Sungguh memualkan apabila DS Najib memuji PAS adalah ikhlas dalam mewujudkan kerajaan perpaduan. Beliau berkata "Umno sentiasa bersikap terbuka dan bersedia untuk mendengar dan menimbangkan apa-apa cadangan yang dikemukakan oleh PAS".
Apakah beliau ini sudah buta kepada sejarah tentang parti PAS ataupun beliau saja-saja buat tak tahu. Pas sentiasa berbaik sangka terhadap sesiapa pun tetapi Pas sentiasa di khianati oleh orang ditolonginya.
Sebagaimana Dr. Mahathir diberi peluang berucap di pentas PAS pada tahun 60 an apabila beliau dipecat oleh Umno di zaman Tunku Abdul Rahman kerana mengkritik hebat Tunku, nasib baiklah perangai Tunku tidak seperti perangai Dr. Mahathir. Kalau Tunku menjadi Dr. Mahathir dan Mahathir menjadi Tunku dah pasti Tunku di ISA kan.
Butakah DS Najib bagaimana semangat setia kawan PAS dalam Angkatan Perpaduan Ummah bersama dengan Semangat 46. Yang akhirnya PAS ditikam dari belakang oleh Semangat 46. Butakah DS Najib bagaimana PAS memberi sokongan yang padu kepada DSAI apabila beliau dianiayai oleh Umno.
Dan bagaimana PAS memberi laluan kepada Datuk Ibrahim Ali di parlimen Pasir Mas, yang akhirnya beliau dengan angkuhnya menyatakan kemenangan beliau adalah kerana kekuatan dia sendiri apabila beliau mengumumkan akan mendapat respons daripada akar umbi, patutkah beliau menyertai Umno ataupun tidak. Lihatlah bagaimana berlagaknya beliau.
Apabila beliau menyatakan yang "Umno bersikap terbuka", apa sebenarnya yang beliau maksudkan. Memang Umno sebuah parti yang ikhlas dalam mengaibkan seseorang yang tidak disukai. Sebagaimana PAS diperlakukan pada tahun 1973-1977, setelah Umno mendapat kembali kekuatan selepas peristiwa 13 Mei 1969. Apakah beliau baru sedar yang parti PAS adalah sebuah parti yang ikhlas.
Beliau berkata lagi "kita kena risik-risik dulu, macam kita nak kahwin lah, kena risik dulu. Jadi tak jadi kita, kita tengoklah. Takdir menentukan, apa bentuk kita tak tahu lagi lah. Kita tengok bentuk kerjasama yang sesuai. Tak ada masalah".
Umno dalam keadaan nyawa-nyawa ikan pun, ada hati lagi nak risik-risik. Memang sudah menjadi dasar Umno, apabila Umno tidak mendapat sokong daripada orang melayu, parti pertama yang dicari adalah PAS. DS Najib sepatutnya mengambil iktibar di atas apa yang telah Umno lakukan kepada PAS, sehingga PAS terpaksa memulihkan kembali keyakinan rakyat terhadap PAS yang memakan masa berpuluh-puluh tahun untuk memulihkannya.
Pas bukannya parti yang boleh dijual beli ataupun diperkuda-kudakan oleh Umno. PAS sudah masak dengan sepak terajang politik Umno. Pas tidak akan sesekali terjerat dengan permainan Umno. Kerana PAS ditubuhkan bersandarkan kepada Al-Quran dan Sunnah. Sebelum memijak tangga PAS, Umno mestilah mencuci bersih-bersih kaki dahulu.
APABILA SANG MUSAFIR BERKELANA DARI DUNGUN LALU BERHIJRAH KE SATU TEMPAT YANG BERNAMA PERAK LALU MENETAP DI TAMBUN, IPOH........
Translate
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Asal Abdul Rahman bin Tuanku Imam Nuh, lebih dikenali sebagai Dato’ Bahaman ialah orang besar yang menentang penjajahan Inggeris di...
-
Memang aku cukup geram dengan blog Alhusseyn, bukan selalu tetapi kadang-kadang kalau tulisan dia tidak kena dengan selera aku. Memang kami ...
-
8.41am Di kubu kuat PAS di Sg Terah, kelihatan kira-kira 400 penyokong parti itu berbanding hanya 50 berbanding BN. Kelihatan Pengerusi ...
-
Untuk renungan kita bersama tentang perintah Allah SWT kepada Iblis Laknatullah untuk menjawab segala pertanyaan Rasulullah SAW. ...
-
Pendedahan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim terhadap konspirasi Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil alih Ker...
-
Makam Rasulullah s.a.w. Makam Sayyidah Khadijah (yang besar) dan putranya, Qasim (yang kecil) di sudut Makam Aisyah r.a. (i...
-
Bekas PM Ah jib dan kuncu kuncu nya akan merasmikan Terminal Bersepadu Selatan, Bandar Tasik selatan TBS BTS. [Bandar Tasik Selatan]...
-
Pada 7 Jan 2001 Hartanah Taikon Tan Sri Abu diarah merobohkan pagar tembok. Masuk dalam media Utusan.Namun.. cuba lihat.. sampai hari ini...
-
ISMAIL SABRI ADALAH MENTERI PALING BODOH DALAM SEJARAH MALAYSIA!? Pergghhh marah betul si Keris Putra dengan Ismail Sabri, dikat...
-
Omar terperanjat mendengar tentang sistem keselamatan mereka yang sempurna dan tertanya-tanya bagaimana semut-semut asing cuba memasuki s...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan