Tidak habis-habis dengan kerajaan perpaduan yang sedang dimainkan oleh utusan melayu.Bermacam-macam ulasan diberikan tentang kekalahan Husam Musa dan Mat Sabu dan cuba bermain api dengan kemenangan Nasharuddin yang berjaya mempertahankan jawatan Timbalan Presiden yang telah dipegangnya selama 2 penggal.Kenapa utusan melayu begitu beria-ia menyebut tentang ketegahannya dalam menjayakan kerajaan perpaduan tersebut.
Tidakkah ini adalah satu permainan kotor Umno yang sekarang ini sedang terlalu nazak untuk menghadapi kekuatan Pakatan Rakyat didalam pilihanraya yang datang.Tuan Guru Haji Abdul Hadi bukanlah seorang yang boleh digula-gulakan,kerana beliau adalah seorang pemimpin yang cukup tegas dalam menghadapi segala tipu helah Umno.Memang saya mengenali beliau dan pernah berbincang dengan beliau semasa saya pulang ke kampung dahulu.Daripada perwatakan beliau memang senang didekati dan cukup mesra.
Tetapi dari segi agama,beliau seorang yang cukup tegah dalam memperjuangkan Islam.Kerana itu ada kala kenyataan yang beliau keluarkan mestilah difahami dengan betul-betul.Saya mengharapkan ahli-ahli fahami dulu kata-kata beliau sebelum membuat ulasan.Memang ahli Pas sekarang ini bukan seperti ahli Pas dahulu.Ahli Pas sekarang ini kebanyakan adalah golongan terpelajar.
Kerana itulah saya menyeru agar Pakatan Rakyat dapat memperkukuhkan lagi ikatan perpaduan yang berjaya menggerunkan Bn.Banyak lagi yang perlu kita lakukan dalam Pakatan Rakyat kerana PRU13 mungkin medan pertempuran terakhir buat Bn dan Umno khususnya.
APABILA SANG MUSAFIR BERKELANA DARI DUNGUN LALU BERHIJRAH KE SATU TEMPAT YANG BERNAMA PERAK LALU MENETAP DI TAMBUN, IPOH........
Translate
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Kita tanya sama Rais anak Yatim pasal beliau Menteri Penerangan dan kerja beliau tukang terang. Jangan dok terang pasal 72 % rakyat ...
-
Datin Seri Rosmah Mansor menyarankan agar para suami mencontohi DS Najib Tun Razak. Beliau berkata DS Najib mempunyai personaliti yang mena...
-
Heboh di media sosial tentang posting yang dimuat naik oleh Ketua Pemuda Umno pertemuan Presiden PAS dengan Presiden Umno. Pertemuan tersebu...
-
Esok.....kita akan menyambut hari Maulidur Rasul ..... Tanggal 12 Rabiul Awal .... Bersamaan hari Selasa nie....14 Januari 2014.... R...
-
Bohsia 3 beradik..... itulah gelaran yang diberikan oleh penduduk Kampung Melayu Rizab, Tambun kepada satu keluarga kerana aktiviti yang am...
-
Dalam satu wawancara di youtube , dikatakan seorang bayi di Palestin memberi salam, kemudian memberitahu bahawa dia adalah orang yang ...
-
Berkenaan dengan berakhirnya Ramadhan nenutup tirainya, maka kami warga Musafirlalu ingin memohon dari hujung rambut sampai kehujung k...
-
Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad mempersoalkan ketelusan kerajaan negeri di bawa...
-
Polis menyiasat kes seorang penolong pengarah kastam Selangor, yang ditemui mati di tingkat satu, pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Mal...
-
Dipetik Oleh : setiaPemuda Berat rasanya untuk menulis. Bimbang jika akal ini masih terkeliru. Benarkah Tuan Guru Nik Abdul Aziz (TGNA) yang...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan