Translate

Selasa, 18 Ogos 2009

Apakah Umno Sesat?

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, hari ini menjelaskan beliau tidak bermaksud anggota Umno tidak boleh masuk syurga sebagaimana media memetiknya sebagai berkata semalam. Menteri Besar Kelantan itu menafikan beliau menyebut anggota Umno tidak dapat masuk syurga kerana parti itu mengamalkan ajaran Islam seperti yang dibawa oleh Palestin. "Saya baca dua akhbar arus perdana, ada perkataan Palestin. Saya nafi sekeras-kerasnya. Tak ada. Saya tak biasa guna perkataan ahli Umno. Ahli Umno dan penyokong Umno lain, dua perkataan berbeza," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Nik Aziz berkata, mana-mana umat Islam yang mengasingkan iman dengan Islam tidak akan masuk syurga. "Usaha Umno nak sebut Islam saja tapi tak ada iman mustahil diterima Allah Taala," katanya. (Berita Harian) Ulasan Musafirlalu........
Saranan TPM agar majlis fatwa mengeluarkan fatwa mengenai kenyataan TGNA, amat-amat saya alukan. Benarkah Umno mengamalkan ajaran sesat? Satu persoalan yang perlu dilakukan secara ilmian oleh cerdik pandai Islam, terutamanya daripada SS TS Harunsani, mufti kerajaan negeri Perak. Apa yang dinyatakan dalam berita terkini ialah kita tidak boleh mengatakan seseorang itu tidak boleh masuk syurga kerana kita tidak mempunyai kuasa untuk melakukannya. Tok mufti tidak bagi tahu pun, kita memang dah tahu. Sebelum majlis fatwa mengeluarkan apa-apa fatwa, disini hamba ingin menyatakan sedikit apa yang tersurat dihati hamba ini. Siapakah yang mengatakan politik suku agama suku, jikalau bukan dari Umno. Adakah majlis fatwa telah mengeluarkan fatwa tentang apa yang terkandung didalam 'Amanat Haji Hadi'. "Kita tidak payah masuk Kristian, kita tidak payah masuk Budha, kita tidak payah masuk hindu, kita menjadi kafir apabila kita kata politik suku agama suku". Takkan majlis fatwa dah lupa kot..... mana fatwanya tentang kenyataan tersebut........ dah 25 tahun..... tapi sampai sekarang fatwa tak keluar-keluar. Kalau dah jadi kafir........ mana nak cium syurga nya . Jadi siapa yang mengatakan politik suku agama suku......... tak kan orang PAS kut. Maka......... buat apa lah nak melalak-lalak......... macam orang gila je. Memang bukan kuasa kita yang menentukan seseorang itu masuk syurga atau neraka. Tetapi....... Allah dah bagi pengingatan dah....... kalau kamu buat macam ini, kamu masuk syurga............. kalau kamu buat macam tu, kamu masuk neraka. Apa yang dikatakan oleh TGNA adalah berpandukan kepada perbuatan di hadapan mata. Masalah hati......... itu urusan kamu dengan Allah. Maka beliau mengeluarkan kenyataan adalah berpandukan perbuatan yang Umno lakukan. So..... yang hang dok melalak tu apa pasal. Maka tidak timbul apabila TGNA mengumpamakan Umno macam komunis dan ajaran ayah pin.
Kalau perangai dah lebih teruk daripada komunis, macam mana tak kata komunis. Apa yang Islam haramkan, Umno buat juga. Islam haramkan rasuah............. Umno suburkan rasuah, malah mengalakkannya. Islam kata arak itu haram.................... Umno kata kalau ada lesen dan bayar cukai, maka halal lah. Islam kata Judi itu haram............... Umno siap bagi lesen lagi. Kalau ikutkan hati banyak lagi nak tulis, tapi setakat tiga pun dah cukup buat kita renung bersama.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular