Manek Urai yang berada didalam parlimen Kuala Krai mempunyai 9 peti undi iaitu Temalir, Sungai Perial, Manek Urai Lama, Manek Urai Baru, Sungai Sok, Chuchoh Puteri, Lata Rek, Manjor dan Laloh.
Pengundi berdaftar : 12,292 ( PRU 12 ) Melayu : 99.30 % Cina : 0.40 % India : 0.20 % Lain2 : 0.10 %. Pada PRU 12 calon Pas yang diwakili Allahyarham Ismail Yaacob ( 5,746 ) menewaskan calon Umno Mohd Zulkipli Omar ( 4,394 ) dengan majoriti sebanyak 1,352 undi. Allahyarham Ismail Yaacob telah memenangi kerusi tersebut selama 5 penggal dan hanya pada PRU 11, beliau tidak bertanding. Pas kalah kepada Umno pada PRU 11 dengan majoriti hanya 53 undi sahaja.
Antara isu yang akan dibawa oleh Umno bahawa Pas telah tiada calon yang dapat menandingi Allahyarham Ismail Yaacob berpandukan kepada kemenangan Umno pada PRU 11 yang mana calon Umno Mohd Zulkipli Omar telah menewaskan calon Pas yang diwakili oleh Mohd Zamzuri Mat Zain itu pun dengan majoriti yang tipis sebanyak 53 undi. Jikalau itulah penilai Umno Kelantan, maka mereka telah silap membuat perkiraan mengenai calon. Apakah Tok Pa tidak mengambil kira kepada apa yang berlaku di Malaysia keseluruhannya. Kemenangan besar BN pada PRU 11 antara sebabnya adalah kerana pada masa itu rakyat Malaysia menaruh harapan yang terlalu tinggi kepada kepimpinan Pak Lah yang dikenali sebagai seorang pemimpin yang dikenali sebagai "Mr. Clean". Setelah mengambil alih pemerintahan daripada Dr. M yang telah memerintah secara kuku besi yang mana pada PRU 10 ramai menteri-menteri dan seorang menteri besar telah kalah. Terengganu jatuh ke tangan Pas setelah Pas hampir menyapu bersih dun di Terengganu.
Maka BN telah menaruh harapan yang tinggi kepada Tok Pa kerana kecemerlangan beliau semasa memegang jawatan sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan yang mana pada PRU 11, BN hampir-hampir merampas Kelantan dengan hanya kekurangan 1 dun sahaja. Kalau ini yang dinilaikan oleh Umno kerana pengaruh Tok Pa lah Kelantan hampir di rampas, maka Umno telah silap membuat perkiraan juga. Umno sekarang ini mencanangkan yang Pas tidak ada calon yang dapat menandingi Allahyarham Ismail Yaacob. Sedangkan Pas tidak pernah ketandusan pemimpin. Ahli-ahli Pas bukan seperti ahli Umno yang hanya taksub kepada seseorang pemimpin sahaja. Ketaksuban ahli Pas hanyalah kepada parti semata-mata kerana pemimpin boleh pergi dan datang, sedangkan Pas tetap berdiri kukuh. Lihatlah sejarah Pas yang mana apabila berlakunya krisis kepimpinan, ahli Pas tidak meninggalkan parti walaupun pemimpin itu berjawatan tinggi. Ini boleh dilihat pada zaman Dato' Mohamad Nasir menjadi MB Kelantan sehingga tertubuhnya parti Berjasa. Di zaman Dato' Asri yang menyaksikan bermulanya kepimpinan ulama dan tertubuhnya parti Hamim dan semasa Datuk Nakahie Ahmad keluar daripada Pas, adakah Umno melihat berpuluh-puluh ribu ahli Pas mengikutnya. Dan semua parti serpihan Pas itu telah berkubur tanpa batu nisan.
Tidak seperti Umno yang mana apabila pemimpin mereka keluar parti maka beribu-ribu ahlinya mengikut jejak langkah pemimpin tersebut. Seperti berlakunya krisis Team A dan Team B yang mana kita menyaksikan berkuburnya Umno lama dan tertubuhnya Umno Baru dan Semangat 46. Sekarang ini pula dengan tertubuhnya PKR, maka Umno semakin lemah. Umno semakin tidak relevan lagi di zaman siber ini.
Apakah kata-kata Datuk Dr. Awang Adek yang juga Timbalan Menteri Kewangan ketika diminta mengulas berkata "senario Manek Urai akan berubah apabila Pak Su Wil sudah tiada. Tidak mustahil manek yang mengurai itu akan bertatah berlian di leher Umno nanti". Itulah bahasa kiasan akan sikap Umno yang boleh kita katakan lebih mementingkan kebendaan semata-mata. Bila berlaku sahaja pilihan raya, isu yang dibawa ialah pembangunan. Mereka melaung-laungkan yang dun Manek Urai tidak ada pembangunan langsung sejak Pas memerintah. Lapan Sekolah Rendah dan sebuah Sekolah Menengah yang ada pun semuanya adalah hasil usaha Umno bukan hasil kerja Pas. Itulah modal yang selalu dijaja oleh Umno yang membuatkan rakyat semakin meluat mendengarnya. Kerana itulah ada sesetengah orang menggelar Umno adalah parti "Mee Segera".
Yang pastinya Umno bukan lah parti yang subur di Kelantan. Sejak pilihan raya pada tahun 1959 sehingga sekarang, hanya pada 1978-1990 yakni hanya 12 tahun sahaja Umno dapat memerintah Kelantan. Itu pun kerana tipu muslihat yang Umno gunakan dalam usaha merampas Kelantan. Sebagaimana yang berlaku pada PRU 12 yang lalu, kerana terlalu kemaruk kuasa untuk merampas Kelantan dan mempertahankan Terengganu maka mereka terlepas pandang kepada Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan juga Wilayah Persekutuan tapak pentadbiran mereka sendiri.
Walau bagaimanapun jangan kita memandang rendah dengan politik Umno. Jangan kita terlalu yakin dengan sokongan yang kita ada sekarang ini. Kita hendaklah bekerja lebih kuat lagi agar kita dapat menambah majoriti yang kita dapat pada PRU 12 yang lalu. Tunjukkanlah akan kesepakatan kita dalam menghadapi BN. Tunjukkan kepada rakyat yang Umno bukanlah sebuah parti relevan dan tidak lagi mewakili kaum melayu.
APABILA SANG MUSAFIR BERKELANA DARI DUNGUN LALU BERHIJRAH KE SATU TEMPAT YANG BERNAMA PERAK LALU MENETAP DI TAMBUN, IPOH........
Translate
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Kita tanya sama Rais anak Yatim pasal beliau Menteri Penerangan dan kerja beliau tukang terang. Jangan dok terang pasal 72 % rakyat ...
-
Datin Seri Rosmah Mansor menyarankan agar para suami mencontohi DS Najib Tun Razak. Beliau berkata DS Najib mempunyai personaliti yang mena...
-
Heboh di media sosial tentang posting yang dimuat naik oleh Ketua Pemuda Umno pertemuan Presiden PAS dengan Presiden Umno. Pertemuan tersebu...
-
Esok.....kita akan menyambut hari Maulidur Rasul ..... Tanggal 12 Rabiul Awal .... Bersamaan hari Selasa nie....14 Januari 2014.... R...
-
Bohsia 3 beradik..... itulah gelaran yang diberikan oleh penduduk Kampung Melayu Rizab, Tambun kepada satu keluarga kerana aktiviti yang am...
-
Dalam satu wawancara di youtube , dikatakan seorang bayi di Palestin memberi salam, kemudian memberitahu bahawa dia adalah orang yang ...
-
Berkenaan dengan berakhirnya Ramadhan nenutup tirainya, maka kami warga Musafirlalu ingin memohon dari hujung rambut sampai kehujung k...
-
Dipetik Oleh : setiaPemuda Berat rasanya untuk menulis. Bimbang jika akal ini masih terkeliru. Benarkah Tuan Guru Nik Abdul Aziz (TGNA) yang...
-
Keluarga perdana menteri hidup melebihi kemampuan dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) wajar menyiasatnya, kata PKR. &q...
-
Berjalan bersama-sama Datuk Sabri dengan dikelilingi penyokong Umno dan telah dilanyak-lanyak dengan teruknya oleh penyokong PAS. Beliau ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan