Artikel yang saya tulis ini tidak bermaksud menyinggung mana-mana pihak. Ianya lebih menjurus kepada blogger daripada ahli-ahli PAS, termasuk saya sendiri. Dan ianya juga satu nasihat buat mereka dan termasuk saya sendiri.
Tetapi, kita sebagai satu jemaah Islam, betulkah cara kita menegur pemimpin PAS?. Kita sebagai satu jemaah dalam Islam digalakkan menegur pucuk pimpinan. Pas tidak seperti Umno yang mana para pemimpinnya adalah maksum. Sekiranya kamu menegur secara terbuka mahu pun secara tertutup, alamatnya kamu pasti akan dicantas.
Itulah kelebihan yang ada pada parti PAS yang mana setiap ahlinya boleh menegur secara terbuka mahu pun secara tertutup. Kerana kita telah ditarbiahkan oleh ulama-ulama kita, bagaimana caranya apabila berada didalam Gerakan Islam.
Tetapi apakah cara kita menegur pucuk pimpinan kena dengan cara yang dikehendaki oleh Islam itu sendiri. Siapalah kita jika hendak dibandingkan dengan mereka, yang mana solat kita pun belum cukup sempurna. Kita sebagai makhluk Allah s.w.t. tidak akan terlepas dari melakukan kesilapan, baik ulama mahu pun orang awam.
Kita bukannya dari kalangan para Rasul-Rasul yang maksum. Walau setinggi mana pun kita belajar, kesilapan tetap berada didalam diri kita. Maka di sinilah peranan kita yang dianugerah kan oleh s.w.t dengan kebolehan menulis, memainkankan peranannya untuk menegur.
Sebagai ahli PAS yang berjemaah, apakah betul cara kita menegurnya?. Dengan mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya sebagai ahli PAS yang telah lama di tarbiahkan. Adab dan cara menegur ada terkandung didalam Islam.
Kita didalam jemaah Islam telah diasuh bagaimana cara menegur para pemimpin kita, dengan secara beradab. Kita bukannya seperti Umno dalam berpolitik kerana ianya adalah satu amanah apabila kita menyertai jemaah Islam.
Tahukah saudara, kita akan disoal di Akhirat, tentang apakah yang telah kita lakukan di dunia selepas tiba hari pengadilan di Padang Mahsyar nanti. Kerana pada masa itu mulut kita akan ditutup dari menjawab segala apa yang telah kita lakukan di dunia, sewaktu masih hidup.
Sesungguhnya mati itu benar, hidup selepas mati itu benar,
Oleh itu, kita hendaklah berhati-hati dalam penulisan kita kerana kita akan disoal tentang apa yang kita semua tuliskan. Maka sebagai penulis blog, kita mempunyai amanah yang besar dalam sesuatu isu yang kita tuliskan itu.
Biarlah kita menulis dengan akal yang mana betapa pentingnya akal yang Allah s.w.t. berikan kepada kita. Kerana itulah akal diletakkan ditempat yang paling tinggi untuk makhluknya yang dinamakan manusia, iaitu otak manusia. Ianya diletakkan di kepala kerana kepala adalah tempat tertinggi di tubuh manusia.
Otak boleh dilihat dengan mata kita tetapi akal kita tidak dapat melihatnya. Lihat dan renungkan lah dengan penuh kesedaran akan apa yang telah Allah s.w.t ciptakan untuk alam ini. Akal dan otak duduk ditempat yang sama, tetapi satu boleh dilihat dan satu lagi ditutup dengan hijad daripada pandangan manusia.
Kenapa akal diletakkan ditempat yang tinggi?. Kenapa tidak diletakkan di tapak kaki atau pun di kepala lutut. Kerana sejak Allah s.w.t menciptakan akal, akal telah menunjukkan sikap rendah diri dan tawadduknya kepada Allah s.w.t. yang Maha Pencipta.
Sebagaimana, apabila Allah s.w.t mula mencipta akal lalu Allah s.w.t. bertanya kepada akal,” Siapa Kamu”. Lalu akal dengan sikap rendah diri menyebut, “Aku Adalah Hambamu”. Maka, sama-samalah kita mengambil iktibar daripada cerita tersebut.
Jadilah seorang penulis yang telah Allah s.w.t anugerahkan kepada kita dengan tangan yang bagus dan akal yang sempurna. Pastikan apa yang kita tulis itu berpandukan kepada kebenaran. Janganlah kita menulis dengan menggunakan nafsu sarakah kita. Sesungguhnya kita sekarang ini sedang di uji oleh Allah s.w.t dengan apa yang sedang kita tulis.
2 ulasan:
Salam Tuan Blog,entry yang sangat membina syukran atas nasihat,memang ada dikalangan bloggers yang suaranya agak lantang dan keterlaluan sepatutnya kita hendaklah berhemah dalam menegur lebih2 lg jika hendak menegur para pemimpin yang telah lama memperjuangkan Islam.
Syukran sheikh. Ana kagumte tang artikel yang anta tulis, mudah-mudahan memberi menufaat kepada para blogger PAS
Catat Ulasan