Translate

Senarai Blog Saya

Rabu, 10 November 2010

Sejarah Wajib Lulus : Umno Dan Penderhakaan Kepada Raja-Raja Melayu!!!!!!!!

Go to fullsize image


Saya tertarik kepada satu komen dibawah ini,
Tanpa Nama Berkata...
betul2 ke saudara ni belajar sejarah.cube siasat ape faktor utame yang membawa penggubalan undang2 terhadap sultan.cek oi sultan ni kat akhirat nnt xde gelaran pun. xkanlah disebabkan die sultan maka setiap dose die dihalalkan. undang tu digubal apabila sultan bertindak sehingga menyebabkan kematian seseorang. jgn salahkan Mahathir seorang.. salahkan semua ahli parlimen yang setuju dengan penggubalan undang2 tu.. salahkan anwar sekali.. sepatutnye berterima kasih sbbkan undang2 tu negare telah berlaku adil kepada setiap rakyat. adakah adil jika sultan boleh membunuh atau merogol sape? aje lagi satu ambush tu bukan arahan najib tp arahan tengku faris..
Beliau tidak menggunakan 'Tanpa Nama' tetapi gunalah nama sebenar. Beliau sepatutnya tanya dirinya sendiri sebelum menilai yang saya ini tahu sejarah atau tidak. Daripada komen beliau yang tidak mempunyai nama itu, saya pasti yang beliau adalah ahli Umno tegar.


Janganlah bercakap soal akhirat jika didunia ini pun masih tunggang langang soal Islam. Walau sebanyak mana pangkat yang kita dapat dan pingat yang terlekat kat dada pun sampai  terlodeh dek kerana beratnya itu tidak membawa apa-apa makna pun jika amalan.... hampeh.


Apa sahaja perbuatan  yang yang raja-raja lakukan tidak akan terlepas walau sebesar zarah pun di sisi rakyat dan kerana itulah Mahatdir menambah pasal 66 (4A).


Tentang tindakan polis (UTK) yang dilakukan terhadap bekas Sultan memang saya akui diatas arahan Sultan Muhammad V untuk menjaga kesihatan Ayahandanya. Tetapi adakah baginda mengarahkan seperti yang digambarkan dengan UTK mengacukan senjata keatas  Ayahandanya. Saya yakin, tidakan tersebut pasti membawa kemurkaan buat Baginda,


Terima kasihlah kat Mahathir kerana melakukan pemindaan pasal 66(4A), kerana beliau telah berjaya menjadi 'Raja yang bermaharajalela'. Sekarang pangkat tersebut dipegang oleh DS Najib dan Rosmah 'Wanita Pertama' yang mana 'Wanita Pertama' akan menjadi pemangku PM sekiranya DS Najib sakit.


Kenapa Mahathir merampas kekebalan Raja-Raja Melayu? Mungkin beliau merasakan yang beliau masih ada persaingan dengan DYMM dan Raja-Raja Melayu. Memang apa yang beliau lakukan ada baik buruknya, yang nyata keburukan lebih besar daripada baiknya.  Kerana dalam isu ini, Umnolah yang paling besar mendapat labanya dan PM sendiri lebih tinggi kedudukkan dari parlimen.


Sikap Umno yang 'Bersultan Di Hati, Beraja Di Mata' atau 'Bersultan Di Mata, Beraja Di Hati', pilihlah mana satu makna yang anda mahu. Umno meminda kekebalan Raja-Raja kerana pada ketika itu Umno/Bn cukup kuat pengaruhnya dan memegang majoriti 2/3 ahli parlimen.


Raja-Raja Melayu dimalukan, dicabul, dirogol, diliwat dan bermacam-macam perkara dilakukan agar rakyat membenci Raja-Raja. Bagi saya dan rakyat jelata yang lain cukup sedih dengan tindakan Umno yang tengah mengila. Kenapa begitu? Umno merasakan mereka mendapat sokongan majoriti rakyat dibelakang mereka.
adar

Peristiwa 1. Fasal 38 (4) Perlembagaan Persekutuan untuk mengurangkan imuniti raja-raja Melayu pada tahun 1993, Allahyarham Tun Ghafar Baba telah mengemukakan usul khas di Parlimen pada 10 Disember 1993 memberitahu dewan bahawa seorang rakyat Malaysia bernama Douglas Gomez telah dicederakan di Istana Bukit Serene oleh Sultan Johor pada 30 November 1992.


Peristiwa 2. Beberapa menteri kabinet mendedahkan skandal pemilikan harta raja-raja. Antaranya membabitkan pemberian konsesi balak ribuan hektar kepada raja tertentu. Didedahkan juga bahawa tiap-tiap sultan telah ditawarkan 100,000 unit saham Telekom dan berbagai lagi. Filem-filem Melayu lama pula yang mengisahkan tentang kezaliman dan kebodohan raja-raja Melayu diulang tayang di kaca tv.
Peristiwa 3. Ahli Parlimen Arau waktu itu, Datuk Seri Shahidan Kassim menjadi juara bila mendedahkan keburukan keluarga Sultan Johor yang bertanggungjawab melakukan 23 kes penganiayaan ke atas rakyat jelata yang tidak berdaya termasuk memukul, mencedera dan merogol semenjak dari tahun 1972. Semua Sultan didedahkan keburukkan mereka.
Peristiwa 4.  Apabila pada 29 April 1993 Tan Sri Annuar Musa dan Datuk Ibrahim Ali menabal Tengku Ibrahim Indra Petra di Ketereh dalam majlis anjuran Yayasan Kemiskinan Kelantan yang dipengerusikan Annuar bagi mengantikan Sultan Ismail Petra oleh kerana menurut mereka Sultan itu bukan waris yang sah.
Peristiwa 5. Program Semarak di Lubok Jong, Pasir Mas mencetuskan perarakan yang dipimpin Tan Sri Mohamed Yaacob ke istana menyerah memorandum mendesak Sultan Kelantan turun takhta. Buatlah penilaian secara rasional siapa penderhaka kepada Kesultanan Melayu dan orang yang terlibat dalam peristiwa di atas mendokong parti politik mana. Harus diingat janganlah Kesultanan Melayu diheret dalam kancah politik yang berat sebelah. Kesultanan Melayu harus  diletakkan di tengah tengah sebagai pendamai bukan pemuas nafsu sebelah pihak. Kembalikan Kedaulatan Kesultanan Melayu.


Apabila Umno/Bn merasakan bahawa hayat dan sokongan mereka semakin lemah..... siapa yang mereka gunakan.......... Raja-Raja Melayu. Itulah sikap hipokrit yang ada pada diri pemimpin-pemimpin Umno Yang 'Tanpa Nama' sanjungkan sangat tu. Banyak lagi akan saya utarakan dalam aktikel SEJARAH WAJIB LULUS. Jadi siapa sebenarnya yang buta sejarah?. 


Memang betullah Melayu (Umnolah) mudah lupa seperti kata-kata Mahathir yang sudah termasuk dalam 'sejarah wajib lulus' kerana beliau yang paling banyak lupenya.
Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular