Bila bercakap tentang pengganas, semua negara barat akan menunding jari kepada umat Islam lebih-lebih lagi AS yang menjadikan umat Islam dan negara umat Islam yang tidak sebulu dengannya sebagai musuh nombor wahid. Yang amat memalukan lagi ialah pemimpin-pemimpin umat Islam turut mensasarkan saudara mereka sendiri. Ini dilakukan kerana ingin menjaga hati negara Uncle Sam, biar pun mereka sanggup mengadaikan maruah Islam.
Kita tidak dibenarkan langsung untuk menunjukkan rasa simpati kita terhadap saudara kita sendiri. Para penulis blog pun takut untuk menulis tentang mereka kerana takut 'hilang ditengah malam.' Mereka yang menunjuk rasa simpati, pasti akan dipantau dengan ugutan di ISA kan.
Apa yang dikatakan pengganas mengikut pemahaman kita sebagai rakyat marhean. Apakah bila AS menyenaraikan seseorang individu itu sebagai pengganas, maka kerajaan umat Islam turut terpaksa mengakuinya walau pun tuduhan tersebut belum dapat dibuktikan. Maka jadilah pemimpin negara umat Islam sebagai 'Boneka' AS dan Barat, sedangkan AS dan Barat sendiri menjadi 'Boneka' Yahudi.
Sememang umat Islam ditegah membunuh kanak-kanak, orang-orang tua, rumah-rumah ibadat hatta pokok-pokok pun Islam melarang dimusnahkan dalam peperangan. Tetapi adakah kuasa besar dunia itu mempunyai sikap tersebut?. Umat Islam dibunuh dan disembelih dengan kejam, rumah dan harta benda dimusnahkan, anak, isteri dan kaum wanita dirogol. Dimanakah para pemimpin umat Islam apabila saudara seagama mereka diperlakukan.
.
Bila ada sahaja nama-nama umat Islam disenaraikan sebagai pengganas oleh AS, cepat-cepat mereka bertindak. Amat malang bagi pemimpin-pemimpin umat Islam tersebut, termasuk juga dengan negara kita, Malaysia. Rakyatnya ditutup mulut dan diikat tangan, jika menunjukkan rasa simpati kepada saudara seagama mereka, mereka akan di cop sebagai penyokong pengganas.
Lihatlah bagaimana AS berbelanja besar dalam perang terhadap Iraq dan Afganistan, walau pun rakyat mereka sendiri bangun berdemotrasi........... bagaimana dengan kita?. Dengan senarai 42 individu Islam, AS menawarkan ganjaran sebanyak USD 239.5 juta (RM 814.3 juta). Daripada serendah USD 500,000 sehinggalah yang tertinggi sebanyak USD 25 juta, hidup atau mati ganjarannya tetap akan diterima kepada yang memberi maklumat.
Bila kita kembali kepada zaman penjajahan British, pejuang seperti Mat Kilau, Datuk Bahaman, Tok Janggut, Abd Rahman Limbung, Datuk Maharajalela, Tok Sago dan ramai lagi, telah dianggap sebagai pengganas. Mereka sanggup di cop sebagai pengganas dalam memperjuangkan syiar Islam dan penindasan penjajah.
Mereka sanggup mati syahid daripada mengikut dan menerima segala ketidak adilan, walau pun ramai saudara-saudara mereka sendiri menjadi talibarut penjajah. Apakah yang kerajaan sekarang lakukan untuk mengenang jasa perjuangan mereka yang terbunuh dan dibunuh?.......... jawapan yang boleh saya katakan ialah.......... tiada.
Biar pun tiada penghargaan daripada kerajaan, sejarah tetap akan mengenang mereka sebagai pejuang Islam yang sejati.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan