Rasmi?” itu mendakwa wujudnya perbincangan untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara, sekali gus melantik perdana menteri dari kalangan penganut itu.

Akhbar milik Umno itu juga mendakwa ada konspirasi mahu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi, usaha didakwa disokong oleh pemimpin-pemimpin DAP.
 

Selasa, 10 Mei 2011

Pakar: Malaysia Tiada Agama Rasmi, Islam Cuma Agama Persekutuan


Perlembagaan Persekutuan tidak pernah menggariskan bahawa Islam adalah “agama rasmi” negara, kata peguam Syahredzan Johan ketika kontroversi tercetus ekoran laporan Utusan Malaysia Sabtu lalu bahawa pengikut Kristian mahu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi.

Akhbar milik Umno itu dan beberapa kumpulan Melayu-Muslim termasuk pemimpin-pemimpin Umno sendiri menekankan pandangan bahawa undang-undang tertinggi negara mengisytiharkan Islam sebagai agama “rasmi” dan hanya Muslim boleh menjadi perdana menteri.

Syahredzan, ketua jawatankuasa perlembagaan Majlis Peguam berkata, tafsiran undang-undang oleh Utusan Malaysia adalah salah dan mengingatkan bahawa langkah akhbar harian itu sebagai “tanggapan salah yang bahaya”, yang boleh membawa negara ke arah rusuhan agama dan sosial.

“Dari segi Perlembagaan Persekutuan, hanya ada satu agama bagi persekutuan, tetapi bukan rasmi atau tidak rasmi.

“Perlembagaan sangat jelas dalam hal ini. Islam bukan agama rasmi,” kata beliau kepada The Malaysian Insider ketika dihubungi semalam.

Beliau merujuk kepada Artikel 3 yang menyebut bahawa “agama Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai Persekutuan di mana-mana bahagian Persekutuan” dan menekankan bahawa perkataan “rasmi” tidak pernah disebutkan di mana-mana bahagian.

Syahredzan berkata, seksyen dalam Perlembagaan mesti ditafsir bersama Artikel 11, di mana setiap orang ada hak untuk mengamalkan agama masing-masing dan tertakluk kepada Klausa (4) yang mana berkaitan dengan Islam - untuk menyebarluaskannya.

“Kita kena faham terminologi yang betul untuk digunakan apabila kita bercakap apa sahaja berkaitan dengan Perlembagaan Persekutuan,” kata beliau.

Beliau menambah, “setiap orang, daripada kalangan menteri sehinggalah NGO, malah sehingga blogger mengatakan macam-macam, yang menunjukkan mereka tidak tahu apa yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.”

Katanya, dengan memasukkan perkataan-perkataan ke atas Perlembagaan, blogger, menteri dan surat khabar membaca perkara-perkara yang tiada dan meminda undang-undang.

“Dan, ia bercanggah dengan Perlembagaan,” kata peguam itu.

Syahredzan berkata, rakyat biasa boleh dimaafkan kerana tidak biasa dengan undang-undang, tetapi menteri dan peguam-peguam tidak boleh dimaafkan kerana ia bukan sahaja tugas mereka, tetapi tanggungjawab mereka.

Syahredzan berkata, beliau membangkitkan perkara ini sebab tiada pihak yang berbuat demikian.

“Ia perkara yang sangat bahaya dan ia dipermainkan dan disebabkan itu, ia menjadi lebih daripada isu perlembagaan semata-mata, ia menjadi momok... ia menjadi isu agama dan isu sosial dan isu politik dan satu masalah.

“(Perlu ada) seseorang bangun dan mengatakan mengenai perkara ini,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Dengan melihat kepada badan-badan pelobi Melayu sayap kanan yang tidak gembira dengan isu semasa ini, Syahredzan menambah, beliau tidak pasti sama kempen mereka adalah sesuatu yang akibat terdesak atau dijalankan disebabkan kedangkalan mereka.

Oleh itu kata Syahredzan, Putrajaya mesti menerajui usaha untuk membetulkan salah tanggapan ini bagi mengelakkan malapetaka.

“Sesuatu perlu dilakukan, kerajaan mesti menyatakan dengan jelas apa yang ada dan apa yang tiada dalam Perlembagaan,” katanya. Insider
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular