Translate

Isnin, 8 Jun 2009

Pengkhianat Didalam Pas

Satu Pendedahan yang tidak mengejutkan bagi saya kerana Umno sudah lama masuk ke dalam parti Pas.Inilah orangnya yang telah banyak menimbulkan kesulitan di dalam Pakatan Rakyat.Ia berlaku semasa mula-mula pemimpin Muda Pas mengambil alih kepimpinan daripada Datuk Asri and The Gang (Semoga Allah mencucuri rahmatnya ke atas mereka).Lalu diangkat Ustaz Yusof Rawa sebagai Yang DiPertua Pas.Maka bermula kepimpinan ulama sehingga sekarang. Satu perkara yang amat mengejutkan saya apabila ada berita yang mengaitkan Tan Sri Harussani ( Baru dapat gelaran) memberi tahu kepada Ustaz Ahmad Awang yang TGNA dan TGHH telah bersetuju dengan penggabungan dengan Umno diPerak.Satu perkara yang amat malang bagi seorang yang bertaraf mufti telah berbohong kepada Pesuruhjaya Pas Perak.Diharap TS Mufti tolong jawab adakah betul apa yang diperkatakan oleh Ustaz Ahmad Awang yang terkenal dengan sikap ketegahsannya semasa era Dr.M lagi.Sejak berlakunya krisis di Perak,keperibadian TS Mufti sudah banyak tercalar. Saya mengharapkan agar Pas dapat membersihkan gunting dalam lipatan seperti mana yang telah di lakukan oleh Datuk Harun Taib terhadap IRC dahulu.Salam......Berjuang.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular