Translate

Khamis, 4 November 2010

Dun Galas : Antara Dua Darjat....... Zakat dan Rasuah.


Pengarah pilihan raya PAS, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman hari ini menafikan laporanUtusan Malaysia dan menjelaskan bahawa pemberian wang oleh menteri besar kepada sebilangan masyarakat Orang Asli yang diislamkannya sebenarnya adalah wang zakat dan bukannya rasuah seperti didakwa.


Katanya, beliau telah menyemak dengan setiausaha politik Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk mendapatkan penjelasan sebenar berhubung isu itu.

"Saya diberitahu ia adalah wang zakat. Tok Guru mengislamkan tiga Orang Asli ini dan bagi wang zakat.

"Takkan zakat ini rasuah?" katanya dalam sidang media di markas jentera PAS di Gua Musang hari ini.

Katanya lagi, Suruhanjata Pilihan Raya (SPR) perlu bersikap terbuka dalam isu tersebut.

"Jangan kalau Tok Guru ada beri duit sikit, dianggap rasuah, jangan rakyat tengok SPR ini memihak.

"Ini zakat bukan rasuah. Utusan itu suka kelirukan orang, ini memang sikap mereka.

"Tapi saya rasa ia beri kelebihan kepada PAS, kerana bila orang baca mereka akan marah dan anggap ia bohong," katanya.





NONE
Deretan Manusia beratur untuk mendapatkan RM100 di pejabat MCA Sandakan.
Beratur untuk mendapat RM20

Pemberian wang sebanyak RM20 seorang oleh para petugas wanita BN telah diyakini dengan sepenuh hati oleh pengerusi SPR sebagai upah untuk pekerja parti BN. 

Lebih kurang 300 orang berbaris panjang di bilik operasi BN di Bukit Cekati selepas mengundi. Mereka kelihatan mendaftarkan diri di kaunter sebelum masuk ke dalam sebuah bilik secara bergilir. Mereka kemudian kelihatan memegang sepucuk sampul coklat. Semakan mendapati jumlahnya bernilai RM250.

Sikap bermuka-muka SPR semakin terserlah dan amat memalukan. Kerana itulah SPR tidak membenarkan pemantau bebas pilihan raya pada PRK Galas dan Batu Sapi. Jika pengerusi SPR mempunyai maruah, beliau patut letak jawatan.

Disebabkan ingin menjaga air muka Najib One Malaysia, SPR lebih kedepan pada pilihan raya kecil kali ini. Di harap TS Aziz jangan jadi seperti bekas pengerusi SPR, TS Rashid yang hanya berani bercakap selepas bersara. Nak buat macam mana, nanti terlepas 'SORU' 

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular