Translate

Khamis, 4 Jun 2009

Ah Long oh Ah Long

Satu nama yang senonim bagi segelinter rakyat Malaysia yang menghadapi masaalah kewangan apabila permohonan pinjaman dengan institusi-institusi kewangan terlalu banyaknya birokrasi terpaksa mereka hadapi.Jadi jalan keluar terbaik buat mereka ialah dengan membuat pinjaman dengan pihak Ah Long yang kelulusannya hanyalah memakan masa 24 jam sahaja.Tidak seperti institusi kewangan yang memakan masa berbulan-bulam lamanya.Itupun hanya melibatkan semakan kertas kerja,belum lagi dikira kelulusan lagi. Apabila terbongkarnya tentang lokap yang Ah Long binakan,barulah pihak polis bertindak.Sebelum ini banyak kes-kes yang melibatkan kekejaman Ah Long tetapi pihak polis seperti melepaskan batuk ditepi tangga.Dimanakah silapnya penguatkuasa dalam menanggani isu tersebut.Sedangkan pihak polis tahu akan segala aktiviti Ah Long,mengapa tindakan tidak diambil.Adakah ada sesuatu yang tidak kena dengan segala aktiviti Ah Long yang seperti kebal dari segi undang-undang.Sebagai rakyat yang perihatin tentang isu Ah Long ini,maka pasti akan terlintas didalam fikiran saya,ada sesuatu yang tak kena terhadap pihak polis yang selama ini sudah hilang kredibiti sebagai penguatkuasa yang rakyat marhen harapkan sebagai pelindung keselamatan mereka.Banyak cerita-cerita yang kurang enak tentang pihak polis yang banyak memberi pelindungan kepada Ah Long.Sebagai rakyat Malaysia,saya menjadi cukup sangsi dengan kredibiti pihak polis yang selalu diperkuda-kudakan oleh pemerintah.Seperti mana yang berlaku kepada pegawai kanan polis yang mengumpul harta yang melampau dan juga menyalahgunakan kuasa disebalik baju kuasa mereka.Kalaulah pegawai kanan boleh terlibat,bagaimana pula dengan pegawai-pegawai pangkat rendah yang gajinya tidak seberapa.Ini tidak bermakna semua anggota polis terlibat,itu adalah segelintir sahaja yang terlibat.Sepatutnya pihak polis tubuh satu jabatan agama seperti yang dilakukan oleh ATM dengan menubuhkan Kagat. Setiap kali satu-satu isu yang sensasi diketahui oleh rakyat,barulah pihak polis mengeluarkan kenyataan untuk mempertahankan tindakkan mereka.Kenapa tidak mencegah sebelum berlakunya jenayah-jenayah tersebut.Kebanyakkan kenyataan yang dikeluarkan banyak menyalahkan rakyat kerana jenayah tersebut.Sedangkan pihak polis dan kerajaan tahu akan aktiviti tersebut.Adakah kerana mereka sendiri terlibat dengan perkara yang tidak bermoral tersebut.Kerana aktiviti pinjaman ini memang amat menguntungkan kalau dah satu hari boleh mengutip RM40,00.00.Bagi saya untuk memasuki organisasi Ah Long ini bukan susah apatah lagi pihak polis banyak aksesnya.Sedangkan saya pernah cuba membuat pinjaman dengan pihak Ah Long ini melalui iklan-iklan yang mereka paparkan dimerata tempat.Hanya satu panggilan sahaja maka satu pertemuan telah diaturkan dan pinjaman yang saya lakukan sebanyak RM1,000.00 dapat pada hari yang sama setelah gambar saya diambil.Pinjaman RM1,000.00 yang saya lakukan yang dapat hanyalah RM800.00 sahaja setelah ditolak entah apa-apa.Setiap minggu mesti bayar sebanyak RM250.00 selama satu bulan.Lihatlah bertapa senangnya untuk mendekati pihak Ah Long.Bukankah Malaysia telah melaung-laungkan yang PDRM adalah antara polis yang paling cekap didunia. Bagi pihak kerajaan apabila berlakunya kes-kes tersebut,mereka mulalah menyalahkan rakyat yang dah tahu akibatnya apabila meminjam daripada Ah Long.Tetapi rakyat tetap mencari Ah Long untuk meminjam walaupun tahu apa akibat yang terpaksa mereka hadapi.Bagi pihak kerajaan...Cermin diri sendiri sebelum kamu menyalahkan rakyat.Itulah harga yang terpaksa rakyat bayar diatas birokrasi yang yang pihak kerajaan lakukan kepada rakyat.Betapa susahnya rakyat untuk meminjam daripada institusi-institusi kewangan yang terlalu banyak syarat-syaratnya.Apabila kroni mereka meminjam,jangan kata RM9,000.00 mereka bagi tetapi RM9 juta.Walaupun beliau tidak berpengalaman langsung dalam bidang perniagaan dan juga umur pun tak sampai 30 tahun.Inilah sistem yang kerajaan kita jalankan dalam memperkayakan kroni-kroni mereka.Lebih-lebih lagi apabila ada pula gelaran Datuk ataupun Tan Sri.Inilah sikap pilih kasih yang kerajaan amalkan.Mulalah mereka jajakan kenapa tidak membuat pinjaman daripada agensi-agensi kerajaan yang mereka tubuhkan seperti Tekun,IKS dan macam-macam lagi dana yang kerajaan tubuhkan. Usahlah kerajaan memomokkan rakyat dengan hujah-hujah tersebut kerana rakyat tahu bukan senang untuk memdapat pinjaman daripada dana-dana tersebut.Apa yang kerajaan laung-laungkan hanyalah indah khabar dari rupa.Adakala syaratnya lebih ketat daripada membuat pinjaman daripada bank.Macam-macam syarat dan salah satunya ialah mestilah mendaftar menjadi ahli Umno.Macamlah duit itu mak bapak mereka yang punya.Inilah caranya kerajaan menolong kaum bumiputra. Kalaulah kerajaan betul-betul ingin menolong kaum bumiputra,usahlah menyusahkan rakyat dengan kertas kerja yang mengarut itu.Permudahkan dan percepatkan kelulusan pinjaman tersebut jikalau kerajaan betul-betul ingin menolong rakyat Malaysia,jangan menyusahkan.Barulah kerajaan dapat menumpaskan aktiviti-aktiviti Ah Long,lainlah kalau orang politik sendiri yang terlibat.Apa yang berlaku sekarang ini adalah rakyat terpaksa meminta tetapi kroni-kroni pula bukan meminta tetapi diberi dengan sewenang-wenangnya walaupun mereka tidak ada kepakaran langsung dalam bidang perniagaan.Apa yang saya nyatakan ni adalah kerana saya sendiri banyak kali mengalaminya.Mungkin slogan yang dijaja oleh DS Najib 1Malaysia,Rakyat Didahulukan masih baru untuk diberi ulasan,tetapi saya pasti itu adalah sama dengan slogan-slogan yang lepas.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular