Translate

Khamis, 2 Julai 2009

Apabila Pemuda DAP Menolak Wacana Ilmiah.............

Ketua Pemuda DAP, Loke Siew Fook kecewa dengan Ketua Pemuda PAS Ustaz Nasaruddi Hasan Tantawi yang mengajak Pemuda Umno berbincang dalam Wacana Imiliah. Beliau menyatakan Pemuda Pas telah membelakangkan Pakatan Rakyat untuk menganjur kan perbincangan dengan Pemuda Umno.
Sepatutnya Pemuda DAP mengetahui dahulu sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan. Wacana Ilmiah yang di cadangkan oleh Pemuda Pas adalah bersifat keagamaan bukannya melibatkan politik. Oleh itu tidak timbul perkara ini perlu dibawa kepada pengetahuan Pakatan Rakyat.
Ketua Pemada DAP sepatutnya menghormati apa yang cuba dibawa oleh Pemuda PAS itu. Kerana ia adalah melibatkan agama semata-mata. Apakah perkara seperti ini perlu mendapat persetujuan Pakatan Rakyat baru boleh diadakan.
Apa yang akan di bincangkan antara pemuda PAS dan Umno adalah melibatkan akidah umat Islam. Apakah perlu DAP menyertai dalam perbincangan tersebut. Pemuda DAP patut membaca dahulu tajuk perbincangan yang diutarakan oleh Pemuda PAS iaitu "Perjuangan Umno bercanggah dengan syariat Islam.
Fahami lah dahulu tajuknya sebelum mengeluarkan kenyataan yang boleh mengeruhkan keadaan. Seperti mana Tuan Guru Nik Aziz mengajak DS Najib berdebat. Ini semua tiada sangkut-paut dengan Pakatan Rakyat. Ini adalah melibatkan akidah umat Islam.
Kalau melibatkan persoalan politik, mungkin kenyataan Pemuda DAP itu boleh diterima. Tetapi apabila melibatkan agama, maka Pemuda DAP patut menghormati apa yang akan di bincangkan antara PAS dan Umno. Ia bukannya melibatkan kepentingan orang Melayu tetapi melibat umat Islam.
Pemuda DAP harus memahami antara orang Melayu dengan umat Islam, kerana ia sesuatu yang berbeza. Mungkin Pemuda DAP masih tertinggal di belakang dengan slogan Umno iaitu,"Melayu itu Islam, Islam itu Melayu. Dan Pemuda DAP patut lebih mendalami maksud tersebut.
Bagi perjuangan PAS yang bertunjangkan Islam maka bangsa Melayu itu tidak semestinya Islam kerana Islam itu bersifat universal. Mungkin bangsa Cina lebih ramai menganuti Islam daripada bangsa Melayu itu sendiri kalau dipandang daripada negara China itu sendiri. Walaupun umat Islam di China mungkin dalam 2-3 %, tetapi kalau dikira dengan kepadatan penduduk seramai 1.2 bilion orang.
Oleh itu tidak perlulah Pemuda DAP mencampuri urusan apa yang Pemuda PAS akan lakukan. Janganlah Pemuda DAP berburuk sangka terhadap Pemuda PAS, kerana ia tidak akan menjejas Pakatan Rakyat. Kerana PAS adalah sebuah parti yang setia kawan kalau Pemuda DAP mengikuti sejarah perjuangan PAS.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular