
“Osama tidak membina satu organisasi yang akan terkubur selepas kematiannya,'' kata kumpulan itu.
Bagaiamanpun presiden Barack Obama menolak ancaman itu dan berikrar bahawa Amerika akan menghancurkan Al-Qaeda.
"Kita
telah berjaya membunuh ketua mereka dan pasti akan mengalahkan semua
mereka tidak lama lagi,” kata Obama selepas mesyuarat tertutup satu
kumpulan tentera yang baru pulang daripada berkhidmat di Afghanistan.

Pada
pertemuan itu, Obama memuji tenteranya atas kejayaan menghapuskan Osama
sambil berkata Amerika berjaya 'memenggal kepala Al-Qaeda' sekali gus
melumpuhkan rangkaian penganas itu.
Obama menyimpulkan kejayaan itu sebagai 'minggu bersejarah' yang penuh dengan mesyuarat dan merencanakan serangan sulit ke Pakistan bagi menghapuskan ketua Al-Qaeda itu selepas memburunya lebih 10 tahun.
“Saya mengambil peluang ini bagi pihak rakyat Amerika dan mereka di seluruh dunia yang bangga dengan kejayaan ini. Kita menamatkan misi ini dengan kejayaan," katanya kepada
“Kita sudah menghapuskan ketuanya dan kita sedang menewaskan mereka," katanya.
Sementara
itu, mengesahkan kematian Osama buat kali pertama, Al-Qaeda juga
membidas Pakistan dan menggesa rakyatnya supaya “membersihkan negara
mereka yang telah dicemari Amerika.”
Puak Taliban Afghanistan juga membidas pembunuhan berkenaan. Perhimpunan kecil juga diadakan selepas solat Jumaat di beberapa tempat yang dipercayai akan memperkuatkan lagi azam mereka untuk menentang “penjajah asing.”
"Kami seru saudara Islam di Pakistan, di mana Sheikh Osama dibunuh supaya bangkit dan memberontak bagi membersihkan nama beliau,” kata Al-Qaeda dalam satu kenyataan.
- AFP
Obama menyimpulkan kejayaan itu sebagai 'minggu bersejarah' yang penuh dengan mesyuarat dan merencanakan serangan sulit ke Pakistan bagi menghapuskan ketua Al-Qaeda itu selepas memburunya lebih 10 tahun.
“Saya mengambil peluang ini bagi pihak rakyat Amerika dan mereka di seluruh dunia yang bangga dengan kejayaan ini. Kita menamatkan misi ini dengan kejayaan," katanya kepada
“Kita sudah menghapuskan ketuanya dan kita sedang menewaskan mereka," katanya.

Puak Taliban Afghanistan juga membidas pembunuhan berkenaan. Perhimpunan kecil juga diadakan selepas solat Jumaat di beberapa tempat yang dipercayai akan memperkuatkan lagi azam mereka untuk menentang “penjajah asing.”
"Kami seru saudara Islam di Pakistan, di mana Sheikh Osama dibunuh supaya bangkit dan memberontak bagi membersihkan nama beliau,” kata Al-Qaeda dalam satu kenyataan.
- AFP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan