Setelah membaca beberapa blog yang terbaru tentang Wacana Ilmiah yang disarankan oleh Ketua Pemuda PAS, di sini saya mengambil sedikit kesempatan untuk mengulas apa yang diutarakan oleh Ketua Pemuda Pas Ustaz Nasaruddin Hasan Tantawi kepada Pemuda Umno.
Isul yang cuba dibawa oleh Pemuda PAS adalah bersangkutan dengan akidah umat Islam yang telah banyak dipesongkan oleh Umno. Kerana itulah saya menyokong penuh apa yang cuba diutarakan oleh Pemuda PAS itu.
Maka tidak timbul langsung isu bergabung dengan Umno. Kenapa hendak diputar-belik kan perkara tersebut. Sepatutnya kita sebagai orang yang mengaku Islam, memberi sokongan kepada hasrat Pemuda PAS tersebut. Janganlah diikat tangan dan ditutup mulut Pemuda PAS.
Apa yang saya tidak faham, apabila Tuan Guru Nik Aziz mempelawa DS Najib berdebat, ramai yang menyokong. Tetapi apabila Wacana Ilmiah cuba dibawa oleh Pemuda PAS, ramai pula yang mempersoalkannya.
Pelik tetapi benar, itulah yang berlaku sekarang ini. Benda yang sama tetapi perdekatannya yang berbeza. Yang penting ialah memulihkan semula akidah orang melayu yang telah banyak terpesong, itulah matlamatnya.
Apa yang cuba dibawa oleh Tuan Guru Nik Aziz ialah memulihkan semula akidah orang melayu. Kerana itulah Tuan Guru Nik Aziz meminta debat itu dibuat secara terbuka. Supaya orang melayu yang mengaku Islam itu sedar siapakah yang benar, PAS atau Umno. Bukan kerana menang atau kalah.
Memang kita tahu dan sedar Umno pasti akan menolaknya kerana perkara tersebut telah berlaku pada tahun 80 an dahulu. Saya rasa DSAI lebih arif tentang perkara tersebut kerana beliau adalah antara 3 ahli panel bagi pihak Umno. Walaupun debat itu tidak berlaku dan dibatalkan oleh Majlis Raja-Raja Melayu ( Benteng terakhir Umno dalam menyelamat kan diri).
Tetapi debat tersebut telah dianjurkan oleh pelajar-pelajar Malaysia di AS, antara Tuan Guru Haji Hadi dengan DSAI. Cabaran hanyalah untuk jolok-jolok, kut-kut tersangkut buahnya, kalau jadi Alhamdulillah. Yang pastinya memang kita sudah menjangkakannya, Umno pasti akan menolak mentah-mentah.
Mungkin ramai pertikaikannya kerana di sebelah peringkat tertinggi, mereka menolak tetapi di peringkat sayap Pemuda pula yang menerimanya. Bagi pendapat saya, kesudahannya mereka pasti menolaknya. Kerana Umno tahu apa kesannya apabila menyahut cabaran PAS secara terbuka.
Dan sekiranya ia dibuat secara tertutup lebih baik tak payah, buat habis air liur je. Kalau nak lakukan, lakukan secara terbuka biar rakyat melihat dan mendengarnya sendiri siapa betul siapa salah, baru puas hati.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan