Translate

Senarai Blog Saya

Isnin, 8 November 2010

Sejarah Wajib Lulus : Jangan Lupa Sejarah Umno!!!!!!!!

  1. UMNO telah mengakibatkan orang Melayu kehilangan kuasa politik mereka secara beransur-ansur. Di dalam pilihanraya umum 1995, UMNO telah menyerahkan 19 kawasan Parlimen dan 35 kawasan Dewan Undangan Negeri yang majoriti pengundinya adalah Melayu kepada calon bukan Melayu untuk ditandingi. Tetapi di dalam kempen untuk memancing undi orang Melayu, UMNO telah menipu dengan mengatakan kemenangan parti alternatif di dalam pilihanraya akan mengakibatkan orang Melayu kehilangan kuasa
  2. Sebenarnya UMNO lah yang menghilangkan kuasa politik orang Melayu
  3. Kerajaan UMNO telah mengakibatkan Malaysia digolongkan sebagai negara zalim dan ganas seperti negara Israel apabila masih lagi mengekalkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di dalam undang-undang negara. Pengekalan Akta ISA hanyalah bertujuan untuk dijadikan senjata oleh UMNO untuk menahan ahli-ahli politik yang boleh mengancam kedudukan dan kuasa mereka sahaja.
  4. Melalui projek penswastaan, kerajaan UMNO telah mengakibatkan rakyat Malaysia terus ditindas dan dianiayai walaupun telah merdeka selama 42 tahun. Jika sebelum merdeka, rakyat Malaysia ditindas oleh penjajah Inggeris dan Jepun, tetapi kini rakyat Malaysia ditindas pula oleh syarikat-syarikat swasta yang hanya mementingkan keuntungan yang berganda tanpa menghiraukan tanggungjawab sosial mereka kepada masyarakat. Syarikat-syarikat swasta yang menindas rakyat Malaysia ini pula dimiliki oleh kroni Dr Mahathir, UMNO dan Barisan Nasional.
  5. Akibat daripada projek penswastaan yang tidak bertanggungjawab, rakyat Malaysia terpaksa membayar RM 28.54 juta sebulan kerana menggunakan 9 lebuhraya utama di negara ini.
  6. Untuk membolehkan kroni UMNO dan BN kaya raya, Lebuhraya Damansara - Puchong telah dibina. Akibatnya, 20 keluarga orang asli di Bukit Lanjan telah kehilangan rumah, tanaman dan kolam ikan mereka. Orang asli yang dizalimi tersebut hanya diberi pampasan di bawah RM 100,000. Malangnya, Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, Datin Paduka Zaleha Ismail yang sepatutnya membela nasib orang asli tersebut telah membuat fitnah dan pembohongan apabila mengatakan orang asli tersebut mendapat pampasan RM 400,000 setiap seorang.
  7. Hanya untuk mendapat pujian, "Malaysia penganjur sukan yang terbaik", kerajaan UMNO telah membazir wang rakyat sebanyak RM 9 juta melalui pembinaan replika keris di pintu masuk perkampungan Sukan Komanwel di Bukit Jalil.
  8. Apabila harga kelapa meningkat ke RM 2.30 sebiji, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato' Seri Megat Junit hanya mampu menyuruh rakyat Malaysia memboikot peniaga kelapa sahaja. Menteri berkenaan dengan jelas tidak menjalankan amanah, tugas dan tanggungjawab yang diberikan kepadanya. Isu yang kecil pun tidak mampu diselesaikan oleh menteri UMNO.
  9. Kerajaan UMNO sering mengatakan bahawa mereka memperjuangkan Islam dan membela martabat kaum wanita. Malangnya, menurut hasil kajian yang dibuat oleh Pertubuhan Buruh Antarabangsa, didapati terdapat 142,000 orang pelacur di negara kita. Adakah ini yang dikatakan negara Islam ?. Di manakah maruah kaum wanita ?. Apakah yang dilakukan oleh kerajaan UMNO yang memerintah negara kita semenjak merdeka lagi ?.
  10. Untuk mengkayakan kroni UMNO dan BN, sebanyak 38 hektar Tanah Simpanan Melayu akan hilang kerana pembinaan Lebuhraya Pencala Link di Kuala Lumpur. Adakah UMNO membela nasib orang Melayu, ataupun hanya menggadaikan hak dan maruah orang Melayu kerana wang ?.
  11. Ketika Hari Raya hampir menjelang tiba pada bulan Januari 1999, seramai 50 keluarga di Kampung Seri Murni Ampang Campuran, Selangor telah kehilangan tempat tinggal apabila rumah mereka dirobohkan oleh pemaju. Tindakan pemaju ini dibantu oleh pihak polis dan samseng upahan mereka. Sebelum perobohan dilakukan, pemaju telah menghantar 40 samseng untuk menakut-nakutkan penduduk. Pada masa yang sama juga, pembinaan mahligai Dr Mahathir bernilai RM 200,000,000 sedang rancak dibina. Inilah sikap UMNO dan BN. Bukan sahaja menindas rakyat yang memang tertindas. Malahan juga mengkayakan diri mereka yang memang telah cukup kaya.
  12. Pada 30 Ogos 1994, seorang gadis bawah umur yang berusia 15 tahun telah dikenakan "Tahanan Perlindungan" setelah dia dirogol dengan kejam oleh Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik. Inilah sikap UMNO dan Dr Mahathir. Rakyat yang dirogol dan dizalimi dimasukkan ke dalam tahanan, manakala perogol dan penjenayah kejam, Rahim Thamby Chik dibiarkan bebas dan berleluasa hanya kerana dia pemimpin dan ahli UMNO.
  13. Pada 28 April 1997, ahli politik, Lim Guan Eng telah dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM 15,000 semata-mata kerana membela gadis bawah umur yang telah dirogol oleh Ketua Menteri Melaka, Rahim Thamby Chik.
  14. Pada 1 April 1998, mahkamah UMNO dan BN telah bertindak kejam dan zalim apabila menjatuhkan hukuman penjara 3 tahun terhadap Lim Guan Eng yang bersusah payah membela gadis bawah umur yang dirogol oleh pemimpin UMNO, Rahim Thamby Chik. Beginilah sikap zalim dan ganas kerajaan UMNO. Perogol dan penjenayah kejam dibiarkan bebas, tetapi gadis yang dirogol serta orang yang membelanya dimasukkan ke dalam tahanan. Inilah sikap UMNO yang mengatakan mereka parti yang membela rakyat.
  15. Umat Islam di Malaysia terpaksa bergolok bergadai untuk membuat simpanan di Tabung Haji. Tetapi Dr Mahathir dengan sikap yang tidak amanah dan tidak bertanggungjawab telah menggunakan wang rakyat di dalam Tabung Haji sebanyak RM 250,000,000 untuk menyelamatkan syarikat kroninya, DRB HICOM daripada terus kerugian. Sikap Dr Mahathir sungguh memalukan. Wang rakyat dirampas untuk menolong segelintir kroninya yang sedang kerugian. Sikap yang sebegini sama seperti sikap lanun di zaman dahulu kala.
  16. Kerana mengamalkan sikap kronisme dan nepotisme, ipar Dr Mahathir, Datuk Ahmad Razali Bin Mohd Ali telah dilantik menjadi Pengerusi Tabung Haji. Tidak hairanlah mengapa Tabung Haji begitu bersungguh-sungguh memenuhi kehendak Dr Mahathir untuk merampas wang rakyat di dalam Tabung Haji untuk membantu syarikat kroninya yang sedang kerugian.
  17. Untuk menjadikan kroni Dr Mahathir dan UMNO terus kaya raya, konglomerat Renong Group telah diberi keuntungan secara percuma apabila dianugerahkan tanah seluas 27,000 ekar di Gelang Patah, Johor. Tanah itu dibeli oleh Renong dengan nilai RM 1 sekaki persegi sahaja. Pemberian ini adalah sebagai subsidi projek "Second Link" yang diusahakan oleh Renong. Apabila projek "Second Link" tersebut selesai dan diambil alih oleh kerajaan UMNO melalui Kementerian Kewangan, tanah seluas 27,000 ekar tersebut dijual semula kepada kerajaan UMNO dengan nilai RM 10 sekaki persegi. Ternyata terdapat unsur rasuah dan pecah amanah di dalam projek "Second Link" ini.
  18. Pada tahun 1984 / 85, Bank Bumiputera Malaysia Berhad (BBMB) telah mengalami kerugian kerana skandal BMF di Hong Kong. Wang Petronas telah digunakan untuk menyuntik sebanyak RM 4,000,000,000 ke dalam BBMB. Seorang rakyat Malaysia pula, Jalil Ibrahim telah mati dibunuh semasa berada di Hong Kong untuk menyiasat skandal tersebut. Sehingga sekarang, kes kematian Jalil Ibrahim masih lagi tidak dapat diselesaikan. Begitu juga dengan kes skandal BMF tersebut. Inilah kegagalan kerajaan UMNO yang memalukan terhadap kaum Bumiputera. Dosa UMNO terhadap orang Melayu dan Bumiputera ini terlalu besar untuk dimaafkan.
  19. Menurut laporan akhbar Sin Chew Jit Poh (18 Jan. 1999), dijangka terdapat 78 buah TOL di 20 Lebuhraya utama di Kuala Lumpur pada tahun 2,000. Pembinaan lebuihraya TOL ini hanyalah semata-mata untuk mengkayakan kroni UMNO dan BN sahaja. Kebajikan rakyat terus dizalimi dan dilupakan.®
Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular