Translate

Memaparkan catatan dengan label mahkamah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label mahkamah. Papar semua catatan

Selasa, 24 Mei 2011

Anwar kembali ke tirai besi?

Datuk Seri Anwar Ibrahim kelihatan optimistik apabila ditanya sama ada beliau akan didapati bersalah oleh mahkamah memandangkan beliau telahpun diminta membela diri berhubung perbicaraan kes Liwat II.

Tanpa berlengah, Anwar dengan yakin berkata, tiada sebab mengapa mahkamah perlu memutuskan sedemikian.
NONEKetika berdepan dengan persoalan sama pada 2009, Anwar
kelihatan lebih yakin dan berkata "tidak mungkin" beliau akan kembali dikurung tirai besi; namun ketika ditanya dalam wawancara dengan Malaysiakini minggu lalu, Anwar berkata "barangkali tidak."

Jauh di sudut hatinya, Anwar berkata beliau tidak akan kembali ke penjara. Namun, jawapannya itu masih mengandung persoalan.

Adakah beliau bersedia sekiranya mahkamah tetap memberikan keputusan yang tidak memihak kepada dirinya?

Apakah pula yang akan berlaku kepada PKR dan mampukah timbalan presidennya, Azmin Ali mengambil alih parti itu dalam ketiadaannya?

Beliau memberikan beberapa kata nasihat kepada Azmin dan pada masa yang sama beliau turut menempelak bekas pengikutnya Datuk Zaid Ibrahim yang bertindak keluar parti dan kini mengetuai parti KITA.

Berikut ialah wawancara Malaysiakini dengan Anwar berhubung isu yang dibangkitkan:

Malaysiakini: PKR terus diserang berhubung pemilihan langsung yang dijalankannya pada tahun lalu. Adakah tindakan mengadakan pemilihan itu satu keputusan yang betul?

DSAI: Anda tahulah ada suara-suara liberal yang kata kita tidak sepatutnya jadi terlalu demokratik kerana orang belum bersedia. Tapi, mengapa kita bercakap tentang demokratik? Inilah harga yang perlu dibayar.

Kita mahu jalankan pemilihan, dan ianya sangat mahal, tapi saya rasa, supaya adil, (jawatankuasa pemilihan) menjalankan tugas yang baik. Ada kerisauan disuarakan terutamanya aduan tentang tindakan yang berlengah-lengah, tentang disiplin parti (dan keputusan) yang digantung. Malah sekarang pun (pemilihan dibuat semula) untuk Batu Sapi dan Semporna kerana ada peti undi yang hilang.

Jadi jika anda kata kita tidak bersedia, kita boleh kata begitu. Tapi bukanlah orang tidak bersedia. Mungkin ada masalah dengan jentera tetapi orang (PKR) OK, mereka boleh terima.

Malaysiakini: Ada juga kritikan timbul memandangkan Datuk Seri bukan dipilih oleh parti.

DSAI:
Ya, saya bukan dilantik melalui pemilihan langsung tetapi para perwakilan meluluskan resolusi (pada 2009). Saya tidak mempengerusikan mesyuarat parti. (Presiden, Datuk Seri Dr Wan) Azizah yang pengerusikannya.

Malaysiakini: Adakah Datuk Seri bersedia untuk bertanding dalam pemilihan akan datang?


DSAI: Jika Azizah mengalah, saya akan bertanding.

Malaysiakini: Atau sekiranya Datuk Seri tidak kembali ke penjara?

DSAI: Ya. Barangkali tidak... Tidak ada sebab (untuk didapati bersalah).

Malaysiakini: Datuk Seri pasti?

DSAI: Bawah undang-undang apa? (Pihak berkuasa) perlu bersedia dengan kessannya. Kenapa (mereka) fikir rakyat bodoh? Kenapa (mahkamah buat keputusan) seperti itu? Macam mana anda boleh buat keputusan seperti itu?

Mungkin saya patut baca teks pendakwaan dalam kes yang dipanggil prima facie ini. Mereka mempersendakan undang-undang ini.

Tambahan pula, saya belum dapat keputusan (bertulisnya), walaupun ia dibacakan di mahkamah... Saya dapati (ini) pelik.

Malaysiakini: Datuk Seri bersedia sekiranya kembali dipenjarakan?
DSAI: Saya telah melalui yang terbaik dan paling buruk. (Mereka tidak boleh) beri saya kata dua atau ugut saya seperti ini. Saya berasa, dalam hati saya (saya tidak akan kembali ke penjara).

Malaysiakini: Jadi sebab mengapa Datuk Seri tidak mahu bertanding jawatan presiden adalah disebabkan perbicaraan kes liwat bukan?


DSAI: Ya, banyak sebabnya, anda tidak perlu jelaskan semua. Saya dengar pandangan pemimpin, saya lihat (situasinya). Siapa yang mahu saya bertanding? Utusan. Ini menarik. Utusan melancarkan kempen dan anda terpengaruh.

Mereka melancarkan kempen besar-besaran, jadi anda perlu tanya kenapa. Tiba-tiba, satu perkara positif yang mereka kata ialah Anwar perlu jadi presiden kepada parti. Lagilah saya tidak mahu.

Malaysiakini: Adakah sesiapa di dalam PKR yang boleh mengambil alih?


DSAI: Tiada siapa yang kekal. Ahli politik ada ego yang besar, kadang-kadang mereka rasa begitu. Tapi demi Tuhan, anda perlu tahu.

Mandela ada pengganti, Gandhi ada pengganti. Mereka semua pemimpin besar dan mereka ada pengganti. Dan jika Rasul, walaupun anda tidak menggantikan Rasul, (digantikan) dengan para sahabat. Jadi orang kecil seperti kita, anda tidak tahu, saya mungkin akan hilang begitu sahaja daripada sistem.

Malaysiakini: Sekarang Datuk Seri ada Azmin Ali sebagai bakal pengganti tapi dia tidak seperti Datuk Seri. Dia tidak berapa disukai dalam parti.


DSAI: Ya.

Malaysiakini: Apa nasihat yang boleh Datuk Seri berikan untuk perbaiki imejnya.

DSAI: Tidaklah, dia buat kerja, maksud saya, orang kadang-kadang berasa kasihan dengan saya kerana saya dipenjarakan dan semua itu.

Malaysiakini: Jadi dia juga perlu dipenjara?


DSAI: [Ketawa] Kita bekerja sebagai satu pasukan. Azizah mungkin bukan licik berpolitik seperti saya, tapi dia boleh tarik (sokongan). Sebagai contoh, di Sabah (kami) biarkan Azizah menguruskannya dan tiba-tiba situasi kembali tenang. Jadi saya tanya dia, 'apa yang awak dah buat? Doa apa yang awak baca, keadaan sangat tenang sekarang?'

Jadi Azmin perlu buat seperti itu. Dia perlu bina pasukan yang boleh memenuhi batas atau kelemahannya.

Kedua, anda perlu dilihat... jika anda mula buat perbandingan, ialah satu masalah seperti sesiapa saja yang mengambil alih daripada Mandela. Saya, tentunya, di rang paling bawah, tapi itulah masalahnya bila orang mula buat bandingan.

Tapi saya percaya bahawa (Azmin) percaya dia ada (ciri-ciri) yang betul tapi dia mesti dilihat suka menolong, suka berdamai dan pada masa lain lebih berhati-hati, sabar dengan beberapa kenyataannya.

Ini akan ditekankan, bukan? (Bahawa) 'Azmin perlu lebih berhati-hati, sabar.' Saya ucap selamat kepada dia, lebih baik saya beritahu dia dulu [Ketawa]

Malaysiakini: Datuk Seri rasa dia pengganti yang baik?


DSAI: Bukan pengganti, ini perlu diserahkan kepada parti untuk diputuskan. Buat masa ini dia timbalan presiden, satu fungsi yang besar... Tapi untuk berjaya, seperti yang saya kata, dia mesti bekerja dalam satu pasukan dan... serahkan kepada parti untuk diputuskan MK

Selasa, 22 Februari 2011

Adakah Saiful Homoseksual Pasif?. Adakah Saiful Meliwat Diri Sendiri!!!!


Peguam veteran Karpal Singh hari ini sekali lagi mencuri tumpuan pada perbicaraan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan menyoal ahli kimia sama ada Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah homoseksual pasif.

NONEPerbicaraan pagi ini tertumpu kepada persoalan sama ada Jabatan Kimia mematuhi piawaian antarabangsa dalam amalannya mengendalikan sampel atau bahan bukti yang diberikan oleh polis.

Namun, Karpal yang tiba kemudian untuk menyoal balas pakar DNA Dr Seah Lay Hong sekali lagi merobekkan kes pendakwaan.

Beliau mempersoalkan bagaimana beberapa profail DNA yang ditemui pada dubur Saiful tidak dicatatkan dan ingin tahu sama ada wajar untuk membuat kesimpulan bahawa mangsa adalah homoseksual pasif.

Dr Seah berkata beliau tidak boleh menjawab soalan itu dan hakim Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah tidak membenarkan soalan tersebut dikemukakan.
"Saya seorang saintis dan bidang kepakaran saya ialah menjalankan analisis terperinci ke atas sampel dan eksibit yang diserahkan kepada saya dan saya tidak dapat memperoleh hasil penemuan seperti dicadangkan oleh peguam," katanya.

Hakim kemudiannya membenarkan soalan itu apabila Karpal mengemukakan alasannya.

NONEMenurut Karpal, profail DNA berdasarkan lebih satu penyumbang di dubur Saiful, adalah logik bagi membuat kesimpulan bahawa pengadu adalah homoseksual pasif.

Seah berkata beliau tidak akan mengatakan sama ada bersetuju ataupun membantah cadangan Karpal itu.
Pada ketika itu, Peguam Cara Negara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden membantah soalan itu dan berkata ia patut diajukan kepada tiga doktor dari Hospital Kuala Lumpur yang menjalankan pemeriksaan perubatan ke atas Saiful pada 28 Jun, 2008.

Mohamed Yusof berkata Dr Seah tidak bertanggungjawab ke atas isi kandungan dalam borang pro-forma (borang sejarah perubatan) pesakit (Saiful), yang Karpal dalam hujahnya berkata doktor merekodkan kes itu sebagai cubaan liwat dan bukannya liwat.

Karpal juga bertanya kepada ahli kimia tersebut bagaimana DNA seseorang boleh ditemui pada dubur Saiful jika dinyatakan pada borang pro-forma ia adalah cubaan meliwat.

Karpal: Jika ini cubaan meliwat, awak tidak akan jumpa DNA orang lain di duburnya?

Seah: Tidak mustahil.
Karpal: Hasil penemuan anda pada palitan B5 (kawasan sekitar dubur Saiful) mengenai kehadiran beberapa profil DNA?
Seah: Ya
Karpal: Di sini, lebih daripada seorang penyumbang, bolehkah anda katakan yang Saiful ialah seorang homoseksual pasif?
Seah: Saya tidak dapat menjawab soalan itu, saya seorang saintis dan bukannya doktor perubatan.
Karpal: Saya tanya anda berdasarkan hasil penemuan anda pada palitan B dan apa yang direkodkan dalam laporan pro-forma sebagai cubaan liwat, sekali lagi boleh anda katakan Mohd Saiful seorang homoseksual pasif?
Seah: Saya tidak dapat berikan jawapan.
NONEAnwar, 63, dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful, 25, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.

Sementara ituBernama melaporkan berlaku pertikaman lidah antara Mohamed Yusof dan seorang lagi peguam bela SN Nair, apabila beliau memberitahu peguam bela itu supaya berhenti membuat "ulasan selari".

Pertikaman lidah itu berlaku apabila Nair bertanya kepada Dr Seah berhubung protokol Jabatan Kimia semasa membuat penandaan pada sampel.

Nair merujuk kepada dua sampel daripada 12 sampel yang diterima ahli kimia pada 30 Jun, 2008 daripada pegawai penyiasat DSP Judy Blacious Pereira.

NONEPeguam itu berhujah Dr Seah tidak mematuhi sepenuhnya protokol jabatan sehingga tarikh pada sampel palitan B4 dan B5 direkodkan 26 Jun, 2008, sedangkan hakikatnya ia direkodkan pada 28 Jun, pada hari ketiga-tiga doktor berkenaan mengambil sampel daripada Saiful di HKL.

Nair: Saya cadangkan kepada anda, anda mungkin telah rekodkan sepertimana tertera (pada bekas plastik), satu tarikh lain pada sampel?

Seah: Ya

Nair: Berdasarkan standard antarabangsa anda, anda patut membatalkan dua
sampel ini?

Seah: Saya tidak setuju.

Nair: Jika anda mempunyai dua sampel yang dibatalkan, anda patut melihat
sampel lain dengan perasaan syak. Anda kata anda mempunyai integriti tinggi,
tidak itu mempersoalkan integriti?

Seah: Tidak. Kita patut beri faedah kesangsian.

Nair: Saya cadangkan kepada anda bahawa anda tanya tahu mengenainya sekarang
dan tidak pernah beritahu kepada pihak pendakwaan?

Seah: Tidak setuju. Ia telah dicatatkan.

Semasa pemeriksaan semula oleh Timbalan Pendakwa Raya Noorin Badaruddin, Dr Seah mengesahkan pencemaran pada sampel palitan B5 (kawasan sekitar dubur Saiful) di mana disahkan kehadiran profil pengadu, lelaki Y dan seorang yang tidak dikenali.

Beliau tidak menolak kemungkinan pencemaran itu mungkin berlaku apabila kawasan (kawasan dubur) bersentuhan dengan permukaan.

Dr Seah juga menolak kemungkinan berlaku pencemaran di makmal Jabatan Kimia kerana kemungkinan itu telah dihapuskan oleh ujian profil DNA semua warga kerja di jabatan itu. (MK)

Isnin, 21 Februari 2011

Ahli Kimia Akui Tidsak Patuhi Piawaian.

 

Ahli kimia dan pakar DNA Dr Seah Lay Hong hari ini mengakui beliau tidak mengikuti piawaian antarabangsa yang ditetapkan oleh International Society of Forensic Genetics ketika menyediakan laporan berhubung ujian DNA pada perbicaraan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

NONEBeliau mengakui meskipun menganggotai pertubuhan itu tetapi tidak mematuhi apa yang dinyatakan pada jurnal berkenaan.

"Saya tidak mematuhi peraturan antarabangsa tetapi sejak itu, ia mungkin telah berubah,” katanya.

Dr Seah juga tidak bersetuju bahawa beliau berat sebelah dalam menyediakan laporan dan berkata ia disediakan berdasarkan maklumat yang dibekalkan kepadanya.

“Berdasarkan piawaian antarabangsa seperti yang ditetapkan dalam jurnal ini, awak tidak mengikuti ataupun mematuhinya,” kata peguambela Ram Karpal Singh.

“Saya tak setuju,” balas Dr Seah.

Hakim, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah kemudian menyoal doktor itu mengapa beliau gagal mematuhi arahan tersebut tetapi Seah gagal menjawab soalan berkenaan.

azlanRam juga berhujah satu 'allele' yang dilaporkan pada B9, di kawasan rektal bawah.

“Ini bukan milik Saiful atau 'Lelaki Y'. Bacaan allele 28 tidak dilaporkan walaupun ia adalah di puncaknya."

Apabila Ram terus mengasak, ahli kimia itu enggan melayan serta tidak memberikan jawapan.

Menurut Ram apa yang dicatatkan oleh laporan kimia adalah berlainan dengan apa yang diperlihat dalam geraf.

"Ia seolah-olah separuh DNA pasukan bolasepak dijumpai tetapi awak memilih untuk tidak melaporkannya kerana ia dikesan di seluar dalam, seluar, kawasan B5 peri-anal dan sekarang B9,” kata Ram.

Dr Seah juga memberitahu mahkamah bahawa beliau tidak tahu siapa 'Lelaki Y' - DNA yang dijumpai di peri anal Saiful dan sekitar kawasan duburnya.

"Tidak ada spesimen atau rujukan sampel diberikan,” katanya.

Ram berkata lelaki misteri yang tidak dikenali itu mungkin sesiapa juga termasuk pegawai penyiasat, Jude Blacious Pereira.
Minggu lalu, pelbagai persoalan teknikal berhubung bagaimana ujian DNA dijalan dan ditentukan. Lebih banyak perkara seumpama itu dijangkakan hari ini apabila seorang lagi ahli kimia akan memberi keterangan.
(MK)

Sabtu, 29 Januari 2011

Pelabuhan Klang : Mahkamah Nasihat SPR Tunggu Dulu..... Sah Tak Akan Ada PRK.

Badrul Hisham Abdullah gagal mendapatkan perintah interim untuk menghalang Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) daripada mengisytiharkan pilihan raya kecil bagi kerusi DUN Pelabuhan Klang.

NONEBagaimanapun, Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Suraya Othman 
berkata adalah lebih baik bagi SPR menunggu sehingga selesai permohonan Badrul Hisham untuk mendapatkan perintah injunksi.
Suraya akan mendengar permohonan Badrul Hisham untuk mendapatkan injunksi terhadap SPR pada 7 Februari, tetapi suruhanjaya itu dijadualkan membincangkan kekosongan kerusi itu malam ini.

Suraya berkata, pihak-pihak yang dinamakan, perlu mengambil tindakan sepatutnya, terutama defenden kedua, SPR, hanya boleh mengambil sebarang tindakan selepas kes tersebut didengar pada 7 Februari, demikian menurut peguam Abu Bakar Isa Ramat.

Kerusi DUN Pelabuhan Klang diisytiharkan kosong oleh speaker DUN Selangor, Datuk Teng Chang Khim pada 19 Januari lalu.

Menurut Teng, ia ekoran penyandang kerusi tersebut, Badrul Hisham, tidak menghadiri sidang dewan tanpa cuti selama lebih enam bulan.

Jumaat, 3 Disember 2010

YAM Pemaisuri Siti Aishah Saman Uncleseeker Dan S.H.Al-Attas.

Satu saman telah dikemukakan oleh YAM Permaisuri Siti Aishah terhadap Syed Abdullah atau lebih dikenali sebagai Uncleseeker dan bapa beliau Syed Hussein Al-Attas seorang penulis yang terkenal dengan ramalan/politik. Writ saman tersebut telah dikemukakan di mahkamah Tinggi Temerloh sebagaimana tertera dibawah ini.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjMCGPrIjCeEk6t_Km63HARK6Ik9clMhpXis9nwdTayvx_y0eU07uPxuadErsiS0N1YawNZIt9iCI_k0B6vINkbueEOOcLSE89gU1UVAErn2NR9RaOhxjx83U7ARd1hsKeWnhgQzU-jXe4I/s1600/1.jpg

Jumaat, 12 November 2010

Tuanku Ismail Boleh Rujuk Di Mahkamah, Kata Peguam.

Tuanku Ismail Petra ibni Sultan Yahya Petra boleh terus kekal sebagai Sulan Kelantan walaupun baginda kehilangan upaya atau tidak berada di negeri itu, demikian Mahkamah Persekutuan diberitahu hari ini.
NONEPeguamnya Azhar Azizan Harun berhujah bahawa Sultan Muhammad V (Tuanku Muhammad Faris Petra), yang dilantik oleh Majlis Perajaan Negeri Kelantan sebagai Pemangku Raja Kelantan pada 24 Mei tahun lalu kerana ayahandanya gering, tidak mengambil alih secara eksklusif peranan Sultan.

"Pemangku Raja sebagai pemerintah sementara hanya boleh menjalankan tugas yang tidak dapat dilaksanakan oleh Tuanku Ismail Petra sebagai Sultan seperti dikehendaki oleh Perlembagaan Negeri Kelantan kerana hilang upaya atau tidak hadir," katanya.

Azhar menjelaskan Pemangku Raja hanya mempunyai hak untuk melaksanakan kuasanya mengenai perkara-perkara yang terbatas kepada menghadiri hal ehwal negeri sahaja.

Oleh itu, Azhar, berkata Tuanku Ismail Petra berhak menggunakan kuasanya mengikut Perlembagaan Negeri bagi merujuk ke Mahkamah Persekutuan untuk mendapatkan pandangan bagi mana-mana persoalan berhubung peruntukan dalam perlembagaan tersebut.
NONEAzhar berhujah demikian mengenai isu awal yang dibangkitkan oleh peguam Tan Sri Cecil Abraham, yang mewakili Sultan Muhammad V, yang mempersoalkan bidang kuasa ayahandanya untuk memfailkan dua petisyen bagi mendapatkan pandangan Mahkamah Persekutuan mengenai kuasa seorang Pemangku Raja semasa Sultan hilang keupayaan.

Petisyen yang masing-masing difailkan pada 5 Mei dan 22 Jun tahun ini, menamakan Sultan Muhammad V dan kerajaan Kelantan sebagai responden.

Tengku Muhammad Faris Petra telah dimahsyurkan sebagai Sultan Kelantan pada 13 Sept lalu dalam satu istiadat di Istana Balai Besar, Kota Baharu dan kini dikenali sebagai Sultan Muhammad V.

Tuanku Ismail Petra gering sejak Mei tahun lalu.

Kes itu disambung pendengaran hari ini di hadapan panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan iaitu Hakim Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin, Datuk Seri Md Raus Sharif dan Datuk Abdull Hamid Embong.

Selepas mendengar penghujahan, Hakim Zulkefli menangguhkan keputusan mengenai isu-isu yang dibangkitkan ke suatu tarikh kerana beliau memerlukan masa untuk meneliti perkara itu.

Teerdahulu itu, Azhar juga berhujah bahawa petisyen oleh Tuanku Ismail Petra adalah mengikut Artikel 63 (2) Bahagian I dan Artikel 4 (4) Bahagian Dua Perlembagaan Kelantan.
"Ia jelas tidak munasabah jika Artikel 63 (2) Bahagian I dan Artikel 4 (4) Bahagian Dua ditafsirkan seperti dicadangan oleh responden pertama (Sultan Muhammad V) bahawa Pemangku Raja mengambil alih secara eksklusif pemerintahan Sultan macam Sultan tidak lagi wujud dan sebarang rujukan untuk pendapat Mahkamah Persekutuan (di bawah dua Artikel itu) hanya boleh digunapakai oleh Pemangku Raja," katanya.

Beliau menggesa mahkamah supaya menolak isu awal menentang petisyen Tuanku Ismail Petra.

Dalam jawapannya, Abraham berkata apabila ada Pemangku Raja di mana wujud hilang keupayaan atau ketiadaan dalam negeri, kuasa Sultan digantung sehingga baginda kembali ke negeri itu atau sembuh dari kegeringan.

Bagaimanapun, dalam kes ini, Tuanku Ismail Petra belum sembuh, katanya.

- Bernama

Jumaat, 26 Mac 2010

Polis Telah Maklum Keluarga Benjy Sebab Penahanannya

Polis telah memberitahu sebab-sebab penangkapan semula pelakon Khairell Benjamin Ibrahim atau Benjy, 31, kepada ibunya, dramatis dan pelakon terkenal Azean Irdawaty dan keluarganya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Kang Chez Kiang berkata, perkara itu dimaklumkan kepada mereka ketika mereka datang ke balai polis dan dapat menerima keputusan itu.

Chiez Kiang bagaimanapun melahirkan rasa kecewa dengan laporan beberapa media yang menyatakan Azean tidak diberitahu sebab-sebab penangkapan semula anak lelakinya itu.

"Kami berasa kecewa dengan kenyataan beberapa media berhubung perkara ini dan tidak ada masalah antara pihak polis dengan keluarga Benjy setakat ini”, katanya.

Benjy ditahan semula tidak sampai dua jam setelah dibenarkan diikat jamin oleh Mahkamah Majistret di sini semalam berhubung kes dadah.

Dia ditahan ketika berada di bahagian luar pejabat kaunter pembayaran jamin di kompleks mahkamah itu oleh dua orang anggota polis pada pukul 2.50 petang sejurus sahaja Azean selesai membayar ikat jamin berjumlah RM2,000. - Bernama

Kes Benjy Babitkan Dadah Jenis Sintetik – Hishammuddin

Kes membabitkan pelakon Khaireyll Benjamin Ibrahim atau Benjy, 31, yang ditahan semula untuk siasatan lanjut, membabitkan dadah jenis sintetik, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata, kerajaan memberi tumpuan yang serius dalam menangani dadah jenis itu kerana pengambilannya, walaupun sekali, boleh menyebabkan seseorang itu menjadi penagih dadah.

Katanya, begitu juga kes yang membabitkan seorang bekas pemain sepak takraw wanita kebangsaan.

"Saya dah maklumkan awal dulu, kita dalam konteks dadah sintetik ini, perlu menanganinya dengan kesungguhan luar biasa.

"Ini kerana pengambilan dadah jenis itu walaupun sekali sahaja, boleh menyebabkan menjadi penagih dadah.

“Kedua, tiada jalan untuk pemulihan dan ketiganya, ia mudah dibawa ke mana-mana,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pasca-kabinet peringkat kementerian, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan ibu artis itu, dramatis dan pelakon terkenal, Azean Irdawaty bahawa pihak polis tidak menjelaskan lebih terperinci berhubung penahanan semula anaknya itu.

Benjy ditahan semula semalam untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 3 Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas 1952) selepas dua jam dibebaskan.

Dia sebelum itu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret atas tuduhan memiliki 0.24 gram syabu. – Bernama

Umno Juga Pertikai Keputusan Mahkamah - Nizar

Umno tidak perlu menyalahkan rakyat sekiranya mempertikai keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengesahkan Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak sebelum ini.

Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin(gambar) berkata, Umno sendiri pun seolah-olah mengajak rakyat mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dalam isu kalimah 'Allah'.

"Saya sendiri berasa pelik, apabila Hakim Lau Bee Lan yang memutuskan bahawa suatu akhbar (mingguan The Herald) boleh menggunakan kalimah Allah, tak lama selepas itu seolah-olah wujud suatu usaha untuk tidak bersetuju dengan keputusan mahkamah," ujar beliau semasa membahas Titah Diraja di Dewan Rakyat, malam tadi.

"Ia menggambarkan seolah-olah Umno juga membantah keputusan mahkamah seperti di Mahkamah Persekutuan."

Disebabkan itu, beliau yang juga Menteri Besar Perak pada era Pakatan Rakyat merumuskan bahawa Umno juga seolah-olah mengajak rakyat supaya tidak sebulat-bulatnya bersetuju dengan keputusan yang di buat di mahkamah.

Tambah beliau lagi, Umno juga sama ada sedar atau tidak sebenarnya sedang mendidik rakyat supaya menentang keputusan mahkamah yang dianggap tidak memberi kepentingan politik kepada mereka.

Disebabkan keputusan mahkamah yang acapkali dipertikai kerana oleh rakyat, Pakatan Rakyat dan Umno sendiri, beliau berkata, negara juga akhirnya turut mendapat impak berantai yang negatif.

Maka, beliau yang juga AJK PAS Pusat berkata, sindrom pelabur meninggalkan negara berlaku dalam skala yang membimbangkan.

Ujarnya lagi, mereka tidak mahu melabur di Malaysia, khususnya di Perak mungkin disebabkan mereka tidak percaya dengan tahap integriti dan kebebasan mahkamah di Malaysia.

Dari maklum balas oleh beberapa pelabur asing yang ditemui di United Kingdom, beliau berkata, dunia luar belakangan ini berasa sangsi dengan institusi kehakiman negara.
Hatta, menurut beliau, sekiranya berlaku pertelingkahan dalam dunia korporat, pelabur-pelabur asing terbabit tidak rela membawa kes mereka ke mahkamah tempatan.

Sebaliknya, menurut beliau, mereka yang terbabit lebih rela membicarakan kes masing-masing di luar negara, termasuk di Singapura.

Tuntas dari itu, beliau menasihatkan kerajaan supaya memulihara semula tahap integriti dan kebebasan mahkamah tempatan kerana dengan berbuat demikian sekaligus menggalakkan pelabur asing kembali berlabur di Malaysia. (Harakah)

Benjy bebas lapan minit



 ‘‘Kenapa ni? Anak saya dah bebas. Dah bayar jamin, anak saya dah bebas.’’

Itu yang diulangi oleh pelakon veteran, Azean Irdawaty kepada beberapa anggota polis berpakaian preman ketika mereka menahan semula anak lelaki tunggalnya, Benjy.

Kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 2.50 petang, lapan minit selepas Benjy atau nama sebenarnya Khaeryll Benjamin Ibrahim, 32, dibebaskan dengan ikat jamin.

Kali ini, penahanan Benjy dibuat mengikut Seksyen 3(1) Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 yang membolehkan pelakon itu ditahan selama 60 hari.

Terdahulu, Benjy mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan memiliki dadah jenis metaphetamine seberat 0.24 gram.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu kira-kira pukul 4 petang, 11 Mac lalu di sebuah premis beralamat A-6-5, Menara Duta 2, Jalan 1/38B off Jalan Segambut, Sentul di sini.

Pertuduhan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Suhaima Mohd. Noor manakala Benjy diwakili peguam bela, Amer Hamzah Arshad.

Majistret Hafizza Sauni membenarkan tertuduh dibebaskan secara jaminan RM2,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu sebutan semula pada 8 April ini.

Sementara itu, sebelum pelakon watak Jibek dalam drama Kerana Cintaku Saerah ditahan semula, kelihatan hampir 10 orang anggota polis dan pegawai berpakaian biasa menunggu di luar kaunter reman.

Keadaan bertukar kelam kabut sebaik sahaja Benjy ‘dicekup’ sewaktu melangkah keluar dari kaunter jamin menyebabkan ibunya terpinga-pinga.

Amer Hamzah pula dilihat cuba menghalang tindakan anggota polis yang cuba menggari Benjy dengan memegang dan melindungi anak guamnya sambil meminta surat penahanan.

Tindakan tersebut bagaimanapun gagal apabila pemenang Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik menerusi drama Hanya Untukmu pada Anugerah Skrin Ke-6 tahun 2003 terus dibawa pergi.

Sementara itu, Azean dilihat cuba mendapatkan penjelasan daripada seorang anggota polis tetapi hanya dimaklumkan supaya berjumpa dengan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Kang Chez Chiang.

Adik Benjy, Elza Irdalyna yang pada mulanya hanya berdiam diri tiba-tiba menjerit apabila melihat abangnya dibawa pergi oleh sekumpulan anggota polis sebelum menangis.

Azean ketika ditemui selepas kekecohan itu berlaku meluahkan rasa kesalnya dengan kejadian tersebut.

‘‘Tolonglah jadi profesional. Kali ini anak Kak Yan ditangkap sebab apa? Yang dituduh sebelum ini kata tak ada apa-apa pun.

‘‘Kak Yan seorang ibu yang sakit. Berapa kali nak bagi Kak Yan stres?’’ ujarnya.

Ditanya mengenai tindakan selanjutnya, Azean menyatakan dia tidak tahu kerana kebingungan.

‘‘Masa jumpa tadi, tak cakap apa-apa pun. Dia (Benjy) cuma cium tangan Kak Yan dan Kak Yan gosok kedua-dua pergelangan tangannya yang dah bergari selama dua minggu,’’ katanya yang mula dilihat bergenang air mata.

Mengikut ADB, Langkah-Langkah Pencegahan Khas digunakan bagi menangani mereka yang diyakini terlibat dalam pengedaran dadah tetapi tidak mengendalikan, sebaliknya hanya mengeluarkan arahan dan menjadi orang tengah dalam urusan jual beli.

Benjy sebelum ini ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 39B ADB 1952 kerana disyaki mengedar dadah.

Dia yang sudah berkahwin dengan Safiya Stephanie Kar Leng Lee, 26, pada 9 Februari 2004 dikurniakan dengan seorang anak lelaki Firdauz Juan, 4.(UM)

Jumaat, 12 Februari 2010

Kerana Terlalu Lama Berada Di Kayangan, Umno Semakin Angkuh.





Semakin lama semakin angkuh, itulah kata-kata yang sesuai buat Umno yang terlalu lama diberi tampuk pemerintahan. Mereka merasakan bahawa banyak berjasa kepada rakyat diatas pembangunan yang telah dilakukan. Jika boleh, mereka ingin menjadi Raja di Malaysia yang secara teorinya mereka sudah melakukannya. Cuma mereka tidak ditabalkan sahaja sebagai Raja sebenar.

Keangkuhan Umno semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini dan Umno yang ada sekarang ini bukan Umno atau Pekembar yang ditubuhkan pada tahun 1946. Merekalah Raja segala Raja di dibumi Malaysia atau Malaya atau Tanah Melayu atau pun Semenanjung Emas. Ditambah pula dengan kemenangan mereka di Mahkamah Rayuan berhubung pertikaian siapa sebenarnya Menteri Besar Perak yang sah.

Tiada Mahkamah yang dapat mengungkai kekebalan mereka, hatta Raja-Raja Melayu pun boleh didakwa di Mahkamah Khas.Sebab itulah tiada Mahkamah yang berani memberi keputusan yang tidak memihak kepada Umno. Jika ada yang mempertikaikannya, alasan yang diberi ialah tiada orang siapa yang kebal dari undang-undang. Dan mereka akan berkata............. lihatlah bagaimana pemimpin berprofail tinggi pun didakwa seperti Tan Sri Kasitah, seorang menteri penuh. 

Realitinya, pemimpin-peminpin yang didakwa ialah pemimpin yang sudah tidak diingini lagi. Kerana itulah mereka didakwa, itulah dakwaan para pemimpin Umno. Jika hendak mengharapkan Peguam Negara untuk mendakwa pemimpin Umno, simpan sahajalah hasrat hati itu. Walau sebanyak mana bukti dibawa yang boleh mensabitkan para pemimpin Umno, pasti bukti-bukti tersebut akan dibangkul sampahkan. Jika dirujuk kepada undang-undang, Peguam Negara mempunyai kuasa yang cukup besar kerana hanya Peguam Negara yang boleh membawa Perdana Menteri ke muka pengadilan.

Jika Peguam Negara sendiri pun duduk bersekongkol dengan para pemimpin Umno , apa yang rakyat boleh katakan........... Umnolah Raja di Malaysia. Lihatlah bagaimana satu kes video seks yang melibatkan Timbalan Speaker Dewan Rakyat dari MIC, walau pun sudah cukup bukti untuk mendakwa Timbalan Speaker tetapi atas arahan Peguam Negaralah pita video seks tersebut dibakar. Kejadian tersebut berlaku semasa rejim Mahathir menjadi Perdana Menteri.

Kerana itulah kita tidak menaruh harapan yang tinggi untuk memenangi kes Menteri Besar Perak. Kita tidak hairan langsung jika kalah tetapi kita akan cukup-cukup hairan jika kita memenangi kes tersebut. Itulah bukti bagaimana badan kehakiman telah dilacur dan diliwat secara beramai-ramai oleh Umno. Apabila kita menghentam kerajaan Umno/Bn, pasti juak-juak mereka yang mendapat seratus dua akan berkata.......... apakah Umno tidak melalukan apa-apa.......... pembangunan yang ada sekarang ini, pembangkang ke yang buat.......... apa pemimpin PAS boleh bagi kat penyokongnya, masuk syurga.......... apa kerajaan PAS Kelantan lakukan selama 20 tahun memerintah.......... pembangunan yang ada kat Kelantan itu pun kerajaan pusat yang bagi.......... dan bla bla bla bla.......... para juak-juak Umno berhujah.

Sebenarnya apa yang mereka hujahkan itu menunjukkan bagaimana dangkalnya akal mereka tentang politik. Apakah mereka merasakan pembangunan yang ada sekarang ini adalah menggunakan duit mak bapak mereka. Parti mana pun yang memegang pemerintahan pusat, wajib menyalurkan bantuan kepada kerajaan negeri tanpa mengira parti mana yang memerintah negeri tersebut. Jika mereka tidak menyalurkan bantuan tersebut, maka kerajaan pusat tidak berhak mengenakan cukai pendapatan, cukai perniagaan, cukai jalan, cukai export, cukai import dan apa jenis cukai tok nenek terhadap rakyat negeri tersebut.
Andainya kerajaan Umno/Bn menyatakan bahawa rakyat dinegeri yang diperintah oleh pembangkang tidak dikenakan segala cukai kerana kerajaan negeri tersebut akan menguruskan kewangan mereka sendiri. Jika benar-benar berlaku, kita pasti orang Umnolah yang pertama-tama akan mengaku yang mereka adalah rakyat negeri tersebut............... jika tidak percaya.............. cubalah buat!!!!!!!!!

Jumaat, 5 Februari 2010

Setelah Tiada Sokongan 2 Hospital....Akhirnya Saiful Mengaku Diliwat Ketika Di HKL


BLOK bangunan Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara semasa tinjauan lokasi oleh barisan pendakwaraya pada hari kedua perbicaraan kes liwat Anwar Ibrahim, semalam. - UTUSAN/SHAIFUDIN MD NOR

Setelah doktor hospital swasta menolak yang Shaiful tidak diliwat,  terpaksa ler........... ke HKL. Mungkin kerana melihat betapa profesionalnya doktor swasta dalam membuat pemeriksaan keatas punggungnya. Mahu tak mahu terpaksa bergegas ke HKL, pasal dah 2 hari tak berak.

Mak datuk....... bukan senang nak tahan daripada berak......... bayangkan kalau tengah makan pun orang sanggup tinggalkan hidangan......... semata-mata nikmatnya berak............ betapa istimewanya budak yang bernama Shaiful ni............ dia boleh tahan.......... apa ilmu yang dia pakai............ bak sini sikit......... aku nak belajar.
 
Akibat penat kerana telah pergi ke dua buah hospital sebelum itu, Mohd. Saiful Bukhari Azlan terus membuat pengakuan bahawa dia telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada seorang doktor lelaki ketika di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini.
 
Pengakuan tersebut menyebabkan doktor berketurunan India bernama Dr. Daniel itu terkejut.

Ekoran pengakuan tersebut, doktor yang berada di wad pesakit luar hospital berkenaan telah menulis satu nota dan mengarahkan bekas pembantu peribadi Anwar itu untuk ke wad kecemasan di Pusat Khidmat Krisis Sehenti (One Stop Crisis Centre - OSCC) HKL.

Dia yang tiba di unit pesakit luar hospital berkenaan kira-kira pukul 3 petang terpaksa menunggu sehingga pukul 9 malam sebelum diperiksa di OSCC.

Sebelum diperiksa, seorang doktor yang datang menemui Mohd. Saiful Bukhari di wad berkenaan telah menasihatinya untuk membuat laporan polis kerana tanpa laporan tersebut, pemeriksaan rapi akibat diliwat tidak boleh dijalankan.

Terdahulu, ketika disoal oleh Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden sama ada dia terus ke HKL, saksi pendakwa pertama itu memberitahu telah pergi ke dua hospital swasta sebelum itu.

Dua hospital tersebut ialah Hospital Tawakal di Jalan Pahang dan Hospital Pusrawi di Jalan Tun Razak, di sini.

Di Hospital Pusrawi, Mohd. Saiful Bukhari memberitahu dia telah berjumpa dengan seorang doktor lelaki tetapi hanya memberitahu doktor tersebut bahawa dia mengalami sakit perut dan sakit di bahagian dubur.

Doktor tersebut kemudian dipanggil sebelum dicamkan oleh bekas pelajar Universiti Tenaga Nasional (Uniten). Dia kemudian memperkenalkan dirinya kepada mahkamah sebagai Dr. Mohd. Osman Abdul Hamid.

MOHD. YUSOF (MY): Bila jumpa Dr. Osman, beritahu apa pada Dr. Osman?

MOHD. SAIFUL BUKHARI (MSB): Pada mulanya saya beritahu saya sakit perut dan sakit di bahagian dubur.

MY: Apa yang doktor buat?

MSB: Beliau suruh tanggalkan seluar dan baring atas katil dan meniarap.

MY: Sepanjang pengetahuan kamu, ada doktor gunakan apa-apa peralatan?

MSB: Beliau ada memasukkan sesuatu namun semasa beliau memasukkan benda itu, saya terus-terang dengan beliau bahawa saya telah diliwat dan mahu lakukan pemeriksaan.

MY: Bila beritahu apa yang telah berlaku, apa doktor buat?

MSB: Doktor tersebut terus berhenti pemeriksaan dan suruh saya pakai seluar.

MY: Ada kamu tanya kenapa doktor hentikan pemeriksaan?

MSB: Ya. Selepas selesai pakai seluar, beliau beritahu dua perkara. Pertama di hospital tersebut tiada kelengkapan untuk pemeriksaan forensik. Kedua, laporan hospital swasta tidak boleh dijadikan bukti di mahkamah. Doktor arahkan saya untuk ke hospital kerajaan dan hospital terdekat ialah HKL.

MY: Dia arahkan atau cadangkan?

MSB: Dia cadangkan.

Mohd. Saiful Bukhari kemudian memberitahu mahkamah bahawa dia menerima cadangan tersebut dan terus ke HKL sebelum diperiksa oleh sekumpulan doktor kira-kira pukul 9 malam.

Saksi yang juga pengadu kes tersebut memberitahu, terdapat beberapa orang berada di sampingnya ketika itu dan bertanya pelbagai soalan sebelum diperiksa.

Mereka terdiri daripada seorang doktor lelaki berketurunan Cina, dua doktor Melayu dan seorang doktor wanita Melayu yang sedang mengandung serta jururawat.

Seorang anggota polis yang kemudian dicamkan sebagai Supritendan Jude Pereira yang merupakan pegawai penyiasat kes berkenaan turut berada di OSCC.

Antara soalan-soalan yang ditanya menjurus kepada tujuan bekas pembantu peribadi Ahli Parlimen Permatang Pauh itu datang ke hospital berkenaan, sama ada dia dicederakan dan tanda-tanda kecederaan.

MY: Bahagian mana badan kamu yang diperiksa?

MSB: Seluruh anggota dari rambut hingga ke kaki termasuk bahagian dubur.

MY: Ada mereka guna alat untuk periksa dubur?

MSB: Ada.

MY: Ada kesempatan melihat alat tersebut?

MSB: Tidak.

MY: Adakah semua doktor bahagi peranan untuk memeriksa atau semua periksa sekali?

MSB: Tak pasti.

MY: Selain daripada itu, ada apa-apa contoh diambil.

MSB: Banyak, saya tak ingat.

MY: Macam mana diambil.

MSB: Mereka menggunakan putik kapas (cotton bud) di bahagian badan, dubur dan leher.

Sementara itu, sebelum prosiding tamat, peguam utama Anwar, Karpal Singh yang mewakili Anwar memohon untuk melawat lokasi kejadian semula pada esok pagi ekoran pihaknya dan tertuduh tidak berkesempatan untuk melawat pejabat pengurusan yang menempatkan semua rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

Sewaktu lawatan ke pejabat pengurusan tersebut dibuat, Karpal dan barisan peguam bela yang lain serta Anwar dan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah telah meninggalkan Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara di sini.

Hakim Mohamad Zabidin bagaimanapun sempat berpatah balik ke tempat kejadian.
Perbicaraan bersambung esok dengan beberapa lagi soalan daripada pihak pendakwaan sebelum kesemua pihak yang terlibat melawat semula ke tempat kejadian.

Khamis, 4 Februari 2010

Kes Liwat DSAI : Konspirasi Edisi Ke Dua

Barita yang akan menjadi sembutan ramai dalam seminggu dua ini baik dari media cetak, media elektronik dan para blogger ialah tentang pembicaraan DSAI atas tuduhan meliwat pembantunya, Saiful. Apakah ini konsprasi edisi ke dua.

Setelah edisi pertama telah telah berjaya mengenakan DSAI dan dijatuhi hkuman penjara selama 6 tahun. Apa yang menjadi kemusykilannya ialah cara tuduhan dan skrip pun hampir-hampir sama. Cuma yang membezakannya ialah watak sahaja yang ditukar.
Betul atau salah, menang atau kalah hanya untuk rujukan dunia sahaja kerana yang sepasti-pastinya ialah di di hadapan Allah s.w.t. Kerana dimasa itu, mulut tiada lagi mempunyai peranan seperti di dunia ini. Disini nanti, berhujahlah sebanyak mana yang kamu mahu bentangkan alibi, hujah, akuan bersumpah dan bermacam-macam tok nenek lagi.

Sebelum saya menulis lebih lanjut lagi, ingat saya menulis sedikit akan kekecewaan saya yang saya percaya ianya juga  melibatkan gerakan Islam di seluruh dunia. Kekecewaannya ialah takkala DSAI mengumumkan peryertaannya didalam politik Umno/Bn pada 1982.
Ianya membawa satu kesan yang mendalam bagi pendokong gerakan Islam di Malaysia dan diseluruh dunia. Ramai rakan-rakannya baik dari luar negara dan dalam negara sendiri medangkan gerakan Islam diseluruh dunia melihat bagaimana berpontesinya beliau dalam memimpin dan boleh melangkau lebih jauh lagi............. tetapi kenapa memilih Umno yang sudah buruk sampai ke usus. 

Apakah dengan menyatakan untuk membawa Umno kesatu tahap yang membanggakan dalam memperjuangkan Islam. Ramai yang awal-awal lagi mengandaikan yang beliau akan bersama dengan perjuangan PAS. Seorang anak muda yang cukup berkarisma dalam perjuangannya untuk rakyat, bagi saya itu adalah satu kesilapan yang besar bagi kerja politik beliau.

Berbalik dengan kes  liwat edisi yang sedang beliau hadapi sekarang ini, banyak tanda tanya sedang bermain-main di fikiran penyokong, penyimpati dan juga musuh-musuh politik beliau. Seperti kata-kata yang bertiup, inilah mangsa liwat yang paling cool dalam sejarah liwat di Malaysia.

Dari mula pertuduhan itu dilaporkan dan disusuri pula dengan 'Sumpah Laknat' yang dibuat oleh Saiful dihadapan iman muda di dalam masjid. Sudah ada sesuatu yang tidak kena dengan kes tersebut, yang mana kerana sikap tergesa-gesa 'tangan-tangan ghaib' berhubung isu tersebut. Kenapa perlu Saiful perlu melakukan 'sumpah laknat' terhadap dirinya sendiri........... kenapa ya.
Daripada tafsiran yang dibuat oleh ulama-ulama tersohor, mengikut ilmu dan kajian yang telah mereka lakukan berhubung kes ini. Mereka bersependapat yang Saiful patut dikenakan hukum 'Hudud'. Nasib baiklah kamu Saiful, pasal One Malaysia masih bertunjangkan undang-undang 'British Law'. Kalau tak......... punggung kamu yang gebu itu pasti tidak bergebu lagi.

Ucaplah terima kasih kepada Mahathir kerana berjaya menghalang 'Hudud' dilaksnakan di Malaysia, bumi One Malaysia. Pasal tak cukup syarat, orang Melayu?Islam kat Malaysia tak layak jadi saksi, pasal dalam kes-kes melibatkan hukum'Syariah' mesti ada 4 saksi yang adil.



Saksi-saksi kat One Malaysia semua tidak boleh pakai...... termasuk Mahathir sendiri. Saksi kat One Malaysia kuat minum, kaki betina, kaki rasuah, kaki makan duit anak yatim, songlop sanan songlap sini. Mana boleh jadi saksi........ kan betul kata Mahathir tu.
PEGUAM Cara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden (tengah) bersama Hakim, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menunjukan sesuatu arah dengan diperhatikan mangsa Saiful Bukhari Azlan (kanan) semasa meninjau lokasi di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara semasa hari kedua perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim. 4 Januari - UTUSAN/SHAIFUDIN MD NOR

Macam kes liwat edisi pertamalah macam mana,,,,,,,,,, semua pegawai yang terlibat dengan kes tersebut dah jadi orang-orang besar. Walau pun mengikut kenaikkan sesuatu pangkat, yang lama mesti didahulukan. Lihatlah bagaimana dengan Peguam Negara Datuk Moktar, Ghani 4 tahil, Husan Musa, Azizan, Dr. Rastina dan ramai lagi jika hendak sembut semua. 
Apa yang mereka dapat diatas jasa-jasa mereka itu, dari kenaikkan pangkat yang mendadak (lompat kepala) sampai dapat projek berjuta-juta. Boleh kita bayangkan bagaimana seorang yang hanya bekerja sebagai drebar pun boleh menjadi pengarah syarikat.......... dasyat.....dasyat......... jika macam itulah........... aku pun nak tumpang sekaki.......... siapa tak mahu jadi kaya segera........... apa tah lagi dalam ekonomi yang semakin parah ni.

Kalau bab-bab ekonomi ni............ tahiahlah buat adik-adik, abang-abang polis yang mendapat durian runtuh........... bukan sikit beb....... paling rendah RM1,500 sehingga RM 6,000............. lepas tu ada kenaikkan gaji berskala pula......... jom semua............ kita pakat-pakat masuk polis........... lodeeeeeeehhhhh.
Kerajaan bagi ambil......... jangan tak ambil.............. tapi jadilah 'Polis Di Raja Malaysia' dan jangan pula jadi 'Polis Raja Di Malaysia' sudah la.

Bagi DSAI dan Saiful pula, jika kamu benar............ pasti kebenaran kamu akan dipertontonkan oleh Allah s.w.t. di Akhirat nanti............ sama-sama kita doakan.............. agar kebenaran pasti tertegak di bumi One Malaysia ini.

Rabu, 3 Februari 2010

Saiful : Betapa Mudahnya Menerima Arahan.....

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini yang memulakan perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini, digemparkan dengan dakwaan mangsa Mohd Saiful Bukhari Azlan bahawa beliau diajak oleh Ketua Pembangkang itu untuk mengadakan hubungan seks di luar tabii.

Mohd Saiful, 23 yang juga saksi pertama pendakwaan berkata perkara itu berlaku pada 26 Jun 2008 selepas beliau dan Anwar selesai berbincang mengenai jadual kerja di sebuah unit kondominium Desa Damansara di sini.

Anwar mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan pada perbicaraan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah

Anwar yang juga penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Ahli Parlimen Permatang Pauh, dituduh meliwat Mohd Saiful di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika disabit kesalahan.

Perbicaraan bermula 18 bulan selepas Anwar didakwa di mahkamah pada Ogos 2008.
Ketika pemeriksaan utama oleh Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin, Mohd Saiful berkata pelawaan Anwar itu dibuat selepas beliau menyerahkan dokumen yang dibawanya dari pejabat kepada Anwar.

Mohd Yusof: Apa buat dengan dokumen bila masuk?

Mohd Saiful: Saya duduk di meja tersebut bertentangan dengan Anwar dan serahkan dokumen.

Mohd Yusof: Duduk, letak dokumen, apa lepas itu?
Mohd Saiful: Lepas serah dokumen, kami bincang tentang jadual kerja, tidak lama lepas itu beliau tanya satu soalan.

Mohd Yusof: Apa soalan itu?

Mohd Saiful: Can I f*** you today?

Mohd Yusof: Apa reaksi kamu ketika diajukan soalan itu?

Mohd Saiful: Marah dan takut.

Mohd Yusof: Ada kamu kata apa-apa?

Mohd Saiful: Tolak pelawaannya.

Mohd Yusof: Apa kamu kata bila menolak?

Mohd Saiful: Saya kata saya tidak mahu melakukannya.

Mohd Yusof: Anwar kata apa-apa bila kamu kata tidak hendak melakukannya?

Mohd Saiful: Dengan nada marah, Anwar kata "what" (apa)?

Mohd Yusof: Apa respon kamu?

Mohd Saiful: Saya ulang yang sama.

Mohd Yusof: Seterusnya?

Mohd Saiful: Anwar agak marah, dengan itu saya takut. Anwar arahkan ke bilik tidur utama.

Mohd Saiful berkata, beliau kemudian mengikut arahan Anwar dan Anwar selepas itu menutup langsir dan lampu bilik.

Beliau berkata Anwar seterusnya meminta beliau untuk membersihkan dirinya di bilik air.

Mohd Yusof: Masa itu dah buka pakaian?

Mohd Saiful: Ya.

Mohd Yusof: Lepas bilas diri?

Mohd Saiful: Saya ambil tuala dalam tandas, saya keluar dengan bawa baju kemeja saya warna putih dan gantung di tempat pemegang almari.

Mohd Yuof: Kamu bertuala?

Mohd Saiful: Saya bertuala.

Mohd Yusof: Masa keluar dari bilik air, nampak di mana Anwar?

Mohd Saiful: Saya nampak, Anwar di hujung penjuru katil, di bahagian kaki sebelah kanan.

Mohd Yusof: Apa Anwar buat pada masa itu?

Mohd Saiful: Dia berdiri pakai tuala putih dan mengarahkan saya untuk pergi dekat dia, lalu dia peluk saya sambil berdiri.

Ketika itu, peguam Karpal Singh yang mewakili Anwar membuat permohonan agar prosiding seterusnya dijalankan secara tertutup. - Bernama

Ulasan Musafirlalu........

Betapa mudahnya menerima arahan jika ianya bertentangan dengan norma-norma kehidupan. Saya tidak memihak mana-mana pihak tetapi daripada kenyataannya dan juga kesan DNA, macam sudah diskripkan. Tidakkah menghairan apabila kesan DNA masih lagi wujud setelah beberapa hari kejadian. 

Tidak kita nafikan akan kesan DNA jarang tersasar dalam ujiannya. Akan tetapi DNA juga boleh menganiya seseorang, hanya dengan mencalitkan sahaja dipunggung yang menuduh menjadi mangsa. Di zaman IT sekarang ini macam-macam perkara boleh berlaku.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular