"Pada hari ini, 29 April 2011, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi
Maha Penyayang, saya Shazryl Eskay Abdullah berikrar dan bersumpah
seperti berikut:
“A'uzubillahi minal syaitanirrajim,
aku bersumpah bahawa aku dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam
paparan video yang dirakamkan pada 21 Februari 2011. Datuk Seri Anwar
Ibrahim adalah pelaku dalam video tersebut. Sekiranya aku melakukan
fitnah, maka Allah akan melaknat akanku."
Demikian
lafaz sumpah Eskay. Allah jadi saksi. Wartawan pun jadi saksi. Editor
akhbar dan televisyen pun menyaksikan. Maka, termasuk juga semua pembaca
akhbar, blog dan penonton televisyen menyaksikan bahawasanya Eskay
bersumpah bahawa pelaku adegan video lucah memaparkan orang berzina itu
adalah Anwar Ibrahim.
Lafaznya jelas dan maksud yang
terkandung dalam lafaz itu pun terang. Eskay mengisytiharkan Anwar
Ibrahim adalah pelaku/penzina dalam video berkenaan.
Bagaimanapun Rabu lalu (4 Mei 2011) Eskay memberitahu sidang media di luar pejabat polis Kepong:
“Saya
tidak pernah menuduh Anwar berzina. Bila saya tuduh dia berzina? Soal
dia zina atau tidak berzina tidak ada kena mengena dengan saya,” kata
Eskay.
Sebaliknya
dalam penafiannya itu, Eskay meletakkan beban fitnah kononnya Anwar
adalah pelaku dalam video itu (yang membawa makna Anwar berzina), di
bahu wartawan.
Eskay berkata, beliau menjemput
wartawan terpilih untuk menonton video itu di Hotel Carcosa Seri Negara
pada 21 Mac lalu kerana mahu mereka membuat penilaian sama ada pelaku
dalam rakaman itu adalah Anwar atau bukan.
“Saya
menghubungi wartawan untuk tanya sama ada orang dalam rakaman itu adalah
Anwar. Itu sahaja. Anda yang paling rapat dengan dia, selalu
mewawancara dia,” kata Eskay kepada para pemberita.
Yang jelas kenyataan media itu bercanggah dengan sumpah laknat yang dilafazkannya di masjid Amru Al-As, Sentul.
Yang
menjadi persoalan, mengapa Eskay kali ini berusaha menafikan pernah
membuat tuduhan Anwar berzina? Adakah beliau bermaksud mengatakan bahawa
beliau tidak faham kandungan lafaz sumpahnya kerana penguasaan bahasa
Melayunya lemah?
Atau, beliau memang tidak faham lafaz sumpah itu kerana sebenarnya teks sumpah berkenaan bukan beliau tulis sendiri?
Atau,
mungkinkah Eskay ada maksud lain yang hendak beliau sampaikan melalui
majlis sumpah itu? Mungkinkah Eskay terpengaruh dengan taktik yang
pernah digunakan oleh Raja Petra Kamaruddin yang menafikan beliau pernah
menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin
Seri Rosmah Mansor terbabit dalam kes pembunuhan model Mongolia,
Altantuya Shariibu?
Namun
seperkara perlu diingat kes Raja Petra dengan kes Eskay ini amat jauh
bezanya. Raja Petra membuat perakuan bersumpah bahawa perdana menteri
dan isterinya terbabit dalam kes pembunuhan ngeri itu berpaksikan
maklumat yang diberikan oleh suatu sumber yang pada anggapannya sahih di
sisi undang-undang negara. Justeru itu beliau mahu dakwaan sumber itu
disiasat.
Sebaliknya dalam lafaz sumpahnya Eskay
mendakwa beliau berada di tempat perzinaan itu berlaku. Meskipun memberi
alasan menayangkan video zina itu kepada wartawan terpilih kerana mahu
mereka (wartawan) membuat pengecaman siapa pezina itu atas kepercayaan
mereka (wartawan) lebih mengenali Anwar kerana sering mewawancara
beliau, Eskay dengan jelas menyebut pelaku itu adalah Anwar. Lafaz itu
dibuat di rumah Allah dengan menyebut nama Allah.
Paling
nyata ialah, Raja Petra membuat perakuan bersumpah mengikut
undang-undang buatan manusia. Namun Eskay melafazkan tuduhan menurut
peraturan agama Islam.
Meskipun sebelum itu beliau
diberi nasihat di masjid yang sama bahawa sumpah laknat ini tidak sesuai
dilafazkan dalam usahanya untuk membuktikan “kerendahan moral” Anwar,
Eskay dengan yakin dan diapit oleh regu Datuk T – Tan Sri Rahim Thamby
Chik dan Datuk Shuib Lazim - melakukannya juga.
Mungkinkah
setelah lafaz sumpah laknat itu baru Eskay sedar sebilangan besar ulama
di negara ini berfatwa penuduh orang lain berzina tetapi gagal
mengemukakan empat saksi perbuatan dosa besar itu mesti dirotan 80 kali
seperti yang diwajibkan Allah dalam al-Quran.
Mungkinkah
Eskay dan regu Datuk T kemudiannya baru juga insaf tindakan bersumpah
itu sebenarnya adalah satu strategi yang salah. Tindakan beliau
sebenarnya meletakkan seluruh wibawa keIslaman kerajaan Umno-BN menjadi
bahan senda gurau kerana gagal melaksanakan hukum Allah?
Regu
Datuk T tidak ada empat saksi yang melihat perlakuan zina itu. Mufti
dan ulama berhukum bahawa bahan mati seperti video tidak boleh
menggantikan ketetapan Allah.
Pembuktian tuduhan zina
mesti ada empat saksi yang tidak tercemar peribadi mereka. Lantas
kesudahan kerja dan tuduhan Eskay dan rakan-rakannya ialah, mereka wajib
dirotan 80 kali.
Adakah
Eskay, Rahim, dan Shuib takut kena rotan? Atau, mereka lebih takut
“dirotan” oleh parti junjungan mereka, Umno, yang diaibkan oleh
perbuatan mereka itu?
Maka, mungkinkah kerana itu Eskay perlu menarik balik sumpahnya dengan mengatakan tidak pernah menuduh Anwar berzina?
Siapa
pelaku seks dalam video itu belum dapat dipastikan. Namun apa yang
sudah pasti ialah, siapa yang merakam, menayangkan dan bersumpah dengan
nama Allah akan butir video itu sudah diketahui umum.
Umum
juga sudah tahu apakah hukuman yang perlu dikenakan terhadap pihak yang
sewenang-wenangnya menuduh orang lain berzina. Regu Datuk T memilih
untuk menuntut keadilan dan membuktikan kebenaran tuduhan mereka di
dalam mahkamah Allah. Hukum Allah jelas dan tegas.
Apa
yang dinantikan khalayak umum di negara ini hari ini (tidak kira
penganut Islam atau bukan) adalah, apakah kerajaan yang diterajui oleh
Umno hari ini tegas melaksanakan hukum Allah?
Atau,
adakah sama seperti Eskay dan Regu Datuk T nya, Umno juga akan cuba lari
dari tanggungjawab dan peluang menegakkan syariat Allah di bumi
Malaysia ini?
Bagi pemerhati politik, apakah
kegagalan Umno melaksanakan perintah Allah ini tidak akan menjejaskan
lamarannya kepada PAS untuk sama-sama memperjuangkan kepentingan Islam
dan umat Islam di negara ini. MK
APABILA SANG MUSAFIR BERKELANA DARI DUNGUN LALU BERHIJRAH KE SATU TEMPAT YANG BERNAMA PERAK LALU MENETAP DI TAMBUN, IPOH........
Translate
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Kita tanya sama Rais anak Yatim pasal beliau Menteri Penerangan dan kerja beliau tukang terang. Jangan dok terang pasal 72 % rakyat ...
-
Bohsia 3 beradik..... itulah gelaran yang diberikan oleh penduduk Kampung Melayu Rizab, Tambun kepada satu keluarga kerana aktiviti yang am...
-
Jabatan Peguam Negara telah memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen Pulau Pinang pada 28 Ogos lalu yang membebaskan seorang jur...
-
BERCANGGAH TENTANG HUKUM FARAID Hukum Allah bukan satu pilihan untuk dipatuhi tetapi satu kewajipan http://kehidupanalguran.blogspo...
-
Heboh di media sosial tentang posting yang dimuat naik oleh Ketua Pemuda Umno pertemuan Presiden PAS dengan Presiden Umno. Pertemuan tersebu...
-
Kebelakangan ini banyak kisah berkaitan dengan balu Yang Dipertuan Agong, iaitu Yang Amat Mulia Permaisuri Siti Aishah . Mungki...
-
Seorang pengkaji media yang juga Pensyarah di Jabatan Pengajian Media Universiti Malaya, Profesor Dr Abu Hassan Hasbullah hari ini membe...
-
(Penduduk Permaisuri menangis akibat banjir yang jarang mereka alami sebelum ini) Projek udang di Kerpan, Kedah telah menyebabkan rakyatnya...
-
Anda meminati kereta-kereta mewah?. Tak dapat miliki........ dapat naik dah kira nasib baik. Tak dapat naik........ dapat sentuh pun ok...
-
Setelah melihat media elektronik dan media cetak pencacai semakin agresif menyebarkan fitnah terhadap Pakatan, maka dengan satu persetujua...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan