Translate

Senarai Blog Saya

Isnin, 8 November 2010

Sejarah Wajib Lulus : Anda Nilai Sendirilah Hujah Ini!!!!!!!!!!!!

Siapa Lebih Islam?


Nampaknya di negara ini ada dua cara untuk memperjuangkan Islam. Dengan cara berhemah, umno mementingkan pembangunan umat Islam lebih dahulu, sama ada dari segi ekononi, pendidikan, IT dan sebagainya. Apabila umat Islam sudah maju, maka martabat Islam akan terangkat dengan sendirinya. Maklumlah, apabila umat Islam telah maju dalam semua lapangan, umat Islam tentu akan dihormati dan akan kelihatanlah Islam itu memang satu agama yang membawa kepada kemajuan dan sesuai untuk semua zaman. Ini bukan bermakna agenda pembentukan negara Islam dan pelaksanaan hukum Islam ditinggalkan sama sekali. Akan tetapi, dalam dunia moden sekarang, itu jelas bukan keutamaan. Lihatlah kebanyakan negara umat Islam di dunia sekarang. Adakah mereka berlumba-lumba hendak menegakkan negara Islam dan melaksanakan hukum Islam? Sebenarnya tidaklah bermakna kita menegakkan negara Islam dan melaksanakan hukum Islam, jika negara kita mundur. Implikasinya kepada agama Islam tentu lebih buruk. Tentu akan kelihatan bahawa Islam rupanya telah membawa kepada kemunduran. Saya rasa inilah yang cuba dielakkan oleh UMNO.

Akan tetapi cara PAS lain pula. PAS lebih mementingkan pelaksanaan "Islam kulit" sahaja, iaitu Perlembagaan mesti diubah supaya menjadi perlembagaan Islam dan serentak dengan itu dilaksanakan hukum Islam dan ditegakkan negara Islam. PAS seolah-olah membayangkan bahawa pewujudan Perlembagaan Islam dan pelaksanaan Islam itu adalah ubat yang boleh mengubat segala penyakit dan akan menyebabkan negara ini membangun dan maju dengan sendirinya. Pandangan dan pendapat yang demikian jelas sangat tidak tepat dan mengelirukan. Pewujudan Perlembagaan Islam dan pelaksanaan hukum Islam jelas tidak secara otomatis akan membawa kepada pembangunan dan kemajuan. Malah bukan tidak mungkin pewujudan Perlembagaan yang hanya di atas kertas dan pelaksanaan hukum Islam secara tergesa-gesa akan menimbulkan ketidakadilan dan kezaliman. Maklumlah tanpa perancangan yang teliti dan tanpa hakim dan mahkamah yang mencukupi, pelaksanaan hukum Islam itu tidak semestinya akan membawa kepada keadilan. Tapi itulah nampaknya matlamat perjuangan PAS dan perjuangan Islam ala PAS. Barangkali hanya pengikut PAS yang fanatik yang akan terus percaya dengan cara perjuangan itu.

Amat malang ketika masyarakat Islam dunia dan Malaysia khasnya berdepan dengan pelbagai masalah yang penuh mencabar, PAS masih lagi dibuai dengan alam kepompongnya. Perjuangan PAS hanya berkisar pada dasar, kononnya, Hudud hendak ditegakkan di Malaysia. Ini sajalah slogan PAS selepas lebih 50 tahun berjuang. Cuma baru-baru ini saja DNI PAS dikeluarkan dan kemudiannya dibiar 'kesepian' begitu saja.

Apakah benar PAS sememangnya ikhlas ingin menegakkan hudud di Malaysia? Hanya PAS yang boleh mengetahui niatnya sebenar. Akan tetapi jika kita amati akan 'perbuatan lahir' parti tersebut, ianya tak lebih dari helah untuk memancing undi bagi membolehkan PAS mendapat sedikit kuasa dunia bagi mereka yang "menggelar & mengaku" diri mereka ulama. Ini kerana dalam pilihanraya 10 kali diadakan, tidak pernah PAS meletakkan calonnya lebih dari 2/3 jumlah kerusi parlimen. Masakan dapat diperolehi jumlah kerusi 2/3 parlimen bagi menegakkan Hudud ala-PAS di Malaysia apabila kerusi yang ditandingi tidak sampai pun jumlah tersebut?? Atau slogan Hudud hanya terus menjadi 'pembohongan' bersiri PAS semata-mata? Janji Allah adalah benar. Allah akan 'telanjang'kan bukti sebenar samada PAS berbohong atau sebaliknya. Begitulah pendapat dan pandangan umno terhadap PAS.

Kita diturunkan di dunia sebagai khalifah oleh Allah SWT. Sebagai seorang Islam kita penuh yakin apa yang terkandung dalam Al-Quran adalah benar. Setiap individu muslim wajib mengerjakan atau melaksanakan apa yang disuruh dan mengelakkan apa yang dilarang oleh Allah SWT. Banyak kali dalam Al Quran Allah berfirman, buat yang baik dapat pahala dan buat jahat dapat dosa. Pahala dapat syurga buat dosa dapat neraka. Itulah secara amnya.

Dalam kontek Hudud secara jelas Allah SWT telah terangkan kesalahan dan sesuatu hukum itu. Dan adalah wajib bagi kita melaksanakannya sebab kita orang islam adalah majoriti dan memerintah pula. INI JAUH MENYIMPANG DARI tuduhan 'matlamat menghalalkan cara'. Ini adalah satu kewajipan. Kalau pihak umno tidak mampu melakukannya biar pihak lain yang sanggup membuatnya. Berilah sokongan bukan memutar belit dan menakut-nakutkan orang. Dan ada pihak umnoo sampai nak saman PAS pulak. Macam mana ini boleh berlaku??? Orang yang mengaku islam nak saman orang yang nak melaksankan hukum Allah SWT. Dan di samping itu bermacam komen negatif dan tohmahan pemimpin umno tentang hukum hudud yang cuba dilaksanakan oleh pihak PAS. Ada yang kata, kalau laksana kelak... negara jadi huru-hara, ramai orang islam kudung tangan, habis batu di jalanraya,dll. Pemimpin islam yang sejatikah mereka ini? Yang lebih menimbulkan hudud ni bukan pemimpin PAS!... tapi pemimpin umno sebab tak mahu laksanakan!!!

Umnolah yang sibuk sebut dan hina hudud selalu sebab tak mahu laksana hudud. Apabila nak melaksanakan islam biarlah ialah syumul bukan pilih-pilih, ini tak sesuai dan itu tidak boleh sebab majmuk. Dan bukan juga 'Hadhari'. Bertamadun kunun. Islam itu adalah syumul dan ianya sudah tertamadun dan jelas dari semua aspek kehidupan. Baik dari segi pemerintahan, berpakaian hinggalah dari isu rumah-tangga bahkan menyangkup dalam kesemua segi. Jadi, hadhari apa yang pihak umno nak canangkan?. Betulkah konsep hadhari kena dikuti? Adakah Rasullulllah saw memakai konsep hadhari ini dulu? ISlam apa yang membenarkan kezaliman pada rakyatnya? Penjara tanpa bicara (ISA), perintah Allah SWT diperlekehkan, dll. umno sudahlah tu... jangan nak meraih undi dengan menidakkan yang hak.

Sebenarnya Umno tak layak untuk bercakap tentang Islam lagi... Rakyat dah beri masa kepada mereka lebih dari setengah kurun. Apa yang mereka buat kepada Negara ini untuk menghayati islam sepenuhnya? Usah cakap umno bina masjid dan surau... kerajaan Siam purba pun bina masjid untuk rakyat islamnya. Usah cerita yang umno buat jalan dan tempat tinggal... babi di hutan pun buat jalan untuk mereka...

Seingat kita, umno jarang sebutpun soal perundangan Islam, apatah lagi Hudud!!!. Baru beberapa hari sahaja orang Umno pernah mendengar perkataan hudud ni! Mereka terpaksa sebut juga kerana PAS telah banyak menghuraikan kepada rakyat. Supaya mereka dilihat reti juga Islam, maka terpaksa juga sebut perkara-perkara islam yang mereka sendiri sebenarnya tidak suka dan tidak mahu... maka lahirlah konsep Islam Hadhari!!! Demikianlah adanya.

Hukum hakam dan perundangan adalah dasar yang akan menentukan halatuju sesebuah kerajaan atau mana-mana pertubuhan. Bilamana hukum dan dasar sesebuah kerajaan tidak diambil dari Al Quran dan As Sunnah, sebaliknya di 'swastakan' pembentukan perlembagaan negara kepada beberapa orang penasihat penjajah... kemudian disolek dengan konsep Islam Hadhari maka 'kehendak islam' tidak ada langsung dalam dasar negara ini. Penjajah tidak menyuruh umat Islam murtad tetapi mereka menyuruh umat Islam di Malaysia mengikut 'perlembagaan' yang mereka bina sebagai sumber Hukum!!! Hasilnya kita telah melihat sekarang. Umat islam sendiri merasakan kehendak islam terhadap diri mereka telah tidak sesuai dan ketinggalan zaman. Mereka hanya faham Islam setakat yang perlembagaan negara benarkan!!!

Pemikiran mereka juga terikut dengan acuan kafir yang mencipta perlembagaan Malaysia. Contoh terbaik adalah seperti komen-komen mereka seperti di atas. Demikianlah Umno. Yang dihina Islam sebagai konservatif, jumud dan ortodok...itu Islam dari Rasulullah saw!!!... dan Islam liberal, moden dan progresif (contohnya Islam UMNO) itu hanyalah Islam yang telah diubahsuai... mengikut HAWA NAFSU DAN CITA RASA PEMIMPIN UMNO.

Islam liberal atau Islam umno tidak mahu Islam sebagai Addin dari Allah dan Rasul tapi mahu Islam itu liberal... di mana arak, judi dan mendedahkan aurat dan menolak hudud sebagai contohnya... boleh.

Islam liberal umno pasti mendapat kecelakaan dari Allah swt!!! kerana merubah Islam ciptaan Allah.

1- UMNO tidak kekurangan penyokong daripada kalangan alim ulamak, mufti, pensyarah universiti dll, cuma mereka tidak tampil ke depan atau tidak muncul di muka umum. Terutamanya bila timbul soal-soal sensitif seperti hudud, ratu cantik, iklan separuh bogel Britney Spear di kaca TV... lagi la mereka senyap sepi, tunduk malu untuk bersuara seperti anak dara...

2- Ulama penyokong UMNO juga banyak di kampung-kampung, dan menjadi pemimpin agama yang benar bagi rakyat kampung. Sebab itu keyakinan rakyat kampung terhadap UMNO masih belum berubah, walaupun datang ulama PAS seperti Harun Din, Haji Hadi dan lain-lain yang cuba mengubah pemikiran mereka. Tambahan pula setiap kali ulama PAS cuba nak datang, mereka akan dikenakan berbagai syarat. Nak bagi ceramah dalam rumahpun kena dapatkan permit. Atau pun setiap kali ceramah nak dibuat polis/FRU akan buat sekatan jalan raya. Penyokong pembangkang di pulau dengan cara tidak memberi pelbagai kemudahan seperti baja, bantuan buku teks, rumah kos rendah dll...

Ulama umno... tutup mulut tak tegur, tutup mata bila nampak tutup telinga tak mahu dengar Ulama umno... see no evil... bila nampak pemimpin umno skandal... buat tak nampak Ulama umno... speak no evil... bila nampak maksiat pemimpin umno... dia tak tegur... tutup mulut dia rapat-rapat ulama umno... hear no evil... bila umat bising dan tegur perbuatan ulama umno itu kerana berat sebelah... mereka yakni ulama umno pekakkan telinga saja... no komen...jawab mereka

Maka jadilah pemimpin umno tuhan-tuhan atau berhala ulama umno. This is Islam liberal umno. Bila pemimpin umno maksiat... senyap macam tikus jatuh dalam beras, bila pemimpin PAS tegur pemimpin umno... ulama umno lagi bising, lebih sudu dari senduk!

Yang Jumud tu yang tolak Islam sebagai Addin...kerana kepala sekular. Jumud masih belum mahu terima Islam Addin yang sesuai untuk seluruh zaman hingga hari kiamat.

Konservatif dengan idea sekular yang memisahkan agama dengan akitiviti politik @ pentadbiran negara Ortodok dengan fahaman sekular yang menyamakan agama Islam dengan agama lain di mana agama tak boleh dicampur adukkan dengan akitiviti politik. Yang jumud, konservatif dan ortodok itu sebenarnya UMNO... tapi liberal dengan skandal rasuah dan seks pemimpin umno... dan moden dengan mesra maksiat!!!

Hadari umno biarkan rakyat diseksa dengan ISA dan disekat penyelewengan pemimpin kerajaan bawah umno dengan OSA. Itulah jumudnya dan bekunya dan konservatifnya dan ortodoknya undang-undang hadari umno.

Sebenarnya umno ketika berkuasa pemangkin masalah kenaikan harga barang... umno sendiri pemangkin masalah kenaikan harga barang kerana kerajaan umno yang menaikkan cukai dan tol serta harga minyak dan petrol dsbnya... maka kenaikan harga barang menjadi realiti maka tentunya umnolah penyebab kenaikan harga barang keperluan.

Kehadiran PAS sebagai pembangkang telah menyelesaikan masaalah dengan ceramah agama dan sebaran am... supaya penyokong PAS termasuk yang berniaga... tak kira sama ada muslim atau non muslim... jangan hanya fikirkan keuntungan semata... tapi fikirkan kebajikan masyarakat... tapi ceramah agama disekat kerana umno tak mahu rakyat menjadi cerdik dan peka... umno mahu rakyat sentiasa bodoh dan senang diperkotakkatikkan. Bila PAS memerintah di Terengganu dulu... cukai pintu ditiadakan... dan tol ditiadakan maka peniaga tidak dibebani dengan persoalan ini... maka harga barang keperluan menjadi rendah.

Kerajaan umno/bn pula hendak menghentikan jualan kaset, VCD politik dan macam-macam media yang sudahlah dikongkong malahan akan dihapuskan oleh mereka sama sekali apa-apa yang berbau pembangkang. Inilah Konsep Islam Hadhari. Apsal KERAJAAN BN/UMNO tak buat benda yang SAMA??? Sebab... segala PROGRAM dan INFORMASI KERAJAAN dan PARTI UMNO boleh didapati dengan MUDAH TERUS ke rumah ANDA!!! Itu sebab mereka BOLEH kata " Masjid untuk aktiviti IBADAT jangan campur-aduk dengan POLITIK "... itu cakap orang yang MEMPUNYAI KEMUDAHAN untuk MENYALURKAN apa jua AGENDA kepada SEMUA LAPISAN MASYARAKAT tak kira... walau di mana ANDA berada!!! TAK PERLU PERMIT/LESEN dan TIADA GANGGUAN dari PIHAK KESELAMATAN...!!!

CUBA mereka BERIKAN/BERKONGSI KEMUDAHAN yang MEREKA NIKMATI itu kepada PIHAK LAIN!!! Kalau BA memerintah Malaysia, cuba kita buat macam mana UMNO/BN buat pada kita sekarang. Cuba bayangkan... kita ada TV, surat khabar, polis, dll. Pasti puak-puak UMNO/BN pada masa tu terhegeh-hegeh jual keset dan VCD tepi masjid, tepi surau... jual surat khabar, kena rampas! Agak-agak baru mereka mengerti. Atau pun mereka sememangnya tak akan mengerti...

Saudara Ezam dibebaskan dari tuduhan membocorkan rahsia rasmi, berkenaan rasuah Rafidah, kalau demikian, sapa yang salah? Yang pasti ada 2 pihak yang bertentangan, saudara Ezam dengan kes rasuah Rafidah, kalah dah saudara Ezam tidak bersalah, tentu sekali pihak yang 1 lagi itu yang bersalah. Mana ada kedua-dua tak bersalah!!! itu lojik mana-mana undang-undang dalam dunia sekalipun! kalau nak ikut lojik la...


Osman Jailani
Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular