Apabila Khairy menyeru diadakan Muzakarah antara PAS dan Umno dan disambut baik oleh pemimpin-pemimpin Umno. Bermacam-macam pujian diberikan kepada TGHH dan Ustaz Nasha maka umum mengetahui yang Umno sebenarnya sedang nazak. Jangan kita terlalu syok dengan pujian-pujian yang mengunung tingginya dan media arus perdana terus memainkan peranannya dalam mengangkat martabat pucuk tertinggi PAS. Kita telah sedia maklum dengan media arus perdana yang sejak dari dulu lagi tidak memberi ruang kepada pembangkang, malah lebih kepada menghentam apa jua yang berkaitan dengan pembangkang. Bak kata pepatah, lebih kuah daripada nasi atau lebih jelas lagi lebih Umno daripada Umno. Umpamanya Utusan Melayu yang sentiasa menghentam pembangkang, daripada sebuah akhbar yang tidak memihak kepada mana-mana parti politik. Setelah Dato'Ibrahim Fikri ( Bekas Menteri Besar Terengganu ) menjadi pengarah urusannya maka secara rasminya Utusan Melayu menjadi lidah rasmi Umno atau Perikatan pada tahun 1961.
Apakah PAS sudah melupai apa yang Umno lakukan terhadap penyokong PAS. Lupakah kita akan pengorbanan penyokong PAS yang mendokong PAS dengan titisan darah terakhir mereka seperti peristiwa pembunuhan Ustaz Ibrahim Libya dan pengikutnya di Memali dan juga diLubuk Merbau. Apakah kita sudah melupai jasa-jasa perjuang PAS apabila kita merasai kita bertambah kuat maka pergorbanan mereka seperti tidak dihargai lagi. Apakah kita sudah lupa kenapa kita menentang Umno yang telah menghina bangsa mereka sendiri semata-mata untuk memerintah. Lupakah kita akan kata-kata Dato' Onn Jaafar "Hubaya...Hubaya...Bahaya daripada Gunung" yakni merujukkan kepada Hizbul Muslimin yang dipimpin oleh Ustaz Abu Bakar Al-Baqir dari Gunung Semanggol.
Apabila undang-undang darurat diisytiharkan, PKMM dan Hizbul Muslimin diharamkan dan ramai pemimpin daripada kedua-dua parti tersebut ditangkap dan ditahan seperti Ustaz Abu Bakar Al-Baqir, Ustaz Abdul Rabb Tamimi, Ishak Haji Muhammad, Ahmad Boestamam dan beribu-ribu lagi. Pekembar atau Umno segera mengambil kesempatan daripada pengharaman dua buah parti orang melayu itu untuk memperkuatkan kedudukannya di Kelantan dan di negeri-negeri lain. Umno adalah anak emas penjajah British yang kemudiannya merupakan parti tunggal yang 'menuntut kemerdekaan' daripada penjajah British. Umno pada masa itu sebuah parti politik yang menentang gerakan kemerdekaan dan memperjuangkan kaum feudal. PKMM dan Hizbul Muslimin adalah gerakan yang menuntut kemerdekaan secara total daripada penjajah British.
Umno yang mengunakan slogan 'hidup melayu' telah bertukar kepada 'merdeka', selepas PKMM dan Hizbul Muslimin diharamkan. Daripada situ kita boleh melihat dan menilai siapa sebenarnya parti Umno. Inikah parti yang layak kita bantu selepas apa yang mereka lakukan kepada perjuang-perjuang kemerdekaan. Patutkah kita memanjangkan hayat mereka yang telah mengkhianati bangsa mereka sendiri. Umno adalah parti yang penuh dengan tipu muslihatnya. Apabila PAS mengajak Umno berdebat pada era 80 an dulu, yakni semasa mereka kuat tetapi tiada hujah maka mereka mempergunakan Raja-Raja Melayu. Kita mengajak pula mereka bermuzakarah, mereka langsung tidak melayang permintaan PAS kerana pada masa itu mereka ada kekuatan. Tetapi kenapa baru sekarang mereka mengajak kita bermuzakarah. Hanya satu sebab sahaja iaitu kerana mereka telah hilang sokongan daripada rakyat. Usah lah kita layan mereka yang sedang nazak sekarang ini.
PAS sepatutnya menghargai segala pengorbanan yang telah dilakukan oleh perjuang-perjuang dahulu. Segala penat lelah yang dilakukan oleh ahli-ahli PAS patut dihargai dengan tidak melayan permintaan Umno. Bagi pendapat saya yang kerdil ini, ahli-ahli PAS lebih rela bersama-sama dengan DAP daripada bersama dengan Umno yang nyata adalah pengkhianat bangsa mereka sendiri. Usah lagi di timbulkan pasal kerajaan perpaduan kerana Umno bukannya menyokong perpaduan tetapi lebih kepada memecahbelahkan seperti apa yang mereka lakukan kepada kerajaan Pakatan Rakyat di Perak.
APABILA SANG MUSAFIR BERKELANA DARI DUNGUN LALU BERHIJRAH KE SATU TEMPAT YANG BERNAMA PERAK LALU MENETAP DI TAMBUN, IPOH........
Translate
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Kita tanya sama Rais anak Yatim pasal beliau Menteri Penerangan dan kerja beliau tukang terang. Jangan dok terang pasal 72 % rakyat ...
-
Datin Seri Rosmah Mansor menyarankan agar para suami mencontohi DS Najib Tun Razak. Beliau berkata DS Najib mempunyai personaliti yang mena...
-
Heboh di media sosial tentang posting yang dimuat naik oleh Ketua Pemuda Umno pertemuan Presiden PAS dengan Presiden Umno. Pertemuan tersebu...
-
Esok.....kita akan menyambut hari Maulidur Rasul ..... Tanggal 12 Rabiul Awal .... Bersamaan hari Selasa nie....14 Januari 2014.... R...
-
Bohsia 3 beradik..... itulah gelaran yang diberikan oleh penduduk Kampung Melayu Rizab, Tambun kepada satu keluarga kerana aktiviti yang am...
-
Dalam satu wawancara di youtube , dikatakan seorang bayi di Palestin memberi salam, kemudian memberitahu bahawa dia adalah orang yang ...
-
Berkenaan dengan berakhirnya Ramadhan nenutup tirainya, maka kami warga Musafirlalu ingin memohon dari hujung rambut sampai kehujung k...
-
Dipetik Oleh : setiaPemuda Berat rasanya untuk menulis. Bimbang jika akal ini masih terkeliru. Benarkah Tuan Guru Nik Abdul Aziz (TGNA) yang...
-
Keluarga perdana menteri hidup melebihi kemampuan dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) wajar menyiasatnya, kata PKR. &q...
-
Berjalan bersama-sama Datuk Sabri dengan dikelilingi penyokong Umno dan telah dilanyak-lanyak dengan teruknya oleh penyokong PAS. Beliau ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan